Kali ini mari kita singkap kembali sirah nabawiyyah
ini secara bersama. Penulis mendapat perkongsian ini melalui khutbah Jumaat
pada 3 Julai 2012.
Secara umumnya, ianya berlaku pada tanggal 17
Ramadhan tahun 2 Hijrah. Dimulakan cerita, terdapat segolongan manusia daripada
kafilah ( rombongan perniagaan ) Abu Sufian dari Syam yang membawa barang
perdagangan yang mana akan diambil barangnya itu oleh Rasulullah SAW kerana
sebagai bahan gentian kepada orang Islam yang diambilnya dahulu.
Kafilah Abu Sufian ini terlepas daripada sekatan
Rasulullah SAW. Oleh kerana mereka hendak sampai di destinasinya, mereka
memberitahu mahu membuat pesta minum arak untuk menguar-uarkan kedatangan
mereka berjaya masuk ke bandar itu.
Rasulullah SAW berasa murka lalu menyusun saf
ketenteraan dengan rapi dan bergantung kepada Allah SWT.
Saidina Hamzah RA & Saidina Ali berperang dengan
golongan tersebut di antaranya ialah Utbah bin Rabiah.
Dengan jumlah tentera Muslimin yang sedikit, maka
Allah SWT memperkenankan doa Rasulullah SAW dengan menghantar malaikat yang
berduyun-duyun.
Dalam perang itu menyaksikan pembunuhan Abu Jahal
dan kepalanya di bawa kepada Rasulullah SAW.
Penduduk Madinah menyambut berita itu dengan
gembira.
Pengajaran daripada sirah ini:-
- Islam yang kita nikmati ini adalah hasil perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat RA
- Sistem Syura membuktikan ianya penting dalam asas politik Islam.
- Strategi yang betul memudahkan perjalanan sesuatu perkara.
- Yakin kepada Allah SWT akan member kemenangan kepada perjuangan Islam
Masjid Tanah, Chembong, Rembau
23 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment