Sunday, August 28, 2011

Non-Muslim Masuk Masjid

SOALAN

Salam Ustaz. Boleh atau tidak selain dari orang beragama islam masuk ke dalam bangunan masjid atau sekitar masjid untuk membaiki kerosakan atau menghadiri majlis. Apa hukumnya?

JAWAPAN

HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi, seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Inilah pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada kebenaran pada pandangan saya disebabkan keberadaan dalil bersamanya.




Dalil yang dinyatakan oleh al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz R.H. di dalam fatwanya di atas adalah sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya yang bermaksud:
: “Nabi S.A.W. telah mengutuskan sekumpulan tentera ke Najd, lalu mereka kembali) membawa seorang lelaki dari bani al-Hanifah namanya Thumamah bin Uthaal pemimpin penduduk Yamamah), lalu mereka mengikat dia di salah satu tiang masjid, lalu Nabi pergi kepadanya dan bertanya:

 “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” 

Jawab Thumamah: “Sangkaan aku adalah baik, jika kamu membunuhku, kamu membunuh seorang yang ada kemuliaan, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih, jika engkau mahukan harta, mintalah apa yang kamu mahu.

Kemudian baginda meninggalkan dia sehinggalah keesokan hari, kemudian baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” 

Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.” 

Lalu baginda meninggalkannya, sehinggalah keesokan harinya baginda bertanya lagi kepada Thumamah: “Apa sangkaan kamu wahai Thumamah (tindakan yang akan aku kenakan kepada kamu)?” 

Jawab Thumamah: “Sangkaan aku seperti kelmarin, jika kamu memberi nikmat kepadaku (melepaskanku), engkau memberi nikmat kepada orang yang reti berterima kasih.

 Lalu Nabi S.A.W. berkata: “Lepaskan Thumamah!”

(Thumamahpun dibebaskan), lalu dia pergi ke sebatang pohon tamar berhampiran masjid, lalu dia mandi, kemudian dia memasuki masjid lalu berkata: “Aku bersaksikan tidak ada ilah melainkan Allah dan aku bersaksikan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah. Wahai Muhammad sebelum ini tidak ada satu wajah di atas muka bumi ini yang lebih aku benci berbanding wajah engkau, akan tetapi hari ini wajah engkau telah menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah sebelum ini tidak ada agama yang lebih aku benci berbanding agama mu, akan tetapi sekarang agama mu telah menjadi agama yang paling aku cintai, demi Allah tidak ada juga sebelum ini satu negeri yang lebih aku benci berbanding negerimu, akan tetapi hari ini negerimu telah menjadi negeri yang paling aku cintai. Sesungghnya ketika pasukan tenteramu menangkapku, aku hendak menunaikan umrah, apakah pandangamu?” 

Lalu Rasulullah S.A.W. memberikan khabar gembira kepadanya dan baginda menyuruh dia menunaikan hajatnya untuk melaksanakan umrah.

Apabila Thumamah sampai ke Makkah, seseorang berkata kepadanya: “Apakah engkau telah bertukar agama?” 

Jawab Thumamah: “Tidak, akan tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah S.A.W. Demi Allah tidak akan sampai kepada kamu semua walau sebiji gandum melainkan dengan keizinan Nabi S.A.W. (ketika itu penduduk Mekah masih belum menerima Islam)”




PANDANGAN MASA KINI

Dalam masa yang sama tidak dinafikan wujudnya perbezaan pendapat ulama dalam masaalah ini. Secara ringkas perbezaan mereka adalah seperti berikut:

Mazhab Hanafi

- Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

- Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

Mazhab Syafie

Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.
Said ibn Musayyin berkata yang bermaksud:

Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam." (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)




Mazhab Hambali

Tidak boleh (haram) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

Mazhab Maliki

Orang yang bukan islam tidak boleh memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Malik.

Adaptasi dari sumber tertentu.


Rembau
28 Ramadhan 1432

Read more...

Wednesday, August 24, 2011

Solat Dengan Tenang

Ketenangan dalam mendirikan solat amatlah penting untuk setiap Muslim. Ia diperlukan untuk meraih kekhusyukan itu sendiri Dikalangan kita ada orang-orang yang telah berpuluh tahun menunaikan solat tetapi sehingga hari ini masih belum mengerti maksud setiap bacaan dalam solat itu sendiri.




