Dalam proses atau perjalanan tarbiyyah ( pendidikan ), terdapat
sekurang-kurangnya 3 perkara yang merencatkannya:-
Suasana Luaran
Apa yang kita lihat hari ini, masyarakat hidup
dengan adunan system tarbiyyah yang disogokkan oleh system pemerintahan yang
tidak Islamik. Proses pentarbiyyahan yang digunapakai membentuk corak kehidupan
yang ada sekarang hingga menjadikan Islam ‘asing’ di dalam kehidupan Muslim
baik dari segi pemikiran Islam, peradaban dan nilai sebenar.
Sedarkah kita, bahawa media massa dan pergerakan
hidup harian merangsang kita ke arah kekeliruan pemikiran Islam sebenarnya
sebagai Deen dan system hidup?
Suasana Dalaman
Dalam suatu organisasi, terkadang kita tidak
terlepas daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan syarat keahlian.
Ada ahli yang menjadikan program-program yang dianjurkan organisasi sebagai
tempat untuk mengumpat dan melahirkan rasa tidak senang dengan ketua ataupun
pemimpin organisasi itu sendiri.
Suasana Peribadi
Jika kita hanya mendapat input tetapi tidak
menterjemahkannya melalui perbuatan, dibimbangi ianya akan melahirkan
sikap/tingkahlaku yang tidak secocok dengan Islam. Ini memberi kesan langsung
atau tidak langsung terhadap sikap dan perilaku seseorang itu sendiri. Sebagai
contoh, sifat sombong, takabbur dan tinggi diri boleh menjejaskan ibadah hati
dan menolak nasihat yang baik.
Adaptasi:- Modul Program Pembangunan Sahsiah Terpuji
Kolej Teknologi Darulnaim
Rembau
8 RabiulAwwal 1435H
Read more...