Pertama :- Simpanan Minimum 10 %
Sebelum
kita ambil duit gaji untuk dibelanjakan
( belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya ),
SIMPAN 10 % dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan.
Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun
Maybank. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya
10% gaji saya ke akaun Tabung Haji saya. Kemudian, barulah saya akan gunakan
wang gaji tersebut untuk pelbagai urusan. Seharusnya, kita perlu ada
sekurang-kurangnya 2 akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun
simpanan yang tidak boleh diganggu.Secara analoginya :-
RM 1200
sebulan, 10% ialah RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun
Dan anda
telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 7200.
Jika
gaji RM 2800, 10% ialah RM 280 sebulan x 12 bulan = RM 3360 setahun
Dan jika
anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 16 800.
Kedua :- Ada Perancangan Kewangan
Perancangan kewangan amat penting bagi
mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Bahagikan
siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan.
Sebagai
contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000 :-
Simpanan (10%) RM 200
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Broadband RM 68
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 300
Anak-anak RM 100
Lain-lain (minyak, tol, luar jangka) RM 132
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Broadband RM 68
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 300
Anak-anak RM 100
Lain-lain (minyak, tol, luar jangka) RM 132
JUMLAH = RM 2000
Dengan perancangan ini, kita akan tahu ke mana
wang disalurkan. Amalkan merekod dan mencatat perbelanjaan harian dalam buku kewangan khas. Catat perbelanjaan pada hari
tersebut dan semak kembali adakah ia telah melebihi jumlah yang sepatutnya.
Jika ya, perlu seimbangkan kembali dengan perbelanjaan yang lain.
Ketiga :- Belanja Ikut Keperluan Bukan Ikut Kemahuan
Belanja
ikut keperluan dan bukan ikut nafsu kemahuan. Ramai yang pantang tengok sesuatu
perkara yang diminati, mereka akan segera dapatkannya. Walaupun ia tiada dalam
perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.
Antara
sebab ramai yang tidak cukup duit gaji adalah pada tip ini :-
Perlukah tukar handphone baru jika yang lama
masih lagi ok dan boleh digunakan?
Perlukah langsir baru atau sekadar mengikut
trend?
Mana lebih jimat makan dirumah atau makan di
kedai setiap hari?
Makan satu dua lauk sudah cukup daripada makan
banyak lauk dalam sesuatu masa?
Sport rim baru walaupun yang lama dah cukup
cantik?
Keempat :- Minimumkan Perbelanjaan
Apabila kita mengurangkan perbelanjaan dan jumlah
komitmen bulanan, maka kita mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan.
Sebagai contoh, jika bil air dan elektrik anda mencecah RM 150 setiap bulan,
bagaimana kita dapat jimatkan dan kurangkan penggunaan elektrik dan air
sehingga hanya RM 100 sebulan. Jadi, kita jimat RM 50 sebulan.
Sama
juga, berbanding naik kereta ke tempat kerja, mungkin naik motor lebih
praktikal dan lebih jimat minyak jika tempat kerja dekat sahaja. Bil telefon
atau topup, kurangkan call dan sms, atau boleh whatsapp sahaja. Atau pilih
pelan telefon yang percuma untuk panggilan ke talian yang sama.
Kelima :- Amalkan Menderma
Sudahkah kita peruntukkan sejumlah wang untuk
anda dermakan setiap bulan?
Tahniah
jika anda ada menderma, tetapi jika tiada, mulakan untuk menderma sedikit wang
anda kepada mereka yang memerlukan. Ini kerana dengan menderma, Allah akan
cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang
tidak disangka-sangka.
Konklusi
Tip di atas ini bukanlah bermaksud anda
terpaksa berlapar atau berkorban hidup dengan segalanya kurang, tetapi saya
ingin mengajak untuk kita sama-sama menyimpan wang kita dan melihat kembali
bagaimana kita menguruskan wang kita supaya sentiasa mencukupi dan menjadi
lebih baik.
Semoga
dapat kita amalkan 5 tip ini supaya duit gaji yang diperoleh setiap bulan
cukup, dapat disimpan dan diberkati Allah hendaknya. Amin.
Adpatasi :- http://www.zulpress.com/
Bandar Baru Bangi
19 Rabiul Akhir 1436H
Read more...