Seperti mana yang kita tahu, Rasulullah SAW mahukan daripada umatnya
supaya peka dalam menambah koleksi pahala selepas puasa Ramadhan, kerana bulan
yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa enam hari di bulan Syawal ketika ramai orang berseronok
menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu begitu
mengharapkan pahala satu tahun berpuasa.
Sekiranya kita melakukan 30 hari puasa Ramadhan, setiap hari diganjari
dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah
dengan enam hari menjadikan ia bagaikan 360 hari yang bersamaan dengan satu
tahun berpuasa.
Ia disandarkan kepada sabda Baginda SAW yang bermaksud:- “ Sesiapa
berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan
Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” – Riwayat Muslim &
Imam Ahmad –
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi SAW terhadap umatnya, begitu juga
dengan peringkat awal kefardhuan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi SAW
kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu solat
hingga bermohon ke hadrat Allah SWT agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu
sahaja. Itu pun masih ada dalam kalangan umat Islam yang tidak melakukan lima
waktu secukupnya.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan kita semua mendapat syafaat
Baginda SAW pada hari kiamat? Tepuk dada, tanya iman.
Adaptasi :- Harakah
Rembau
17 Syawal 1434H
Read more...