Saya mempunyai
ramai kenalan yang merokok. Dari segi kesihatan, memang sudah banyak dihebahkan
keburukan merokok. Namun, kali ini, saya hendak membincangkannya dari segi
kewangan.
Katalah, ada
seorang perokok berumur 60 tahun. Merokok bermula daripada umur 20 tahun
sebanyak 2 kotak sehari. Jadi, beliau sudah merokok selama 40 tahun. Kita ambil
harga yang paling murah dengan perkiraan kasar; sekotak RM 3.
Sebulan selama
30 hari, perbelanjaan ialah = RM 6 X 30 = RM 180. Mengikut perkiraan
menggunakan “financial calculator’, jika kita melabur wang ini dengan pulangan
15% setahun selama 40 tahun, kita boleh memperoleh hasil sebanyak RM
4,148,400.69.
Siapa kata kita
tidak boleh jadi jutawan?
Pelbagai agenda
kita boleh lakukan dengan wang sebanyak itu:-
Beli Banglo :-
RM 300000
Beli Kereta MPV
:- RM 100000
Tunaikan haji
& umrah sekeluarga :- RM 150000
Wakaf :- RM
2000000
Kesimpulannya,
saya mengajak pembaca sekalian samada yang perokok mahupun tidak supaya kita sering
memikirkan apabila diteruskan tabiat ini, kita telah membakar peluang yang kita
miliki seperti di atas.
Bayangkan berapa
ramai ketua keluarga telah menidakkan kebolehan mereka untuk mewakafkan harta mereka
yang terkumpul serta menganiaya keluarga mereka dengan peluang menunaikan haji
hanya kerana tabiat merokok?
Selamat
Berfikir.
Adaptasi :-
Buku; Ke Mana Wang Anda?
Rembau
5 Rabiul Akhir 1435H
betul2. hempukkan aje sapa merokok hehe
ReplyDeleteBetul2..saya setuju...Mohon share ekk... ;)
ReplyDeleteBenar
ReplyDelete