Showing posts with label Rilek / Santai. Show all posts
Showing posts with label Rilek / Santai. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

Kreativiti Yang Luarbiasa

Mengambil pendekatan menerusi minat dan perkembangan terkini di laman sosial, seorang pemuda di Rantau Panjang mengolah resipi ais krim mengikut cita rasa penduduk setempat.

Muhammad Shafiq Che Nordin, 26, berkata, ais krim pasu, baba, pisang dan cawan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk serta pengunjung di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.




Menurutnya, biarpun ketika musim tengkujuh, keadaan itu langsung tidak mempengaruhi jualan, malah bertambah tinggi dengan kehadiran pengunjung ketika cuti sekolah.

Ternyata, cetusan idea isterinya, Natasya Edora Md Sek, 23, berjaya menambat hati pelanggan apabila menggunakan konsep bekas bersaiz S, M dan L, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

“Saya tak mahu membebankan pelanggan, sebab itu harga ditawarkan agak berpatutan. Ais krim pasu dijual antara RM3 hingga RM8, manakala ais krim pisang pula pada harga RM4.

“Bagi ais krim baba, ia dijual mengikut saiz antara RM2 hingga RM4, manakala ais krim cawan antara RM3 hingga RM5,” katanya.  




Selain hiasan pada ais krim pasu, dia turut menggunakan coklat cair, jagung, roti, pisang  dan mihun goreng sebagai penambah perisa.


Sumber :- Sinar Harian


Bandar Baru Bangi
20 Rabiulakhir 1437



Read more...

Tuesday, March 5, 2013

3 Peristiwa




Peristiwa 1 ( Suami & Isteri )

Isteri : Abang, nanti kita langgan ASTRO WARNA boleh x? Ayang nak tgok Maharaja Lawak Mega la...

Suami : Buat apa nak langgan. TV3 kan ada. Awak duduk je dpan tv pkul jam 8 malam. Lagi lawak.


Peristiwa 2 ( Adik & Abang )

Adik : Abang3!! Adik nak beli buku Lawak Kampus tu boleh x? Kawan2 adik kata best taw!

Abang : Abang cadangkan adik beli akhbar Utusan. Jika tajuk muka depan pown boleh buat pmbaca tergelak, nescaya adik berguling2 membaca isi dalamnya.


Peristiwa 3 ( Pemimpin & Bola )

Akhbar : Kekalahan Barcelona menentang Real Madrid 2-1 dipercayai adalah didalangi oleh Anwar Ibrahim.

Berita TV : Punca Arsenal tewas kepada Spurs 2-1 adalah dipercayai kerana Ketua Pembangkang Malaysia adalah agen Spurs.


Rembau
22 RabiulAkhir 1434H


Read more...

Friday, October 19, 2012

Harapan Palsu

Yahya bin Muaz berkata :- Penipuan yang paling besar dalam mengharapkan datangnya rahmat Allah SWT adalah :-

  • Mereka yang sentiasa berbuat dosa dengan harapan dosanya diampuni Allah SWT tanpa disertai penyesalan.

  • Mereka yang merasakan dekat dengan Allah SWT tanpa ada usaha beribadah dan taat kepada-Nya.

  • Mereka yang menanti kenikmatan syurga dengan menabur "benih-benih" seksa neraka.




  • Mereka yang mencari tempat kembali orang yang taat ( syurga ) dengan melakukan maksiat.

  • Mereka yang menanti pahala tanpa beramal.

  • Mereka yang mengharapkan rahmat Allah SWT dengan melakukan perbuatan yang melampaui batas.

Adaptasi:- Gen-Q 14

UiTM Bandaraya Melaka
3 Zulhijjah 1433H



Read more...

Wednesday, August 8, 2012

Teladan Baik VS Buruk

Teladan Baik
  • Teladan dan akhlak yang baik lahir daripada buah keimanan yang jitu. Makin sempurna akhlaknya, maka semakin kuat imannya
  • Orang yang berakhlak baik sangat dicintai Allah dan Rasulullah. Allah dan Rasul-Nya sentiasa tersemat di hati.


