Tuesday, May 29, 2012

Ketua Editor Pembukuan Al-Quran

Untuk menjadikan kita sebagai pembaca Al-Quran yang sentiasa mentadabbur dengan keunikan dan keindahan susunan ayat-ayat daripada kalamullah ini, seharusnya kita mengingati dan mengenali sahsiah sahabat yang berada di sebalik tabir serta yang dipertanggungjawabkan dalam penyempurnaan susunan tersebut.


Beliau seperti yang kita telah maklumi adalah Sayidina Zaid bin Thabit bin al-Dahhak al-Ansari. Walaupun sahabat yang amat rapat dengan Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar RA, tetapi atas pilihan Allah SWT yang telah menetapkan segala ketentuan-Nya, beliau dilantik sebulat suara oleh sekalian para sahabat sebagai ketua editor dalam proses pembukuan Al-Quran ini.

Walaupun kebanyakan sifat peribadi beliau seperti sifat peribadi para sahabat yang lain, namun pemilihan beliau berdasarkan beberapa kriteria yang kebanyakan para sahabat tidak memperoleh peluang ini.



Antara kriteria tersebut:-

1. Saksi Al-'Ardah Al-Akhirah

  • Ia adalah pembentangan Al-Quran kali terakhir yang berlaku antara Baginda SAW dengan Jibril pada bulan Ramadhan. Sepanjang hayat Baginda SAW, ia berlaku sebanyak dua kali secara 'talaqqi musyafahah. Zaid merupakan orang yang membaca secara langsung selepas peristiwa tersebut.

2. Ketua Kadi

  • Beliau menjadi ketua kadi dalam kalangan para sahabat hinggakan Baginda SAW mengakuinya sebagaimana hadis Baginda SAW yang bermaksud: "Orang yang amat mengetahui tentang ilmu faraid ( hal pembahagian harta pusaka ) dalam kalangan umatku ialah Zaid bin Thabit." ( Sheikh Muhammad Salim Muhaisin, 'Fi Rihab Al-Quran',Jil.1 )

3. Pakar Rujuk Bahasa

  • Beliau juga mahir menterjemahkan bahasa Ibrani dan bahasa Suryani iaitu bahasa golongan Yahudi. Terdapat banyak penulisan surat antara golongan Yahudi dengan Baginda SAW yang menggunakan bahasa ini. Baginda SAW mengarahkan beliau mempelajari kedua-dua bahasa tersebut untuk menjawab segala perutusan daripada kaum Yahudi.
  • Kepantasan beliau menguasai kedua-dua bahasa tersebut terbukti apabila beliau hanya mengambil masa 15 hari sahaja untuk menguasai bahasa Ibrani, manakala untuk bahasa Suryani pula memakan masa 17 hari sahaja. ( Ibn.Saad, ' Tabaqat ', Jil.3 )

Adaptasi : Gen-Q 09

Rembau
8 Rejab 1433H



Read more...

Saturday, May 26, 2012

Tips Jadi Mulia

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yang tidak ada tempat bernaung, kecuali naungan-Nya, iaitu:

  • Pemimpin yang adil. Tiada dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan untuk peribadinya.
  • Pemuda yang giat beribadah kepada Allah. Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
  • Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
  • Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
  • Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga orang lain yand ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
  • Dua orang yang selalu mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik, tetapi dia menolaknya dengan berkata: "Aku takut kepada Allah."



Sedekah yang dianjurkan untuk diberikan secara sembunyi adalah sedekah yang sifatnya sunnah, bukan wajib, seperti zakat.

Adaptasi :- Gen-Q 09

Rembau
5 Rejab 1433H


Read more...

Sunday, May 20, 2012

Syarikat Emas Muslim



BC Gold Amanah diasaskan oleh Ustaz Haji Khairul Azmi bin Chik pada 01 Januari 2011. Pekan Batu Enam di Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi pejabat, lokasi ini dipilih bagi menggalakkan pengunjung dan pengedar untuk datang sendiri melihat ruangan pameran emas permata.


Beliau yang mempunyai ijazah kepujian di dalam bidang Syariah Islamiah mempunyai banyak pengalaman mengenai barangan kemas dan pelbagai barang lain yang berasaskan emas dan permata, apatah lagi ramai di kalangan keluarga beliau merupakan peniaga-peniaga emas di Terengganu dan di Lembah Kelang.




BC Gold lebih tertumpu kepada penjualan jongkong emas atau juga dikenali sebagai emas jongkong. Produk ini dijamin bermutu tinggi kerana ia diperbuat dari emas tulen 999.9% dan dijual mengikut harga emas semasa.

Keistimewaan produk BC Gold Amanah, selain daripada design yang menarik, harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan produk gold bar yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain.



Selain daripada menjual, BC Gold juga menawarkan perkhidmatan membeli semula emas jongkong dan barangan kemas yang lain dengan potongan harga yang menarik.


Keterangan lanjut sila lawat http://bcgoldamanah.com/


UiTM Bandaraya Melaka
28 JamadilAkhir 1433H



Read more...

Friday, May 18, 2012

Meriahkan Restoran Muslim

Sekarang ini umat Islam boleg bebangga dengan kenaikan ekonomi Muslim dalam bidang perniagaan makanan kerana sudah terdapat restoran yang seakan-akan KFC iaitu Radix Fried Chicken ( RFC ) yang dimiliki sepenuhnya orang Islam, Bumiputera dan tahap kebersihannya terjamin serta halal.




Proses penyembelihannya adalah menurut kehendak Islam. Semuanya dijamin halal sehinggalah kepada proses penyediaan makanan.




