Tuesday, October 25, 2011

Katakan Tidak Kepada Hudud!

Katakan tidak kepada hudud? Adakah penulis tidak bersetuju dengan hukum Allah ini? Sebentar. Mari kita lihat artikel perkongsian daripada sahabat kita ini.

Pertamanya tahniah kepada komponen Pakatan Rakyat atas sikap saling menghormati dan cuba memahami kerenah serta kehendak antara parti-parti komponen. Pertembungan ketegasan generasi senior PAS dan DAP berkaitan dapat direda oleh generasi pertengahan serta generasi baru bukan saja dalam Pakatan Rakyat, bahkan mereka yang sekadar memerhati dari luar.



Tulisan ini sekadar mengajak pembaca membuka sedikit ruangan minda terhadap kekalutan yang berlaku. Mungkin tidak sehebat tulisan mereka yang berpengalaman. Cuma kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam hukum Islam itu? Tak pasti, hanya Allah saja mengetahuinya. Maka, mungkin boleh disimpulkan Hudud digeruni oleh Muslim yang bersalah sahaja, yang tidak melakukan jenayah tak perlu takut.
Memang sukar untuk mereka yang tidak memahami untuk mudah menerima sesuatu yang di luar lingkungan pemahaman mereka. Apatah lagi jika majoriti menganggap “adil” dalam erti kata samarata. Timbulnya persoalan (kadangkala dari mulut celupar pemimpin mengaku Islam) berkenaan tidak adilnya jika berzina, yang non muslim hanya membayar denda sedangkan yang muslim disebat 100 kali sebatan di khalayak ramai (bagi yang belum berkahwin), dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Tidak pasti persoalan itu timbul kerana kejahilannya, atau supaya masyarakat umum memandang serong terhadap usaha PAS mendaulatkan hukum Islam. Mufti-mufti, ulama’ samada dalam UMNO atau non partisan mendiamkan diri, tidaklah diketahui samada mereka takut bersuara kerana jawatan, atau memang kenyataan begitu tidak sesat dan menyesatkan orang lain.


Tidaklah juga janggal jika non muslim dalam MCA, DAP, PKR, MIC, PBS, SNAP atau mana-mana parti atau individu menyanggah hasrat PAS mengangkat hudud untuk dilaksanakan. Bukankah adil mereka mempersoalkan atau menyanggah kerana ianya bukan aspirasi, bahkan bukan termaktub di dalam agama mereka?  Adil bagi mereka mempersoalkan mahupun menyanggah, tetapi zalim bagi yang mengaku beragama Islam bersikap sama.
Namun, jika ahli UMNO sendiri menyanggah dan cuba mengelirukan dengan memberikan gambaran negatif, sedangkan non muslim dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh menyokong bahkan sedia memberi penerangan kepada rakan-rakan non muslim, mungkin UMNO boleh berkursus atau mengambil subjek Perundangan Islam dari mereka (sekadar sindiran).
Jikalah ada yang berkata, kita kena ambil masa supaya “semua” rakyat tahu apa itu HUDUD barulah boleh dilaksanakan. Baik, cuba kita survey “semua”  rakyat di Malaysia, adakah mereka tahu kandungan undang-undang sedia ada? Adakah mereka tahu undang-undang terkini yang digubal? Adakah mereka tahu hak mereka jika ditahan dan disoal siasat penguatkuasa? Adakah mereka tahu hak mereka apabila dibicara di mahkamah? Pastinya ramai yang berkata, “Entah”. Tiada pula yang mengatakan undang-undang sedia ada samada undang-undang sivil mahupun syariah perlu dihentikan sementara dan dilaksanakan semula apabila “semua” rakyat mengetahui kandungannya dan hak mereka.