Hal ini terjadi kerana kita kurang mengambil berat tentang makna bacaan tersebut. Padahal dengan memahami bacaan dalam solat, ia dapat membantu kita untuk lebih khusyuk menunaikan solat. 

Buat mereka yang ingin memahami bacaan dalam solat, teruskan membaca tafsiran di bawah:

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Read more...

Sunday, August 21, 2011

Antara RM 1 & RM 10

Jejaka merupakan seorang penggunting rambut. Dia mempunyai kedainya tersendiri. Satu ketika, tatkala dia sedang menggunting rambut pelanggannya bernama Remaja. Sementelah itu, dia menunjukkan kepada seorang kanak-kanak bernama Budak yang sedang bertenggek di luar kedai.


Jejaka : Tengok kanak-kanak yang pakai baju Boboiboy di luar sana tu. Dia merupakan seorang budak yang paling b**** dalam dunia.

Remaja : Kenapa pula kamu kata begitu?

Jejaka : Awak tengok apa yang saya hendak buat.

Jejaka memanggil Budak ke arahnya lalu Jejaka mengeluarkan duit RM10 dan RM1.




Jejaka : Budak! Kau ambillah mana satu yang kau suka di antara dua ini.

Budak : Ok. Saya ambil RM 1 la. Terima Kasih!

Lalu Budak it terus keluar dari kedai itu.

Jejaka : Hihihi. Kuikuikui. Kan saya dah cakap dia memang b****. Kamu nak tahu? Setipa kali ada pelanggan, saya dah banyak kali suruh dia memilih duit, dia tetap juga ambil yang sedikit. Hihihi. Kuikuikui.

Setelah selesai rambutnya digunting, Remaja terus pergi ke arah Budak untuk menanyakan sesuatu.

Remaja : Hai Budak!! Kenapa kau x ambil je RM 10 tadi tu?

Budak : Rilek le bang. Saya x kan dapat RM 1 lagi setiap hari kalau saya ambik RM10 tu. Sebab Jejaka tu selalu suka saya ambik RM 1. Kalau saya ambik RM 10, tamatlah sandiwara permainan saya ini. Ape da!!

Remaja : Hahaha. Ko memang budak paling bijak dalam dunia ni. Huhuhu.

*Jangan rasa diri ini kita bijak. Selalu je betul. Sampai kita merendahkan orang lain. Ketahuilah kita bahawa ukuran yang sebenarnya adalah di sisiNya.

*Orang yang bijak adalah orang yang berfikir untuk hari esok, orang yang kurang bijak berfikir untuk hari ini sahaja.

*Orang tamak selalu rugi dan merugikan. 




Read more...

Friday, August 19, 2011

Beralih Tempat

Soalan

Puteri83 

Salam.

Apakah maksud apabila selesai berjemaah fardu Isyak, jemaah berpindah tempat sembahyang (yakni samada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan saf) untuk menunaikan solat sunat Isyak?

Musykil. Terima kasih


Jawapan

Di dalam Fatwa Lajnah Daemah, KSA, "Apabila seseorang Muslim mahu melakukan solat sunat selepas sembahyang fardhu, tidak ada masalah jika dia lakukannya di tempatnya (tempat dia solat fardhu), atau dia beralih tempat lain di masjid. Kalau dia bersolat di rumahnya, ia lebih afdhal". (no: 11002).

Di dalam fatwa no: 6505, jawapan bagi soalan no: 25 menyebut, "Tidak sabit hadis tentang perbuatan itu (berpindah tempat untuk melakukan solat sunat) daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam -setakat yang kami ketahui- dan perkara ini terbuka luas (boleh beralih tempat atau tidak beralih). Dan Ibn Umar r.a melakukannya.

Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a yang bermaksud:
"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memerintahkan kami melakukannya, iaitu tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain sehingga kami bercakap atau keluar". Direkod oleh Muslim (no: 883).
Adaptasi dari sumber tertentu.


Read more...

Thursday, August 18, 2011

Gerakan Islam Di Malaysia

Islam dan gerakan tidak dapat dipisahkan. Gerakan Islam amat penting dalam menyebarkan da’wah seterusnya dapat membentuk daulah Islamiah. Terdapat beberapa gerakan dalam dunia. Tidak terkecuali di Malaysia jua.

