Doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri
kepada Allah SWT. Memohon kepada Allah SWT adalah pengikitrafan bahawa hanya
Allah SWT Maha Berkuasa dalam memenuhi hajat manusia.
Allah SWT berfirman dalam surah al-A’raf ayat 55-56
yang bermaksud:-
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri
dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada
orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
sesudah Allah SWT menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya dan
berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau doa tidak diterima)
dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya doa makbul). Sesungguhnya
rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”
Daripada segala yang diterangkan di atas, dapatlah
kita membuat satu kesimpulan penting bahawa doa merupakan ibadah dan symbol ketulusan
cinta seorang hamba kepada Tuhannya. Menerusinya, seseorang hamba mampu
menggamit rahmat Allah agar dikurniakan kepadanya.
Adaptasi:- Gen-Q 14
UiTM Bandaraya Melaka
14 Zulkaedah 1433 H
Read more...