  • Akhlak baik jadikan teladan. Individu yang tampil dengan akhlak baik akan sentiasa menjadi contoh ikutan orang lain. Pahalanya akan berpanjangan sepanjang kebaikan itu dilakukan.
  • Menunjukkan teladan yang baik itu dikira sebagai ibadah dan menjadi penyebab masuk ke dalam syurga. Ramai yang menganggap ibadah hanyalah ketaatan kepada Allah sahaja, tetapi hubungan dengan manusia juga harus dijaga.

Teladan Buruk

  • Teladan yang buruk dan keji petanda lemah dan rapuhnya iman seseorang. Makin buruk akhlaknya, maka semakin nipis atau tiada langsung iman dalam dirinya.
  • Orang yang mempunyai akhlak yang buruk tiada nilaian di sisi Allah dan Rasul-Nya. Dalam hatinya hanya nafsu syahwat yang menjadi raja.

  • Akhlak buruk jadikan sempadan. Individu yang berperilaku buruk akan dicemuh dan dibenci orang lain. Jika ada yang mengikut, tempias dosanya juga akan terkena kepada mereka yang memulakannya.
  • Mempamerkan teladan yang buruk boleh membawa pada bencana dan menyebabkan hilangnya rahmat Allah. Hal ini menyebabkan individu tersebut tiada hubungan dengan Allah dan tidak menjaga hubungan dengan manusia. Balasan bagi orang yang berakhlak keji ialah neraka.

Adaptasi:- Gen-Q 11


Kolej Tun Mamat, UiTM Bandaraya Melaka
20 Ramadhan 1433H



Read more...

Monday, July 23, 2012

Kaki Ponteng

Gejala ponteng sekolah mahupun kuliah telah menjadi salah satu isu keremajaan yang popular. Antara sebab ponteng:-





Pengaruh Rakan Sebaya
  • Tidak tahu memilih rakan sebaya untuk dijadikan kawan
  • Mengikuti kawan secara melulu
  • Senang dipengaruhi berbanding mempengaruhi

Kurang Didikan Agama
  • Ibu bapa kurang menitikiberatkan aspek agama
  • Tidak ambil  serius mengenai prestasi anak

Ketagih Permainan Komputer
  • Merasakan ke kuliah/seklah sebagai satu bebanan
  • Mencari alternatif untuk merungkai kekusutan yang melanda sehingga mengabaikan yang utama

Hilang Minat Belajar
  • Memberi alasan tidak dapat memberi saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Adaptasi:- Gen-Q 09

UiTM Bandaraya Melaka
3 Ramadhan1433H



Read more...

Friday, June 1, 2012

Refleksi Hati


Imam Al-Ghazali menggariskan ada tiga perkara yang mendorong hati manusia untuk berbuat baik:-





  • Pujukan dan ancaman daripada orang yang diingini faedah daripadanya atau ditakuti seksaannya. Ini didorong syahwat dan itu hanyalah sikap orang awam.
  • Mengharap pujian daripada sesiapa yang memuji, atau takut celaan daripada orang yang mencela. Ini kerana malu dan itu adalah perbuatan raja-raja dan orang besar.
  • Mengerjakan kebaikan kerana dia memang baik, dan bercita-cita hendak menegakkan budi yang utama. Inilah perintah daripada pertimbangan akal dan perbuatan orang hukum atau ahli fikir.

Adaptasi : Gen-Q 09


UiTM Bandaraya Melaka
11 Rejab 1433H



Read more...

Tuesday, February 7, 2012

Pemain Bersih

Gary Lineker memulakan karrier profesionalnya pada usia 18 tahun di Kelab Leicester City (1978-1985). Kemudian berpindah ke Everton dan secara tidak langsung menjadi pemain top scorer dengan 38 gol dalam 52 perlawanan. Pada tahun berikutnya, dia dipelawa oleh kelab raksasa Barcelona selama 3 tahun (1986-1989) dan berjaya meraih trofi Piala Winner.






