Monday, March 11, 2013

Salute

Tanggal 25 Mac ini, pelakon Yatt Hamzah akan berangkat ke Mesir seterusnya Gaza, Palestin. Pemergian selama seminggu anjuran Aman Palestin itu bukan secara solo namun turut ditemani suami, Abdul Mutalib Abdul Syukor serta anak mereka, Suci Hanania Malika.
Mengapa Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 33, mengambil keputusan begitu berani apabila membawa keluarganya bersama? Sedang pergolakan yang berlaku di Gaza terutamanya memungkinkan perkara yang tidak diingini berlaku lebih-lebih perang yang melanda yang tidak sesuai untuk anak kecilnya itu.
“Jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi, selamat pergi dan pulang, Insya-Allah ,” katanya.

Akui Yatt, dulu dia pernah berasa takut hendak ke negara berkenaan yang sedang berperang. Pun begitu, berbeza perasaannya kali ini kerana tiada sedikitpun perasaan risau
“Kata-kata saya ini mungkin dengar macam tidak takut langsung tapi saya yakin kerana saya lakukan ini kerana Allah SWT. Membawa suami dan anak bersama, kalau ikutkan sebelum ini kami sepatutnya sudah ke sana tetapi ada perkara yang tidak boleh dielakkan masa itu.


“Bagaimanapun baru-baru ini, pihak Felinna Beauty yang melantik saya sebagai duta mereka bekerjasama dengan Aman Malaysia untuk ke Gaza, sekali gus menjalankan misi kemanusiaan di sana.

“Segala kos untuk pemergian saya (tidak termasuk suami dan anaknya) ditanggung sepenuhnya pihak Felinna. Saya merasakan ia satu peluang berharga untuk melihat sendiri penindasan yang berlaku di Gaza,” katanya.

Dalam pada hati­nya jitu dan bulat untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin, Yatt turut melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah malah sangat bersimpati dengan nasib keluarga perajurit-perajurit negara yang terkorban demi mempertahankan keamanan Malaysia.
Malah pemilik Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media ini turut ditanya kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih gemar menunjukkan keprihatinan kepada perbalahan yang berlaku di negara luar berbanding negara sendiri.

“Saya kurang setuju dengan tanggapan itu. Isu Lahad Datu ini misalnya, saya bersama-sama rakan di Usrah Fitrah sedang mengadakan kutipan amal untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Buat masa ini biarlah pihak berkuasa Malaysia menjalankan tugas mereka di Sabah dulu dan kita tetap menyokong dari belakang.

“Berhubung bantuan sumbangan diberikan Malaysia kepada negara luar, contohnya Palestin, orang Islam khususnya wajib membantu rakyat Palestin mempertahankan negara mereka termasuklah Masjid al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang kini ingin dimusnahkan Yahudi,” katanya ditemui di Hotel Flamingo by The Lake, Kuala Lumpur sempena majlis pelancaran produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss dan pengumuman sebagai duta jenama berkenaan, baru-baru ini.



Pihak Felinna yang diwakili pengusaha jenama itu, Nadea Felinna Ed Fatah dan suami, Rafie Ramlie turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Dana 
Palestin, melalui badan bukan kerajaan, Usrah Fitrah.
Apa yang mengagumkan, sumbangan itu diperoleh daripada setiap RM1 hasil jualan produk Felinna di mana kempen yang bertujuan membantu masyarakat Gaza mula diperkenalkan penghujung tahun lalu.

Menjadi pelanggan Felinna sebelum dilantik sebagai duta, lamaran yang ditawarkan pihak Felinna amat dihargainya selain bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

“Alhamdulillah, Allah menambahkan rezeki saya dengan menjadi duta kepada produk Felinna. Memandangkan produk ini tidak asing bagi saya kerana pernah menjadi penggunanya, rasanya mudah untuk saya memainkan peranan saya sebagai duta.