Pihak Radix juga menghasilkan Cola tersendiri sebagai alternatif untuk Coca-Cola dan mempunyai rempah ratus yang diadun sebagai ramuan ayam goreng. Ianya seakan-akan "seceret recipe" yang dibuat oleh KFC.




Syabas kepada pihak Radix kerana berjaya menembusi pasaran ini dalam usaha menunjukkan Muslim juga boleh bersaing dengan orang lain dan memecahkab monopoli oleh syarikat-syarikat yang sudah sedia maklum kekukuhannya.




Marilah kita bersama memeriahkannya!


UiTM Bandaraya Melaka
26 JamadilAkhir 1433H



Read more...

Tuesday, May 15, 2012

Syarikat Telekomunikasi Berlandaskan Syariah



Salamfone adalah perkhidmatan mudah alih pertama yang berasaskan shariah dari segi operasi ,  proses dan prosedur syarikat  ,dari segi produk produk dan servis yang kami tawarkan , dari segi kontrak hingga ke transaksi jualan dan dalam segala aktiviti yang dikendalikan pihak  pengurusan.

Dengan panduan badan penasihat Shariah kami, ZI Shariah Advisory Sdn Bhd, Salamfone telah mendapat pensijilan Shariah pada Disember 2010.

Untuk mengekalkan ketelusan dan menjaga keringkasan prinsip-prinsip Shariah asas, kami akan terus bekerjasama dengan badan penasihat Shariah kami. Ini supaya kami dapat menjamin yang terbaik buat anda.



Jalinan perhubungan serta penyatuan komuniti dan ummah adalah diutamakan oleh Salamfone. Pelan panggilan kami direka untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di seluruh negara melalui konsep sumbangan berterusan atau Infaq.


UiTM Bandaraya Melaka
23 JamadilAkhir 1433H



Read more...

Tuesday, May 1, 2012

Melabur Secara Halal

Bagi mereka yang mempunyai lebihan duit, mencari pelaburan yang menguntungkan adalah suatu keutamaan. Malah bagi mereka yang berada di dalam kedudukan kewangan yang sederhana juga tidak terkecuali menlihat-melihat tempat dan cara pelaburan yang baik.

Memanfaatkan wang yang ada bagi tujuan pelaburan sememangnya amat digalakkan di dalam Islam. Malah membiarkan wang terperuk di dalam simpanan merupakan satu tindakan yang tidak digalakkan di dalam Islam kerana itu akan menafikan objektif tadawul atau berlegarnya harta tersebut di dalam pasaran sesebuah kawasan dan Negara hingga tidak dapat dimanfaatkan oleh ramai. Bergerak dan memanfaatkan ramai bukan sahaja suatu sifat yang terpuji bagi individu manusia, malah juga pada harta itu sendiri. Ibarat air yang tertakung lama tidak segar berbanding air sungai yang mengalir memberi manfaat di dareah yang luas dan pelbagai.




Galakkan untuk berusaha dan megembelng tenaga memanfaatkan sumber bumi dan juga harta yang telah dimiliki ini dapat dilihat dari firman Allah swt :

هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُّجِيبٌ

Ertinya : Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya). ( Hud : 61)

أَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ

Ertinya: Dan kami turunkan besi dan padanya ada kekerasan dan banyak manfaat kepada manusia ( Hadid : 25)

Manakala disebut di dalam sebuah hadis:

مَنْ بَاعَ دَارًا أَوْ عَقَارًا فَلَمْ يَجْعَلْ ثَمَنَهَا فِي مِثْلِهِ كَانَ قَمِنًا أَنْ لَا يُبَارَكَ لَهُ فِيهِ

Ertinya : Barangsiapa yang telah menjual rumah atau hartanah kemudian tidak menggunakan harga (hasil jualan) itu pada kegunaan yang setanding dengan sebelumnya, sewajarnyalah tiada diberkati pada jualan itu” ( Riwayat Ahmad, Ibn Majah ; Al Fath Al Kabir, As Sayuti, 3/165, bertaraf Hasan menurut Albani)





SEKTOR KEUTAMAAN

Senarai keutamaan sektor yang patut dilabur adalah penting bagi seseorang pelabur Muslim yang bertaqwa. Satu pelaburan yang mungkin kurang pada jangkaan keuntungan kewangannya tetapi lebat dengan manfaat ukharawi perlu diberikan pertimbangan serius. Menurut sebahagian besar ulama, turutan keutamaan sektor pelaburan yang halal adalah :

I.   Melabur dalam sektor yang membawa kejituan beragama di kalangan masyarakat seperti stesyen radio dan TV Islam, penerbitan bahan bacaan dan visual yang menyedarkan, model team building berorientasikan nilai Islam, Sekolah Islam dan yang sepertinya.

II.   Alatan, mesin dan juga makanan yang menambah elemen keselamatan nyawa dan jiwa di dalam masyarakat seperti sector pembuatan kenderaan yang berkualiti, ubatan hasil kajian mendalam, makanan yang menyihatkan dan yang sepertinya.

III  Sektor perumahan awam yang pastinya membantu masayarakat beroleh penginapan yang baik dan berkualiti.

IV. Sektor pendidikan yang merangkumi ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti univeristi dan kolej universiti.

Begitulah serba ringkas turutan keutamaan yang boleh disarankan bagi mereka yang ingin dan sedang memikirkan sektor pelaburan yang diingini.

Adaptasi:- Blog Ustaz Zaharuddin


UiTM Bandaraya Melaka
9 JamadilAkhir 1433H



Read more...