Wednesday, August 17, 2011

Mazhab Lain

Informasi ini hasil dari blogwalking saya. Semoga ia bermanfaat.
Selepas kita sudah mengetahui  empat mazhab yang utama di dalam Ilmu Feqh ini,kita beralih pula kepada mazhab-mazhab yang telah pupus ditelan zaman yang mana pendapat-pendapat pengasasnya tidak dikumpulkan dan tidak dibukukan oleh para pengikutnya,bahkan mazhabnya ini tidak dikembangkan dan disebarkan ke serata pelusuk negara-negara islam sepertimana yang dilakukan oleh empat mazhab utama yang telah diterangkan dahulu…oleh itu dengan izin Allah akan diterangkan setiap mazhab-mazhab tersebut satu persatu.
Mazhab Al-Auzai’ey
Beliau ialah Abu Amru Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Auzai’ey Ad-Dimasyqi, dilahirkan di Dimasyq (Damsyik) pada tahun 88 hijrah,beliau telah menetap di sana dalam beberapa lama kemudian beliau telah berhijrah ke Beirut  dan telah menetap di situ di saat-saat akhir hayat beliau,di sana beliau telah menjadi seorang imam yang besar,alim dan menjadi tempat rujukkan orang ramai sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 157 hijrah.
Dahulunya beliau merupakan imam kepada penduduk Syam,beliau merupakan imam yang sezaman dengan Imam Malik dan masing-masing telah mangasaskan mazhab mereka yang tersendiri,beliau merupakan diantara ahli feqh yang tidak menggunakan Ar-Ra’yu di dalam pendekatan ilmu mereka,sesungguhnya beliau pernah berkata : 

Jika datangnya hadith rasulullah sallallahu alaihi wassalam kepada kamu,maka janganlah kamu mengambil selain daripada hadith tersebut!!

Sesungguhnya beliau tidak takut langsung untuk menyatakan sesuatu kebenaran dan juga tidak takut langsung dengan celaan-celaan orang, hakikatnya tiada suatu apa pun yang beliau takutkan.
Mazhab Imam Auzai’ey ini telah tersebar ke serata Syam dan Andalus,bahkan ianya lebih banyak tersebar dan berpengaruh di Syam sehinggalah ke akhir kurun ketiga hijrah,yang mana Mazhab Syafiey pula yang lebih banyak mendapat pengaruhnya selepas kurun tersebut,dan di Andalus pula Mazhab Maliki telah mengambil pengaruhnya melebihi mazhab beliau ini ,akhirnya tidaklah berbaki lagi pengaruh mazhab beliau ini melainkan hanyalah kata-kata beliau sahaja yang terdapat di berbagai-bagai kitab.


Mazhab At-Tsauri
Beliau ialah Abu Abdillah Sufyaan Bin Said Ats-Tsauri Al-Kufiy,dilahirkan di Kufah pada tahun 97 hijrah dan telah meninggal dunia pada tahun 161 hijrah mengikut riwayat yang sahih.
Beliau dahulunya merupakan imam yang pengetahuanya sudah sampai ke tahap mujtahid mustaqil,yang mana ketinggian ilmu beliau ketika itu adalah sebanding dengan para imam mazhab yang lain,beliau juga merupakan imam di dalam bidang ilmu hadith dan berbagai cabangan ilmu yang lain,sesungguhnya Ibnu Khalkaan pernah berkata tentang beliau:-