Dalam kes qazaf, agak pelik juga Jabatan Agama Islam negeri-negeri seolah-olah tidak memberi respon terhadap tuduhan demi tuduhan terhadap dakwaan liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Paling tidak pun, mereka kata ini bukan di mahkamah syariah sebagai mencuci tangan.  Sehingga JAWI ( Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) pun menolak untuk dilibatkan atas alasan bukan urusan mereka. Jangan  nanti ada yang berkata bila ada organisasi agama lain yang campurtangan terhadap urusan perjalanan tuduhan liwat ini, barulah geng-geng nasionalis bertempik supaya orang non muslim jangan campurtangan urusan agama Islam.
Apa yang susahnya untuk membuktikan UMNO yang mengaku beragama Islam mendakwa DSAI dibawah undang-undang Islam? DSAI beragama Islam, Dr Munawar Anees seorang muslim, Sukma Darmawan seorang muslim, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga muslim, apakah susah untuk dibawa ke mahkamah syariah? Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan perjalanan kehidupan termasuk undang-undang sudah pasti sepatutnya digunakan demi menegakkan keadilan.
Satu ketika kononnya negarawan kita berkata lebih kurang maksudnya jika nak makan sup tangan boleh ke Kelantan. Juga kenyataan lebih kurang maksud jika tangan orang Islam kudung, macam mana mereka umat Islam nak maju? Bgaimana mereka nak berkerja? Termenung sekali logiknya macam ya. Termenung sekali lagi, terserlah kebodohannya. Persoalannya, adakah dengan hukuman potong tangan maka orang Islam berebut-rebut mencuri untuk dipotong tangan untuk melariskan industri sup tangan? Mungkin saki baki pencuri adalah non muslim kerana mereka hanya dikenakan denda wang ringgit? Maka yang muslim pun berkata, tak adillah begitu. Umat Islam diwajibkan berpuasa, dan tidak kepada non muslim melainkan mereka ingin mencuba. Tiada pula yang bersuara tidak adil puasa dalam bulan Ramadhan tidak dilaksanakan kepada non muslim?


Apa maksud adil? Sama rata? Seorang anak perempuan mengatakan bapanya tak adil (samarata) kerana membelikannya baju kurung sedangkan adik lelakinya baju melayu bersamping. Seorang budak berumur 3 tahun mendakwa ibunya tidak adil (samarata) kerana nasi dan lauk untuk sedikit sedangkan abangnya berumur 13 tahun banyak. Apatah lagi jika ada yang berkata tak adil (samarata) kerana suami boleh mempunyai lebih seorang isteri dalam masa yang sama, sedangkan perempuan sebaliknya.
Adakah mereka membuat neraca keadilan berdasarkan kefahaman dan keyakinan terhadap perintah Allah, atau berdasarkan kejahilan, nafsu serta dakwaan Islam mengikut kacamata orientalis?


Apa pun, tahniah buat pimpinan Pakatan Rakyat kerana cermat menghadapi isu ini. PAS perlu lebih berkerja keras untuk menerangkan kepada rakyat menggunakan segala medium terhad yang ada sebagai jihad bekal mengadap Allah di akhirat kelak.
Adaptasi :- HarakahDaily

UiTM Bandaraya Melaka
27 Zulkaedah 1432H



Read more...

Sunday, October 23, 2011

Tips Buat Lelaki

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan…

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu…

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu…

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya…

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu…

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu…

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

“Kau adalah kawan karibku.”

“Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu.”

“Kau dah seperti abang kandungku.”

“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit.”

“Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu.”

“Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri.”

“Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu”.

“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain.”




TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

TIDAK!!!

Andai seorang perempuan itu datang…

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang…

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang…

Andai seorang perempuan itu datang…

JANGAN BIARKAN CINTA FITRAH ITU MENJADI FITNAH!



Rembau
25 Zulkaedah 1432H

Read more...

Tuesday, October 18, 2011

Pesanan Khalifah

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah berpesan :-

  • Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.

  • Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

  • Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.






  • Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

  • Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.

  • Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya.

  • Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati.




UiTM Bandaraya Melaka
20 Zulkaedah 1432H



Read more...

Sunday, October 16, 2011

Fenomena Penghijrahan Artis

Kuala Lumpur 21 Mac 11: Pengalaman mengerjakan umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Dia pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.

“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.




“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Dalam suatu kenyataan lain, kata pelakon berusia 29 tahun itu, sebelum berlepas ke Mekah, dia telah terlebih dahulu meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.

"Ia merangkumi semua aspek. Seperti yang saya katakan, apabila kita hendak menunaikan umrah, kita kena bersedia dan dari situ lagi, saya sudah berdoa.

"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.

Meneruskan bicara, Irma memberitahu, sesungguhnya dia sayang untuk mengotorkan taubat yang telah dipanjatkan semasa mengerjakan umrah dan amat bersyukur kerana jalan untuknya berhijrah mendapat keredaan dari-Nya. Keputusannya untuk bertudung sekali gus menghadiahkan perasaan seronok dan tenang yang tidak mampu digambarkan oleh kata-kata.

"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.

Pengajaran:- Hidayah perlu dicari.Dan kalau Allah hendak memberi hidayah pada seseorang, tiada siapa yang boleh menahannya. Semoga beliau terus istiqamah dengan Islam.


UiTM Bandaraya Melaka
18 Zulkaedah 1432H

Read more...

Tuesday, October 11, 2011

Nama Tempat Di Malaysia

Di Malaysia sahaja, ada beberapa nama tempat menarik yang pernah ataupun tidak pernah kita dengar atau nampak.







