Pada suatu malam yang hening, satu pasukan telah ditugaskan untuk membunuh sekujur insan mulia di dalam sebuah rumah yang kecil. Mereka sudah bersiap untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja. Mereka menunggu arahan. Tiba-tiba, mata mereka teramat mengantuk. Tiada sesiapa yang boleh rasa mengantuk yang menyerang itu.
Salah seorang daripada pasukan itu adalah syaitan yang menyelinap & menyamar, juga tertidur dan tidak sedarkan diri. Beberapa lama kemudiannya, pasukan itu bangun terpinga-pinga menuju ke rumah sasaran mereka.
Mereka terus meluru masuk ke gerabak rumah yang dituju dan melihat sekujur badan sedang tidur di atas lantai.
Sebelum mengangkat pedang menikam insan yang berselimut itu, mereka sempat menarik selimut itu dan jelas terlihat, insan yang tidur di pembaringan bukanlah Muhammad SAW tetapi adalah Ali RA.
Dengan beraninya, Saidina Ali RA menghalau rombongan penjahat tersebut. Dengan bercampur perasaan marah dan malu, rombongan itu pulang dengan kegagalan. Kecintaan Saidina Ali RA yang luar biasa terhadap Baginda SAW mendorong beliau sanggup berkorban menggantikan tempat tidur Baginda SAW.
Lihatlah keberanian remaja Islam yang lahir hasil tarbiah Rasulullah SAW. Berani dan sanggup berkorban demi da'wah!
Adaptasi:- Gen-Q19
Rembau
1 Rejab 1434H
No comments:
Post a Comment