Dahulunya Umar Bin Al-Khattab merupakan ketua masyarakat di zamanya,selepas beliau pula ialah Abdullah Bin Abbas radiallahu anhuma,selepas beliau pula ialah As-Syakbi iaitu Abu Amru A’mir Bin Syurahiil yang meninggal pada tahun 104 hijrah manakala selepas beliau pula ialah Imam Sufyaan Ats-Tsauri”.
Tetapi sayangnya mazhab beliau ini tidak ramai pengikutnya,bahkan telah terhenti daripada tersebar dalam masa yang sekejap sahaja.
Mazhab Al-Laits Bin Saad
Beliau ialah Abul Harith Al-Laits Bin Saad Bin Abdur Rahman,dilahirkan pada tahun 94 hijrah di sebuah perkampungan di Mesir.
Semenjak kecil lagi beliau sememangnya sudah terkenal dengan keilmuanya dan kesopananya,dan sesungguhnya beliau telah banyak mengembara ke serata pelusuk negeri,beliau pada mulanya telah mengembara ke Hijaz dan telah bertemu dengan para ulama’ di sana dan telah berguru dengan mereka,dan pernah berlaku suatu perbincangan dan perdebatan ilmiah antara beliau dan Imam Malik di sana,khususnya perbincangan yang berkisar tentang Amalu Ahli Madinah yang digunapakai oleh Imam Malik sebagai salah satu hujah syarak,kemudianya beliau telah mengembara ke Iraq, di sana beliau telah berguru pula dengan Rabia’h Bin Abdur Rahman iaitu tuan guru kepada Imam Malik bahkan telah berlakunya juga suatu perdebatan ilmiah antara beliau dan gurunya itu pada beberapa masalah ilmiah,dan akhirnya beliau kembali semula ke Mesir untuk menghabiskan baki sisa umurnya dengan berbakti kepada ilmu pengetahuan,dan telah memajukan kehidupan penduduk Mesir dengan kehidupan yang berlandaskan syarak…
Sesungguhnya Imam Malik tersangat memuliakan beliau dan terlalu menghormatinya,dan Imam Malik telah berkata tentang beliau :

Telah dikhabarkan kepadaku daripada seorang ahli ilmu bahawa telah diberitakan daripada Imam Al-Laits Bin Saad bahawa beliau dahulunya merupakan orang yang kaya,yang mana walaupun beliau merupakan seorang yang kaya tetapi tidaklah diwajibkan kepada beliau zakat kerana beliau sering memberikan hartanya itu kepada saudara-maranya yang terdiri dari kalangan ulama’ dan juga kepada orang-orang yang memerlukan”.

Telah diriwayatkan daripada Imam Syafiey rahimahullahu taala tentang perbandingan di antara beliau dan Imam Malik dari sudut ketinggian ilmu : 

Imam Al-Laits Bin Saad adalah lebih alim daripada Imam Malik tetapi sayangnya para pengikutnya telah mengsia-siakanya




Mazhab Daud Az-Zahiri
Beliau ialah Abu Sulaiman Daud Bin Ali Al-Asfahaniy Az-Zahiri, telah dilahirkan di Kufah pada tahun 202 hijrah dan telah menetap di Baghdad sehinggalah beliau meninggal dunia di sana pada tahun 270 hijrah.
Beliau telah berguru dengan Imam Syafiey rahimahullah taala dan juga telah berguru dengan Abu Tsaur dan juga Ishaq Bin Rahawiah dan juga para imam yang lain,sesungguhnya beliau terlalu fanatik dengan Imam Syafiey,tetapi beliau telah mengasaskan mazhab beliau yang tersendiri,beliau telah mengasaskan mazhab Az-Zahiri,dan sebab beliau menamakan mazhab beliau sebegitu adalah kerana beliau mengambil nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir,yang mana jika tiada sebarangnya dalil dari keduanya yang menunjukkan ianya bukan secara zahir,ataupun tiadanya sebarang ijmak yang bercanggah dengan nas yang dipandang secara  zahir tersebut..
Sesungguhnya Imam Daud amat berpegang dengan firman Allah Taala ini :

Jika kalian berselisih terhadap sesuatu maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan RasulNya 
(Surah An-Nisa’ : 59)

