Bagi mereka yang mempunyai
lebihan duit, mencari pelaburan yang menguntungkan adalah suatu keutamaan.
Malah bagi mereka yang berada di dalam kedudukan kewangan yang sederhana juga
tidak terkecuali menlihat-melihat tempat dan cara pelaburan yang baik.
Memanfaatkan wang yang ada bagi
tujuan pelaburan sememangnya amat digalakkan di dalam Islam. Malah membiarkan
wang terperuk di dalam simpanan merupakan satu tindakan yang tidak digalakkan
di dalam Islam kerana itu akan menafikan objektif tadawul atau berlegarnya harta tersebut di
dalam pasaran sesebuah kawasan dan Negara hingga tidak dapat dimanfaatkan oleh
ramai. Bergerak dan memanfaatkan ramai bukan sahaja suatu sifat yang terpuji
bagi individu manusia, malah juga pada harta itu sendiri. Ibarat air yang tertakung
lama tidak segar berbanding air sungai yang mengalir memberi manfaat di dareah
yang luas dan pelbagai.
Galakkan untuk berusaha dan
megembelng tenaga memanfaatkan sumber bumi dan juga harta yang telah dimiliki
ini dapat dilihat dari firman Allah swt :
هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ
وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي
قَرِيبٌ مُّجِيبٌ
Ertinya : Dia
telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya,
kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya
Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya). ( Hud : 61)
أَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ
بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
Ertinya: Dan kami turunkan besi
dan padanya ada kekerasan dan banyak manfaat kepada manusia ( Hadid : 25)
Manakala disebut di dalam
sebuah hadis:
مَنْ بَاعَ دَارًا أَوْ عَقَارًا
فَلَمْ يَجْعَلْ ثَمَنَهَا فِي مِثْلِهِ كَانَ قَمِنًا أَنْ لَا يُبَارَكَ لَهُ
فِيهِ
Ertinya : Barangsiapa yang
telah menjual rumah atau hartanah kemudian tidak menggunakan harga (hasil
jualan) itu pada kegunaan yang setanding dengan sebelumnya, sewajarnyalah tiada
diberkati pada jualan itu” ( Riwayat Ahmad, Ibn Majah ; Al Fath Al Kabir, As
Sayuti, 3/165, bertaraf Hasan menurut Albani)
SEKTOR KEUTAMAAN
Senarai keutamaan sektor yang patut
dilabur adalah penting bagi seseorang pelabur Muslim yang bertaqwa. Satu
pelaburan yang mungkin kurang pada jangkaan keuntungan kewangannya tetapi lebat
dengan manfaat ukharawi perlu diberikan pertimbangan serius. Menurut sebahagian
besar ulama, turutan keutamaan sektor pelaburan yang halal adalah :
I. Melabur
dalam sektor yang membawa kejituan beragama di kalangan masyarakat seperti
stesyen radio dan TV Islam, penerbitan bahan bacaan dan visual yang
menyedarkan, model team building berorientasikan nilai Islam, Sekolah Islam dan
yang sepertinya.
II. Alatan,
mesin dan juga makanan yang menambah elemen keselamatan nyawa dan jiwa di dalam
masyarakat seperti sector pembuatan kenderaan yang berkualiti, ubatan hasil
kajian mendalam, makanan yang menyihatkan dan yang sepertinya.
III Sektor
perumahan awam yang pastinya membantu masayarakat beroleh penginapan yang baik
dan berkualiti.
IV. Sektor
pendidikan yang merangkumi ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti univeristi dan
kolej universiti.
Begitulah serba ringkas turutan
keutamaan yang boleh disarankan bagi mereka yang ingin dan sedang memikirkan
sektor pelaburan yang diingini.
Adaptasi:- Blog Ustaz Zaharuddin
UiTM Bandaraya Melaka
9 JamadilAkhir 1433H
No comments:
Post a Comment