Pada tahun 1989, dia memutuskan untuk kembali ke Liga Inggeris dengan memasuki Kelab Tottenham Hotspur dan menjadi penjaring terbanyak pada musim 1989-1990 sebanyak 24 gol. Pada tahun 1992, dia berpindah ke Jepun untuk bersama-sama dengan Kelab Nagoya Grampus Eight dan mengakhiri karrier bola sepaknya pada tahun 1994 yang boleh dikatakan agak muda untuknya bersara dalam bola sepak.


Selama 16 tahun perjalanannya di dunia bola sepak secara profesional, Gary Lineker sudah menjalani lebih dari 560 perlawanan dan apa yang hebatnya, dia sama sekali tidak pernah menerima kad kuning apatah lagi merah sepanjang perlawanan bola sepaknya. Oleh sebab pencapaian tersebut, pada tahun 1990 dia mendapat penghargaan dari FIFA “FIFA Fair Play Award“.




Rembau
15 Rabiluawal 1433H



Read more...

Monday, January 23, 2012

5 Jari

Manusia dicipta oleh Allah SWT mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri. Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati di sebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita. Jom kita tengok!

Lekapkan tapak tangan kanan di atas meja. Kemudian perhatikan jari bermula dari paling kanan.




IBU JARI

Jari yang besar dan pendek. Lambing kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yang benar – iaitu agama Allah SWT.


JARI TELUNJUK

Jari yang “mengungkap” satu dan keEsaan Allah SWT ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.


JARI HANTU

Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini – sekitar 30-an ke atas – kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya “hantu-hantu” yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan banyak diuji – untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat.


JARI MANIS

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Di sebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk “amar makruf nahi mungkar” dengan sebenar-benarnya.


JARI KELINGKING

Kecil dan kerdil. Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya."


Rembau
28 Safar 1433H


Read more...

Monday, January 9, 2012

Jika



Jika kita marah - TOPUP wudhu' untuk menyejukkan jiwa.

Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.

Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.

Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.

Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.

Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.


UiTM Bandaraya Melaka
14 Safar 1433H



Read more...

Sunday, November 20, 2011

Liku Kehidupan




Jika kita marah - TOPUP wudhu untuk menyejukkan jiwa. 

Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.

Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.

Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.

Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.

Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.



UiTM Bandaraya Melaka
23 Zulhijjah 1432H




Read more...

Friday, November 11, 2011

Ketika Itu



Ketika itu..                                                                                                                         
Ketika kita jadi jahat, ORANG BENCI. 
Ketika jadi baik, ORANG MELUAT.
Ketika kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Ketika kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" 


Ketika itu..                                                                                                                         
Ketika kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Ketika kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.      

Ketika kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS.
Ketika kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR.
Ketika kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'.


Ketika itu..                                                                                                                         
Ketika kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free.
Ketika kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" 
Ketika kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" 

Ketika kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Ketika kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"


Ketika itu..                                                                                                                                
Kita terlalu memikirkan apa yang orang akan kata. Sudahnya apa kerja pun tidak berjalan. Oleh itu, marilah kita semua melakukan sesuatu perkara dengan meluruskan niat terlebih dahulu dan jelas matlamatnya.                                                                                               
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua.


Rembau
15 Zulhijjah 1432H

Read more...

Tuesday, October 11, 2011

Nama Tempat Di Malaysia

Di Malaysia sahaja, ada beberapa nama tempat menarik yang pernah ataupun tidak pernah kita dengar atau nampak.







Mari kita lihat.