Bahkan telah menjadikan ayat Allah ini sebagai asas utama mazhabnya ini,oleh kerana itu beliau amat  berpegang dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan Ijmak para ulama’ ummah,dan sesungguhnya beliau menolak pada beramal dengan hujah Al-Qiyas dan Al-Istihsan dan juga dalil-dalil syarak yang lain..
Sesungguhnya Imam Daud telah dikira sebagai penghafaz hadith nabi dan juga merupakan imam yang tersangat berpegang dengan dalil dari As-Sunnah,bahkan terlalu fanatik di dalam mengambilnya sebagai dalil hukum syarak,dan tanpa syak lagi beliau merupakan imam yang sangat faqih,mujtahid dan merupakan pengasas kepada mazhab yang tersendiri,dan betapa ramainya orang yang telah mengikuti beliau,dan sesungguhnya mazhab beliau ini telah tersebar luas di Baghdad dan juga di Andalus,yang mana Al-Faqih Ali Bin Ahmad Bin Said Bin Hazm Al-Andalusi merupakan imam yang telah menyebarkan mazhabnya ini di sana bahkan telah mempertahankan mazhab ini dan telah mengarang betapa banyaknya kitab-kitab di dalam mazhab tersebut..
Diantara kitab yang terpenting di dalam mazhab in adalah kitab Al-Muhalla iaitu sebuah kitab Feqh,dan begitu juga kitab Al-Ihkam Fi Usulil Ahkam iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul Feqh,
Walaupun mazhab beliau ini tersebar luas dan betapa ramainya pengikut yang  telah mengikuti beliau,tetapi mazhab ini juga tidaklah bertahan lama dan telah mulai pupus semenjak daripada kurun kelima hijrah lagi,dan telah pupus terus mulai dari kurun kelapan hijrah dan tidak berbaki langsung mazhabnya ini melainkan hanyalah berupa pendapat-pendapat yang terdapat di kitab-kitab.
Diadaptasi dari sumber tertentu. 


Sandakan
17 Ramadhan 1432


Read more...

Tuesday, August 16, 2011

Hukum Guna Facebook

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK?  Ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook. Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. 

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.



Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW
( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan "bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook. 

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.


4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-


Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Adaptasi dari zaharuddin.net


Sandakan
16 Ramadhan 1432

Read more...

Monday, August 15, 2011

Tips Penjagaan Laptop

Penjagaan laptop pada masa kini sudah menjadi trend. Ianya penting bagi seorang student, facebookers, bloggers, gamerz, dan seangkatan dengannya untuk menjalankan rutin mereka.

Oleh kerana, penggunaan laptop lebih menggalakkan dari penggunaan desktop pada masa kini, so saya ada tips yang saya dapat yang mungkin bermanfaat untuk dikongsi. Tapi, tips ini untuk penjagaan bahagian luaran sahaja. Penjagaan software, dokumen atau sebagainya saya belum dapat buat masa kini.



Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

Dead Pixel

Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



Read more...

Sunday, August 14, 2011

Pulangkan

Adaptasi lagu ini diambil dari blog rakan saya. Tentunya kalian mengetahui lagu ini.
Semoga terhibur.




Artis : Misha Omar.
Nyanyian semula : Pegawai PTPTN dan Ex-Student IPT.

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku - (Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku - (Ex-Student)
Pulangkan oh pulangkanlah padaku - (Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku - ( Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku - (Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih - (Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir masa.
Ooo sayang..

Read more...

Saturday, August 13, 2011

Baca Al - Quran

Soalan

Assalamualaikum wrt,

Berkenaan hadith nabi yang menyebutkan bahawa dua ganjaran bagi orang yang membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala orang yang membaca lancar? Biasanya kalau dengar di ceramah-ceramah, penceramah selalu menyebut bahawa pahalanya melebihi pahala orang yang membaca lancar. Tapi baru-baru ini, saya ada terima email yang memetik dari kitab fadhilat amal dan pendapat yang diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan

Berpandukan kepada pertanyaan saudari, di sana ada dua kemungkinan, iaitu :-

1)    Penceramah tersilap ; Jika ia benar-benar diucapkan oleh penceramah, ternyata sang penceramah tidak melakukan homework dengan baik atau mengambil informasi secara rambang tanpa mempelajari atau merujuk kepada sumber dengan tepat. Hasilnya timbulkan kenyataan silap sebagaimana yang diberi.

