Thursday, March 31, 2011

Sibuk Itu Nikmat

Salam Ukhwah.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga saya mencoretkan nukilan di sini.

Bulan ini adalah bulan yang sibuk bagi saya.

Assignment, Test, Quiz, Presentation, Weekend Programme telah membuatkan kehidupan saya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang "menggerakkan" saya sebagai hamba yan sering lupa ini.

Sememangnya saya sering merasakan bahawa sibuk itu mengganggu masa rehat saya. Tapi, bila difikirkan semula, sibuk adalah satu nikmat dari Allah SWT. Kerana dengan kesibukan kita terhadap perkara-perkara yang berfaedah membuatkan kita sentiasa menggantungkan harapan kepadaNya.

Misalnya seperti Test dan Quiz. Ketika mana perkara ini hadir, masa inilah saya baru nak buat revision. Terisi juga masa saya. 

Alhamdulillah. Semoga kehidupan saya ini dapat disibukkan dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Amin.

Read more...

Monday, March 7, 2011

Cara Hidup Kita

Apabila kita berbicara mengenai cara hidup masing - masing, pelbagai jawapan dan reaksi yang akan kita lihat dan dengar. Ada orang yang cara atau gaya hidupnya mewah dan berlebih-lebihan. Dan ada juga yang bersederhana dalam berbelanja atau dalam apa sahaja perkara. Dan ada pula yang terlalu berjimat - cermat dan kadangkala kelihatan seperti seorang yang kedekut.

Ianya terpulang pada diri masing - masing. Samada ingin menjalani kehidupan yang bagaimana. Namun, bukan itu yang saya mahu kongsikan dalam post kali ini. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini adalah berkaitan apa yang masyarakat kini faham tentang Islam.




Ramai daripada kita memahami yang Islam itu hanya terletak pada 5 rukun Islam. Seseorang itu akan dikira mengikuti perintah agama sekiranya dia menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bila mampu. Ya. Memang golongan ini merupakan mereka yang taat pada perintah agama.

Tapi, apalah gunanya sekiranya perbuatan mereka, percakapan mereka, pergaulan mereka tidak mengikut batas - batas Islam. Contohnya, seorang pelajar yang menjaga solat dengan sempurna. Akan tetapi, apabila bercakap dengan rakan - rakan lain, perkataan kasar yang keluar dari mulut mereka.

Ada juga lelaki yang memakai seluar panjang yang menutup aurat ketika bersukan di tengah padang. Akan tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa di dalam bilik bersama - sama rakan yang lain seluar pendek yang menampakkan peha adalah boleh dalam Islam. Mereka beranggapan bahawa tidak mengapa selagi mana tidak dilihat oleh perempuan.

Bukanlah saya menulis post ini untuk menghentam golongan sebegitu rupa. Jauh sekali ingin mengatakan diri ini lebih baik daripada yang lain. Perkongsian dari keterbatasan ilmu saya ini adalah cuma bagaimana saya hendak melontarkan cara berfikir dan pendapat saya.




Oleh itu, marilah kita semua mengubah paradigma kita bahawa Islam itu bukanlah hanya terletak pada rukun Islam sahaja. Islam mencakupi cara hidup kita. Bagaimana kita menjalani kehidupan seharian kita. Baik dari segi politik, sosial dan ekonomi. Islam itu bukan hanya sekadar agama, tetapi adalah cara hidup kita.

Kita berbangga menjadi orang Islam. Kerana Islamlah kita mulia. Semoga kita semua dapat menjalani kehidupan dengan berpandukan Islam yang sebenar.
Read more...

Friday, March 4, 2011

Alhamdulillah

Bismillah..

Segala kesyukuran aku panjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi aku menghiup oksigenNYA.
Setelah lama aku tidak update blog aku ini, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk melakukannya.

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku untuk sibuk dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dengan adanya test, submit assignment, presentation, dan program-program lain membolehkan aku meletihkan diri dengan perkara yang berfaedah.


Sahabat aku pernah berpesan, bahawa dalam dunia ini ada dua perkara. Jahiliah atau Islam. Kita memang selalu akan menghadapinya. Dan kita terpaksa untuk memilihnya. Betul. Aku pun mengakuinya kerana aku pernah mendengar perkara tersebut. Penggerak bagi kita cenderung ke arah Islam adalah Iman. Jahiliah pula adalah nafsu. Adakalanya, kita cenderung kepada Islam tatkala Iman kita sudah "memberontak". Dan ada juga kita ke arah jahiliah apabila nafsu kita "menggila".

Itulah hakikat hati kita, Sentiasa berbolak-balik. Sekiranya kita tidak "mensibukkan" diri kita dengan perkara yang berfaedah, pasti kita akan dilalaikan dengan perkara ygn tidak berfaedah.


Jadi, jika kita sibuk, anggaplah bahawa Allah SWT memberi kita peluang untuk melakukan kebaikan. Jangan terlalu banyak merungut. Kerana rungutan akan membuatkan kita bertambah berserabut atau bercelaru.

Hadapinya dengan tenang dan mintalah pada Allah supaya segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.
Read more...