NEGERI SEMBILAN

  •          Jalan Dato' Siamang Gagap
  •          Kampung Penajis
  •          Batang Benar
  •          Kampung Jambu Lapan 
  •          Bongek




PERLIS

  •          Bongor Kudong
  •          Utan Aji
  •          Cuping
  •          Betis Patah
  •          Tambun Tulang
  •          Kampung Y
  •          Marhom Kayang
  •          Simpang Empat Kangkung



SARAWAK

  •          Kampung Wireless
  •          Tanjung Bekakap
  •          Bawang Assan
  •          Kampung Buangsiol



SELANGOR

  •        Batang Berjuntai
  •        Bagan Tengkorak
  •     Tebok Pulai
  •     Tebok Berihun
  •     Tebok Perenggan
  •     Tebok Mufrad
  •     Tebok Marjan



JOHOR

  •          Gelang Patah
  •          Pasir Gudang 
  •          Batu Pahat
  •          Kluang
  •          Kampung Temu Jodoh
  •      Kampung Seri Bunian
  •      Tongkang Pecah
  •          Gunung Lambak
  •          Kampung Ponorogo
  •          Parit Botak
  •          Parit Sonto
  •          Kampung Puteri Menangis
  •          Sedenak
  •          Felda Air Tawar



PAHANG

  •          Janda Baik
  •          Felda New Zealand
  •          Dada Kering
  •          Che Nor
  •          Jangka Batu 13
  •          Lubuk Paku
  •          Kampung Temin
  •          Bangau



SABAH

  •          Menggatal
  •          Kampung Baru Jumpa
  •          Felda Icebox
  •          Merotai

KEDAH

  •          Tikam Batu
  •          Megat Dewa 
  •          Padang Cicak
  •          Permatang Kerat Telunjuk
  •          Sungai Derhaka
  •          Kampung Telekong
  •          Ulu Melaka (langkawi)
  •          Gurun
  •          Baling 
  •          10 Kampung Namek (adakah penduduk2 asal kampung tu adalah org planet namek?-Dragon Ball )
  •          Kampung Tengkorak Batu
  •          Bukit Kayu Hitam
  •          Anak Bukit
  •          Gajah Mati
  •          Pokok sena



PERAK

  •          Parit
  •          Dinding
  •          Lumut
  •          Titi Serong
  •          Menglembu
  •          Papan
  •          Pusing
  •          Mambang Di Awan
  •          Kampung Tempe
  •          Kampung Batang Bergedik
  •          Hutan Melintang
  •          Bota
  •          Lahat
  •          Teluk Intan
  •          Pasir Berdamar
  •          Batu Gajah
  •          Kampung Gajah
  •          Slim River
  •          Durian Sebatang
  •          Batak Rabik
  •          Larut Tin
  •          Changkat Tin



KELANTAN

  •          Kg Pak Badul
  •          Kg Palekbang
  •          Tumpat
  •          Kg Pauh Butut
  •          Kg Pasir Lalat
  •          Sg Satan
  •          Pengkalan Kubu
  •          Kg Pintu Geng
  •          Kg Bunohan
  •          Kg. Lawa
  •          Gertak Lembu
  •          Gertak Serong
  •          Kg Pek



PENANG

  •          Jarak Atas
  •          Balik Pulau
  •          Gertak Sanggul
  •          Kg Seronok



TERENGGANU

  •          Kg Alor Terbo
  •          Kg Wad Sembilan
  •          Kg Batu Rakit
  •          Kg Imam Lapar
  •          Kg Nasi Dingin
  •          Kg Gong Badak
  •          Kg Gong Pak Jin
  •          Kg Pasir Panjang
  •          Kg Padang Hangus
  •          Kg Fakir
  •          Kg Kuala Ping
  •          Sungai Derhaka ( Kedah pun ada jua )
  •          Kg Langgar
  •          Kg Lapan Kotak
  •          Kg Cacar
  •          Lorong Surau
  •          Kg Jerung
  •          Kg Bawah Atas Tol
  •          Chukai
  •          Kg Telaga Batin
  •          Kg Bogel

MELAKA

  •          Batang Tiga
  •          Pulau Besar
  •          Tanjung Bidara
  •          Bukit Piatu
  •          Bukit Beruang
  •          Air Keroh
  •          Alor Gajah
  •          Semabok
  •          Durian Tunggal
  •          Durian Daun
  •          Bukit Senjuang
  •          Ujong Pasir
  •          Ayer Leleh
  •          Kampung Jawa
  •      Batang Melaka

Read more...