2)    Saudari selaku pendengar tersilap ; mungkin juga, penceramah menerang dengan betul, cuma saudari selaku pendengar yang tersilap menangkap point yang diberikan oleh pencermah berkenaan.




Tanpa perlu kita pergi lebih jauh untuk mencari salah siapa, adalah lebih baik saya jelaskan letak duduk sebenar dalam hal pahala membaca Al-Quran walau dalam keadan tergagap dan tersekat-sekat, serta perbandingannya dengan pahala bacaan mereka yang lancar.

Hadis yang sewajarnya menjadi rujukan dalam bab ini adalah seperti berikut yang bermaksud:-

" Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala. " ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)

Jika dilihat dari huraian kebanyakan para ulama silam, kecenderungan tafsiran mereka terhadap hadis di atas adalah bukan pada ‘membaca sambil melihat Al-Quran' tetapi lebih kepada membaca secara hafalan. Mungkin disebabkan zaman tersebut, menghafal Al-Quran sudah menjadi kebiasaan hampir bagi semua umat Islam, khususnya para ulama. Justeru hampir tidak timbul masalah membaca sambil melihat al-quran lagi.

Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa maksud orang yang mahir dalam hadis di atas adalah mereka yang bijak dan sempurna hafalan serta tidak sukar membaca ayat-ayat Al-Quran. Manakala mereka yang menghafal dan bacaannnay tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim)




Namun demikian, terdapat juga ulama silam dan kontemporari khususnya yang memasukkan orang yang membaca al-Quran secara melihat mushaf juga di dalam konteks hadis di atas. Ini kerana hadis tersbeut tidak menyebut kalimah hafazan dengan jelas, ia hanya menyebut ‘baca', justeru adalah lebih tepat untuk tidak mengkhususkannya kepada hafazan semata dan menidakkan kelebihan bagi yang membaca dari mushaf.

Pandangan kedua ini lebih tepat dan kuat serta amat bertepatan dengan keadaan umat Islam hari ini yang semakin sedikit di antara mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan baik, walau dengan cara melihat mushaf.

Berkenaan perbandingan yang ditanyakan, ulama besar mazhab Maliki, Al-Qadhi ‘Iyadh berkata hadis di atas sama sekali tidak bermaksud meraka yang tersekat dan gagap lebih baik daripada si pembaca lancar dan tepat, kerana kelebihan yang disebut bagi orang yang mahir iaitu bersama para Rasul adalah jauh lebih besar dan tidak sama sekali mampu ditandingi oleh dua pahala yang diperuntukkan bagi mereka yang kurang mahir.

Memang benar, malah tidak munasabah sama sekali bacaan mereka yang tidak lancar lebih besar pahalanya daripada yang lancar. Jika demikian keadaanya, lebih baik, jangan lancar bacaan sampai bila-bila, bukankah itu tidak logic lagi tidak bertepatan dengan kefahaman aqal yang waras.

Dari penjelasan tersebut, kesimpulannya hadis Nabi s.a.w tadi sebenarnya bukanlah diungkap dengan tujuan membuat perbandingan pahala di antara satu sama lain, tetapi ia lebih kepada penjelasan kelebihan tersendiri bagi kedua-dua keadaan pembaca Al-quran. Bermakna, bagi yang mahir, ada ganjarannya yang tersendiri, demikian juga bagi yang masih belum begitu mahir. Justeru, teruskan usaha bagi yang belum mahir agar mencapai tahap mahir dan setersunya meraih kebaikan yang ditawarkan.




SURAH APA YANG TERBAIK DIBACA?

Timbul persoalan berkaitan surah apakah yang terlebih baik untuk dibaca pada akhir Ramadhan nanti.

Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi ini yang bermaksud:-

" Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir. " (Riwayat Muslim)




Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.

Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi sa.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.

Adaptasi dari :- zaharuddin.net



Read more...