Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah

Assalamu'alaikum w.b.t.


Alhamdulillah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpah kurniaanya kerana mengizinkan lagi diri ini menikmati nikmat yang terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat Iman dan Islam serta nikmat Ukhwah yang terjalin di antara sahabat-sahbat saya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW di atas pengorbanan baginda dan para sahabat kerana berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini. Semoga Islam yang kita  pegang sekarang bukan hanya sekadar warisan tetapi disertai dengan penghayatan. InsyaAllah.

Post kali ini bukanlah berbentuk informatif. Ianya lebih kepada celoteh kerana hari ini telah genaplah umur setahun blog saya ini. Alhamdulillah.

Saya berharap segala post yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Jika ada kebaikan, sila ambil. Jika ada kekurangan, sila utarakan kritikan ataupun pandangan. Semoga gaya penulisan saya dapat diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.

Saya juga berharap segala penulisan saya ini dapat membuahkan saham-saham pahala kerana menyebarkan ilmu. Semoga saham-saham yang kecil ini dapat memberatkan neraca pahala saya di sana kelak. Dan sekiranya saya sudah pergi mendahului kalian semua, sebarkanlah apa yang ada di dalam blog saya ini. Semoga amalan ini terus mengalir sehingga hari kiamat.




Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian!

Bahawa Allah SWT memandang usaha kita walaupun ia sekecil zarah. Mungkin kita merasakan update blog itu sangat leceh. Tapi, jika kita meluruskan niat dan mempunyai matlamat yang jelas, insyaAllah kita akan pandang medium ini sebagai wasilah untuk kita top-up pahala.

Semoga kita semua terus menerus berada dalam kebaikan dan berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.

Wallahu'alam.


UiTM Bandaraya Melaka
6 Zulkaedah 1432H

No comments:

Post a Comment