Arak diharamkan Allah SWT sama ada minum sedikit
atau banyak. Ia diharamkan kerana membawa banyak keburukan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma’idah;90 yang
bermaksud:-
“ Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya meminum
arak, bermain judi, menyembelih korban untuk berhala, mengundi nasib dengan
anak panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan.”
Arak juga merupakan satu-satunya jenayah yang tidak
hanya tertumpu kepada peminumnya, tetapi kepada mereka yang turut bersubahat
dan menyumbang. Ini berdasarkan riwayat daripada Anas bin Malik:- “Rasulullah SAW
melaknat 10 orang yang terlibat dengan arak.”
Siapakah 10 golongan itu?
Pembuat
Pengedar
Peminum
Pembawa
Pengirim
Penuang
Penjual
Orang yang memakan wang hasil daripadanya.
Pembayar
Pemesan
Adaptasi:- Gen-Q 19
Rembau
18 JamadilAkhir 1434H
Read more...