Sunday, January 31, 2016

Kreativiti Yang Luarbiasa

Mengambil pendekatan menerusi minat dan perkembangan terkini di laman sosial, seorang pemuda di Rantau Panjang mengolah resipi ais krim mengikut cita rasa penduduk setempat.

Muhammad Shafiq Che Nordin, 26, berkata, ais krim pasu, baba, pisang dan cawan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk serta pengunjung di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.




Menurutnya, biarpun ketika musim tengkujuh, keadaan itu langsung tidak mempengaruhi jualan, malah bertambah tinggi dengan kehadiran pengunjung ketika cuti sekolah.

Ternyata, cetusan idea isterinya, Natasya Edora Md Sek, 23, berjaya menambat hati pelanggan apabila menggunakan konsep bekas bersaiz S, M dan L, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

“Saya tak mahu membebankan pelanggan, sebab itu harga ditawarkan agak berpatutan. Ais krim pasu dijual antara RM3 hingga RM8, manakala ais krim pisang pula pada harga RM4.

“Bagi ais krim baba, ia dijual mengikut saiz antara RM2 hingga RM4, manakala ais krim cawan antara RM3 hingga RM5,” katanya.  




Selain hiasan pada ais krim pasu, dia turut menggunakan coklat cair, jagung, roti, pisang  dan mihun goreng sebagai penambah perisa.


Sumber :- Sinar Harian


Bandar Baru Bangi
20 Rabiulakhir 1437



Read more...