Friday, January 10, 2014

Rencatan Yang Merencatkan

Dalam proses atau perjalanan tarbiyyah ( pendidikan ), terdapat sekurang-kurangnya 3 perkara yang merencatkannya:-

Suasana Luaran

Apa yang kita lihat hari ini, masyarakat hidup dengan adunan system tarbiyyah yang disogokkan oleh system pemerintahan yang tidak Islamik. Proses pentarbiyyahan yang digunapakai membentuk corak kehidupan yang ada sekarang hingga menjadikan Islam ‘asing’ di dalam kehidupan Muslim baik dari segi pemikiran Islam, peradaban dan nilai sebenar.

Sedarkah kita, bahawa media massa dan pergerakan hidup harian merangsang kita ke arah kekeliruan pemikiran Islam sebenarnya sebagai Deen dan system hidup?


Suasana Dalaman

Dalam suatu organisasi, terkadang kita tidak terlepas daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan syarat keahlian. Ada ahli yang menjadikan program-program yang dianjurkan organisasi sebagai tempat untuk mengumpat dan melahirkan rasa tidak senang dengan ketua ataupun pemimpin organisasi itu sendiri.


Suasana Peribadi

Jika kita hanya mendapat input tetapi tidak menterjemahkannya melalui perbuatan, dibimbangi ianya akan melahirkan sikap/tingkahlaku yang tidak secocok dengan Islam. Ini memberi kesan langsung atau tidak langsung terhadap sikap dan perilaku seseorang itu sendiri. Sebagai contoh, sifat sombong, takabbur dan tinggi diri boleh menjejaskan ibadah hati dan menolak nasihat yang baik.




Adaptasi:- Modul Program Pembangunan Sahsiah Terpuji Kolej Teknologi Darulnaim


Rembau
8 RabiulAwwal 1435H

No comments:

Post a Comment