“Produk Felinna paling saya suka dan berpuas hati adalah Inch Los Lotion kerana dalam masa kurang sebulan pinggang saya mengecil dua inci. Itupun, saya bukannya seorang yang berdisiplin sangat. Kalau terlalu sibuk lupa hendak memakainya.
“Bayangkan mereka komited pastinya, produk ini dapat membantu pengguna memperoleh bentuk badan yang anda inginkan. Khafiat Felinna Inch Los Lotion sungguh luar biasa kerana ia diperbuat daripada gabungan bahan-bahan terpilih yang diformulasikan dengan tambahan 30 juzuk bacaan al-Quran.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini juga Felinna bakal mengeluarkan satu produk pelangsingan yang lebih efektif pula iaitu XLoss,” katanya.



Beralih topik kerjaya, Yatt yang sebelum ini mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara mengakui dirinya semakin selektif dalam memilih watak.

“Semestinya saya menolak untuk berlakon sekiranya jalan cerita dan adegan yang bertentangan dengan prinsip saya, misalnya babak bersentuhan. Selain itu saya juga tidak menerima tawaran sekiranya diberikan watak wanita jahat keterlaluan.

“Watak seperti itu memberi impak negatif buat penonton, pun begitu saya tidak menolak sekiranya watak itu mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada penonton.

“Memang dulu saya pernah mengambil tawaran watak jahat. Tetapi tidak lagi sekarang melainkan watak itu tidak keterlaluan. Kita pun sedia maklum tahap jahat ini berbeza-beza.
“Tetapi kalau sampai menggambarkan ibu ayam memakai tudung, itu saya rasa tidak wajar. Saya tidak kata wanita berhijab 100 peratus sempurna namun saya yakin dalam kehidupan realiti tidak ada wanita bertudung melakukan perkara seperti itu.

“Berbeza jika ia satu watak penyamaran bagaimanapun hal ini perlu dijelaskan dalam drama, telemovie mahupun filem yang diterbitkan supaya tidak mengundang salah faham,” katanya.

Sekalipun mengurang­kan aktiviti lakonannya, Yatt percaya bahawa rezeki di muka bumi Allah sentiasa terbentang luas.

“Alhamdulillah, walaupun banyak tawaran lakonan tidak dapat dipenuhi, sentiasa ada jalan rezeki untuk saya. Saya sering mendapat undangan sebagai penceramah dari pihak universiti untuk berkongsi pengalaman khususnya berhubung penghijrahan saya.

“Lagipun, untuk situasi sekarang ini rasanya tidak sukar untuk artis-artis wanita yang berhijab terus mencari rezeki dalam bidang seni memandangkan sudah banyak stesen televisyen yang memperjuangkan program-program berbentuk Islamik,” ujarnya.

Adaptasi;- myMetro 13 Mac 2013

28 RabiulAkhir 1434H
Rembau


Read more...

Tuesday, March 5, 2013

3 Peristiwa




Peristiwa 1 ( Suami & Isteri )

Isteri : Abang, nanti kita langgan ASTRO WARNA boleh x? Ayang nak tgok Maharaja Lawak Mega la...

Suami : Buat apa nak langgan. TV3 kan ada. Awak duduk je dpan tv pkul jam 8 malam. Lagi lawak.


Peristiwa 2 ( Adik & Abang )

Adik : Abang3!! Adik nak beli buku Lawak Kampus tu boleh x? Kawan2 adik kata best taw!

Abang : Abang cadangkan adik beli akhbar Utusan. Jika tajuk muka depan pown boleh buat pmbaca tergelak, nescaya adik berguling2 membaca isi dalamnya.


Peristiwa 3 ( Pemimpin & Bola )

Akhbar : Kekalahan Barcelona menentang Real Madrid 2-1 dipercayai adalah didalangi oleh Anwar Ibrahim.

Berita TV : Punca Arsenal tewas kepada Spurs 2-1 adalah dipercayai kerana Ketua Pembangkang Malaysia adalah agen Spurs.


Rembau
22 RabiulAkhir 1434H


Read more...