Mengambil pendekatan
menerusi minat dan perkembangan terkini di laman sosial, seorang pemuda di
Rantau Panjang mengolah resipi ais krim mengikut cita rasa penduduk setempat.
Muhammad Shafiq Che
Nordin, 26, berkata, ais krim pasu, baba, pisang dan cawan mendapat permintaan
tinggi dalam kalangan penduduk serta pengunjung di Zon Bebas Cukai Rantau
Panjang.
Menurutnya, biarpun
ketika musim tengkujuh, keadaan itu langsung tidak mempengaruhi jualan, malah
bertambah tinggi dengan kehadiran pengunjung ketika cuti sekolah.
Ternyata, cetusan idea
isterinya, Natasya Edora Md Sek, 23, berjaya menambat hati pelanggan apabila
menggunakan konsep bekas bersaiz S, M dan L, sekali gus memberi lebih banyak
pilihan kepada pelanggan terdiri daripada pelbagai peringkat usia.
“Saya tak mahu
membebankan pelanggan, sebab itu harga ditawarkan agak berpatutan. Ais krim
pasu dijual antara RM3 hingga RM8, manakala ais krim pisang pula pada harga
RM4.
“Bagi ais krim baba, ia
dijual mengikut saiz antara RM2 hingga RM4, manakala ais krim cawan antara RM3
hingga RM5,” katanya.
Selain hiasan pada ais
krim pasu, dia turut menggunakan coklat cair, jagung, roti, pisang dan
mihun goreng sebagai penambah perisa.
Sumber :- Sinar Harian
Bandar Baru Bangi
20 Rabiulakhir 1437
Read more...