Kolum Sirah di blog saya ini akan berkongsi surface information tentang beberapa gerakan Islam. Modus operandi, strategi da’wah, tidak disentuh dalam perkongsian ini. Ini kerana terlalu banyak sumber yang berkait dengan tiap-tiap gerakan.

Berkenaan dengan hukum menggabungkan diri dalam jemaah, hal ini perlulah dirujuk kepada alim ulama. Persoalan mengapa taadud jemaah berlakupun memerlukan pemahaman yang tinggi dan pembacaan yang banyak.

Mari kita berkongsi gerakan Islam di Malaysia. Di antaranya :-

Jemaah Tabligh


 Maulana Muhammad Ilyas


Sebahagian ahli jemaah

Pengasas : Maulana Muhammad Ilyas
Markas Global : Nizamuddin, India
Markas Malaysia : Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur

Hizbut Tahrir




Syeikh Taqiuddin An - Nabhani


Ustaz Abdul Hakim Othman


Pengasas : Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani ( 1909 – 1977 )
Pemimpin Terkini : Syeikh ‘Atha  Abu Ar-Rasytah
Pemimpin di Malaysia : Ustaz Abdul Hakim Othman


Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )




Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Pengasas : Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan ( Ogos 1951 – Sept 1953 )
Mursyidul Am Terkini : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Presiden Terkini : Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ( JIM )




Haji Zaid Kamaruddin


Haji Saari Sungib


Pengasas : Haji Saari Sungib
Presiden Terkini : Haji Zaid Kamaruddin
Pertubuhan Berkait : Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia ( KARISMA )
Maklumat Lanjut : http://www.jim.org.my/v1/


Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA )




Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman


Presiden Terkini : Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Pertubuhan Berkait : Kelab Remaja ISMA ( KRIM )
Maklumat Lanjut : http://www.ismaweb.net/v4/


Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )




Amidi Abdul Manan


Pengasas : Allahyarham Ustaz Abdul Wahab Abdullah
Presiden Terkini : Amidi Abdul Manan
Maklumat Lanjut : http://www.abim.org.my/


Pertubuhan Ikram Malaysia ( IKRAM )



Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad


Presiden Terkini : Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Pertubuhan Berkait : Aqsa Syarif
Maklumat Lanjut : http://ikram.org.my/


Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia ( HALUAN )




Dr Abdullah Sudin Abd Rahman


Presiden Terkini : Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
Pertubuhan Berkait ; HaluanSISWA, Kelab Remaja Haluan ( KeARAH )
Maklumat Lanjut : http://www.haluan.org.my


Jamaah Aurad Muhammadiah / Al – Arqam


Ustaz Ashaari Muhammad

Pengasas : AlUstaz Ashaari Muhammad
Pertubuhan Berkait : Syarikat Rufaqa’ Sdn Bhd
Yang sebenarnya, banyak lagi gerakan Islam di Malaysia. Namun, ini sahajalah yang penulis dapat berkongsi. Sekiranya ada penambahan atau kesalahan dalam perkongsian, digalakkan untuk membetulkannya.

Wallahualam.


Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Mani, Mazi, Wadi

Soalan

Apakah perbezaan dari segi hukum dan ciri atau sifat fizikal antara air mani, air mazi dan air wadi?



Jawapan

Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat.
Dalam erti kata yang lain :-

Air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.
Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.
Manakala air mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah najis dan tidak wajib mandi memadai membasuh sahaja tempat berkenaan.

Dalam erti kata yang lain :-

Warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogging dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.
Manakala cecair yang keluar akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat dinamakan air wadi.
Dalam erti kata yang lain :-
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut.
Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.
Adaptasi daripada JAIS.

Read more...

Mazhab Lain

Informasi ini hasil dari blogwalking saya. Semoga ia bermanfaat.
Selepas kita sudah mengetahui  empat mazhab yang utama di dalam Ilmu Feqh ini,kita beralih pula kepada mazhab-mazhab yang telah pupus ditelan zaman yang mana pendapat-pendapat pengasasnya tidak dikumpulkan dan tidak dibukukan oleh para pengikutnya,bahkan mazhabnya ini tidak dikembangkan dan disebarkan ke serata pelusuk negara-negara islam sepertimana yang dilakukan oleh empat mazhab utama yang telah diterangkan dahulu…oleh itu dengan izin Allah akan diterangkan setiap mazhab-mazhab tersebut satu persatu.
Mazhab Al-Auzai’ey
Beliau ialah Abu Amru Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Auzai’ey Ad-Dimasyqi, dilahirkan di Dimasyq (Damsyik) pada tahun 88 hijrah,beliau telah menetap di sana dalam beberapa lama kemudian beliau telah berhijrah ke Beirut  dan telah menetap di situ di saat-saat akhir hayat beliau,di sana beliau telah menjadi seorang imam yang besar,alim dan menjadi tempat rujukkan orang ramai sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 157 hijrah.
Dahulunya beliau merupakan imam kepada penduduk Syam,beliau merupakan imam yang sezaman dengan Imam Malik dan masing-masing telah mangasaskan mazhab mereka yang tersendiri,beliau merupakan diantara ahli feqh yang tidak menggunakan Ar-Ra’yu di dalam pendekatan ilmu mereka,sesungguhnya beliau pernah berkata : 