Mari kita lihat.


NEGERI SEMBILAN

  •          Jalan Dato' Siamang Gagap
  •          Kampung Penajis
  •          Batang Benar
  •          Kampung Jambu Lapan 
  •          Bongek




PERLIS

  •          Bongor Kudong
  •          Utan Aji
  •          Cuping
  •          Betis Patah
  •          Tambun Tulang
  •          Kampung Y
  •          Marhom Kayang
  •          Simpang Empat Kangkung



SARAWAK

  •          Kampung Wireless
  •          Tanjung Bekakap
  •          Bawang Assan
  •          Kampung Buangsiol



SELANGOR

  •        Batang Berjuntai
  •        Bagan Tengkorak
  •     Tebok Pulai
  •     Tebok Berihun
  •     Tebok Perenggan
  •     Tebok Mufrad
  •     Tebok Marjan



JOHOR

  •          Gelang Patah
  •          Pasir Gudang 
  •          Batu Pahat
  •          Kluang
  •          Kampung Temu Jodoh
  •      Kampung Seri Bunian
  •      Tongkang Pecah
  •          Gunung Lambak
  •          Kampung Ponorogo
  •          Parit Botak
  •          Parit Sonto
  •          Kampung Puteri Menangis
  •          Sedenak
  •          Felda Air Tawar



PAHANG

  •          Janda Baik
  •          Felda New Zealand
  •          Dada Kering
  •          Che Nor
  •          Jangka Batu 13
  •          Lubuk Paku
  •          Kampung Temin
  •          Bangau



SABAH

  •          Menggatal
  •          Kampung Baru Jumpa
  •          Felda Icebox
  •          Merotai

KEDAH

  •          Tikam Batu
  •          Megat Dewa 
  •          Padang Cicak
  •          Permatang Kerat Telunjuk
  •          Sungai Derhaka
  •          Kampung Telekong
  •          Ulu Melaka (langkawi)
  •          Gurun
  •          Baling 
  •          10 Kampung Namek (adakah penduduk2 asal kampung tu adalah org planet namek?-Dragon Ball )
  •          Kampung Tengkorak Batu
  •          Bukit Kayu Hitam
  •          Anak Bukit
  •          Gajah Mati
  •          Pokok sena



PERAK

  •          Parit
  •          Dinding
  •          Lumut
  •          Titi Serong
  •          Menglembu
  •          Papan
  •          Pusing
  •          Mambang Di Awan
  •          Kampung Tempe
  •          Kampung Batang Bergedik
  •          Hutan Melintang
  •          Bota
  •          Lahat
  •          Teluk Intan
  •          Pasir Berdamar
  •          Batu Gajah
  •          Kampung Gajah
  •          Slim River
  •          Durian Sebatang
  •          Batak Rabik
  •          Larut Tin
  •          Changkat Tin



KELANTAN

  •          Kg Pak Badul
  •          Kg Palekbang
  •          Tumpat
  •          Kg Pauh Butut
  •          Kg Pasir Lalat
  •          Sg Satan
  •          Pengkalan Kubu
  •          Kg Pintu Geng
  •          Kg Bunohan
  •          Kg. Lawa
  •          Gertak Lembu
  •          Gertak Serong
  •          Kg Pek



PENANG

  •          Jarak Atas
  •          Balik Pulau
  •          Gertak Sanggul
  •          Kg Seronok



TERENGGANU

  •          Kg Alor Terbo
  •          Kg Wad Sembilan
  •          Kg Batu Rakit
  •          Kg Imam Lapar
  •          Kg Nasi Dingin
  •          Kg Gong Badak
  •          Kg Gong Pak Jin
  •          Kg Pasir Panjang
  •          Kg Padang Hangus
  •          Kg Fakir
  •          Kg Kuala Ping
  •          Sungai Derhaka ( Kedah pun ada jua )
  •          Kg Langgar
  •          Kg Lapan Kotak
  •          Kg Cacar
  •          Lorong Surau
  •          Kg Jerung
  •          Kg Bawah Atas Tol
  •          Chukai
  •          Kg Telaga Batin
  •          Kg Bogel

MELAKA

  •          Batang Tiga
  •          Pulau Besar
  •          Tanjung Bidara
  •          Bukit Piatu
  •          Bukit Beruang
  •          Air Keroh
  •          Alor Gajah
  •          Semabok
  •          Durian Tunggal
  •          Durian Daun
  •          Bukit Senjuang
  •          Ujong Pasir
  •          Ayer Leleh
  •          Kampung Jawa
  •      Batang Melaka

Read more...