Jika datangnya hadith rasulullah sallallahu alaihi wassalam kepada kamu,maka janganlah kamu mengambil selain daripada hadith tersebut!!

Sesungguhnya beliau tidak takut langsung untuk menyatakan sesuatu kebenaran dan juga tidak takut langsung dengan celaan-celaan orang, hakikatnya tiada suatu apa pun yang beliau takutkan.
Mazhab Imam Auzai’ey ini telah tersebar ke serata Syam dan Andalus,bahkan ianya lebih banyak tersebar dan berpengaruh di Syam sehinggalah ke akhir kurun ketiga hijrah,yang mana Mazhab Syafiey pula yang lebih banyak mendapat pengaruhnya selepas kurun tersebut,dan di Andalus pula Mazhab Maliki telah mengambil pengaruhnya melebihi mazhab beliau ini ,akhirnya tidaklah berbaki lagi pengaruh mazhab beliau ini melainkan hanyalah kata-kata beliau sahaja yang terdapat di berbagai-bagai kitab.


Mazhab At-Tsauri
Beliau ialah Abu Abdillah Sufyaan Bin Said Ats-Tsauri Al-Kufiy,dilahirkan di Kufah pada tahun 97 hijrah dan telah meninggal dunia pada tahun 161 hijrah mengikut riwayat yang sahih.
Beliau dahulunya merupakan imam yang pengetahuanya sudah sampai ke tahap mujtahid mustaqil,yang mana ketinggian ilmu beliau ketika itu adalah sebanding dengan para imam mazhab yang lain,beliau juga merupakan imam di dalam bidang ilmu hadith dan berbagai cabangan ilmu yang lain,sesungguhnya Ibnu Khalkaan pernah berkata tentang beliau:-

Dahulunya Umar Bin Al-Khattab merupakan ketua masyarakat di zamanya,selepas beliau pula ialah Abdullah Bin Abbas radiallahu anhuma,selepas beliau pula ialah As-Syakbi iaitu Abu Amru A’mir Bin Syurahiil yang meninggal pada tahun 104 hijrah manakala selepas beliau pula ialah Imam Sufyaan Ats-Tsauri”.
Tetapi sayangnya mazhab beliau ini tidak ramai pengikutnya,bahkan telah terhenti daripada tersebar dalam masa yang sekejap sahaja.
Mazhab Al-Laits Bin Saad
Beliau ialah Abul Harith Al-Laits Bin Saad Bin Abdur Rahman,dilahirkan pada tahun 94 hijrah di sebuah perkampungan di Mesir.
Semenjak kecil lagi beliau sememangnya sudah terkenal dengan keilmuanya dan kesopananya,dan sesungguhnya beliau telah banyak mengembara ke serata pelusuk negeri,beliau pada mulanya telah mengembara ke Hijaz dan telah bertemu dengan para ulama’ di sana dan telah berguru dengan mereka,dan pernah berlaku suatu perbincangan dan perdebatan ilmiah antara beliau dan Imam Malik di sana,khususnya perbincangan yang berkisar tentang Amalu Ahli Madinah yang digunapakai oleh Imam Malik sebagai salah satu hujah syarak,kemudianya beliau telah mengembara ke Iraq, di sana beliau telah berguru pula dengan Rabia’h Bin Abdur Rahman iaitu tuan guru kepada Imam Malik bahkan telah berlakunya juga suatu perdebatan ilmiah antara beliau dan gurunya itu pada beberapa masalah ilmiah,dan akhirnya beliau kembali semula ke Mesir untuk menghabiskan baki sisa umurnya dengan berbakti kepada ilmu pengetahuan,dan telah memajukan kehidupan penduduk Mesir dengan kehidupan yang berlandaskan syarak…
Sesungguhnya Imam Malik tersangat memuliakan beliau dan terlalu menghormatinya,dan Imam Malik telah berkata tentang beliau :

Telah dikhabarkan kepadaku daripada seorang ahli ilmu bahawa telah diberitakan daripada Imam Al-Laits Bin Saad bahawa beliau dahulunya merupakan orang yang kaya,yang mana walaupun beliau merupakan seorang yang kaya tetapi tidaklah diwajibkan kepada beliau zakat kerana beliau sering memberikan hartanya itu kepada saudara-maranya yang terdiri dari kalangan ulama’ dan juga kepada orang-orang yang memerlukan”.

Telah diriwayatkan daripada Imam Syafiey rahimahullahu taala tentang perbandingan di antara beliau dan Imam Malik dari sudut ketinggian ilmu : 

Imam Al-Laits Bin Saad adalah lebih alim daripada Imam Malik tetapi sayangnya para pengikutnya telah mengsia-siakanya




Mazhab Daud Az-Zahiri
Beliau ialah Abu Sulaiman Daud Bin Ali Al-Asfahaniy Az-Zahiri, telah dilahirkan di Kufah pada tahun 202 hijrah dan telah menetap di Baghdad sehinggalah beliau meninggal dunia di sana pada tahun 270 hijrah.
Beliau telah berguru dengan Imam Syafiey rahimahullah taala dan juga telah berguru dengan Abu Tsaur dan juga Ishaq Bin Rahawiah dan juga para imam yang lain,sesungguhnya beliau terlalu fanatik dengan Imam Syafiey,tetapi beliau telah mengasaskan mazhab beliau yang tersendiri,beliau telah mengasaskan mazhab Az-Zahiri,dan sebab beliau menamakan mazhab beliau sebegitu adalah kerana beliau mengambil nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir,yang mana jika tiada sebarangnya dalil dari keduanya yang menunjukkan ianya bukan secara zahir,ataupun tiadanya sebarang ijmak yang bercanggah dengan nas yang dipandang secara  zahir tersebut..
Sesungguhnya Imam Daud amat berpegang dengan firman Allah Taala ini :

Jika kalian berselisih terhadap sesuatu maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan RasulNya 
(Surah An-Nisa’ : 59)

Bahkan telah menjadikan ayat Allah ini sebagai asas utama mazhabnya ini,oleh kerana itu beliau amat  berpegang dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan Ijmak para ulama’ ummah,dan sesungguhnya beliau menolak pada beramal dengan hujah Al-Qiyas dan Al-Istihsan dan juga dalil-dalil syarak yang lain..
Sesungguhnya Imam Daud telah dikira sebagai penghafaz hadith nabi dan juga merupakan imam yang tersangat berpegang dengan dalil dari As-Sunnah,bahkan terlalu fanatik di dalam mengambilnya sebagai dalil hukum syarak,dan tanpa syak lagi beliau merupakan imam yang sangat faqih,mujtahid dan merupakan pengasas kepada mazhab yang tersendiri,dan betapa ramainya orang yang telah mengikuti beliau,dan sesungguhnya mazhab beliau ini telah tersebar luas di Baghdad dan juga di Andalus,yang mana Al-Faqih Ali Bin Ahmad Bin Said Bin Hazm Al-Andalusi merupakan imam yang telah menyebarkan mazhabnya ini di sana bahkan telah mempertahankan mazhab ini dan telah mengarang betapa banyaknya kitab-kitab di dalam mazhab tersebut..
Diantara kitab yang terpenting di dalam mazhab in adalah kitab Al-Muhalla iaitu sebuah kitab Feqh,dan begitu juga kitab Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul Feqh,
Walaupun mazhab beliau ini tersebar luas dan betapa ramainya pengikut yang  telah mengikuti beliau,tetapi mazhab ini juga tidaklah bertahan lama dan telah mulai pupus semenjak daripada kurun kelima hijrah lagi,dan telah pupus terus mulai dari kurun kelapan hijrah dan tidak berbaki langsung mazhabnya ini melainkan hanyalah berupa pendapat-pendapat yang terdapat di kitab-kitab.
Diadaptasi dari sumber tertentu. 


Sandakan
17 Ramadhan 1432


Read more...