Monday, May 16, 2011

Bilik gantung sunyi sejak 2009

Kuala Lumpur 15 Mei – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati yang terhenti sejak tahun 2009, menjadikan bilik gantung di beberapa buah penjara yang menjalankan hukuman itu menjadi “sunyi” dan keranda yang disediakan juga seperti terbiar.

Situasi tersebut juga dikatakan  kali pertama berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun hukuman itu sering dijatuhkan oleh mahkamah tetapi kesemua kes hukuman gantung sejak 2009 masih belum selesai dan di peringkat rayuan.

Sumber berkata, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung, pesalah masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga pelaksanaan hukuman tertangguh.


tali_gantung


Mengikut sistem perundangan di Malaysia, seseorang pesalah itu akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, hukuman itu disebut semula di Mahkamah Tinggi, diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah tersebut mensabitkan kesalahan tertuduh, maka satu rayuan pengampunan boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau ketua-ketua negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan.

Keputusan yang diambil adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Adaptasi dari : Utusan Malaysia

Read more...

Saturday, May 14, 2011

Ubay bin Ka'ab bin Qais

Profil Ubay bin Ka'ab:-


  • Warga Ansar daripada suku Khazraj

  • Sebelum kedatangan Islam, Ubay adalah termasuk pendeta Yahudi yang banyak membaca kitab-kitab klasik

  • Mengisytiharkan keislaman semasa Perjanjian Aqabah Kedua

  • Tergolong dalam golongan awal yang menyahut seruan Islam

  • Menyertai angkatan perang Badar, Uhud serta peperangan-peperangan lain yang disertai Rasulullah s.a.w

  • Termasuk perintis penulis wahyu dan surat-surat

  • Termasuk golongan terkemuka dalam penghafalan al-Quran, membaca dan memahami ayat-ayatnya

  • Termasuk empat orang pengajar al-Quran yang hafiz dan mempunyai kondifikasi al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w

  • Terkenal dengan julukan Sayyid al-Qurra' ( Penghulu semua Qari )

  • Wafat pada tahun 21 Hijrah


Read more...

Thursday, May 12, 2011

Sakit

Maksud sabda Rasulullah s.a.w; " Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang. " ( Riwayat Bukhari )

Namun orang yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit dia akan tetap berzikir kepada Allah SWT, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjran pahala.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w; " Sungguh ajaib keadaan seorang Mukmin. Seluruh keadaannya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ia ditimpa musibah, ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. " ( Riwayat Muslim )




Jika orang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak mahu sembuh daripada penyakit tersebut.

Selain penyakit dapat menghapuskan dosa-dosa, ia juga dapat mengangkat darjat seseorang.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya; " Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui oleh ujian yang besar. Kalau Allah SWT mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah SWT, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya. " ( Riwayat al-Tirmizi )




Bila cubaan dan penyakit menimpa orang yang hubungannya baik dengan Allah SWT, lalu dia akan mampu bersabar, nescaya itu akan menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Allah SWT.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya; " Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah SWT akan mempercepatkan seksaan di dunia. " ( Riwayat al-Tirmizi )

Benarlah kata-kata orang tua bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. 

Wallahualam.

Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Bergurau

Salam ukhwah buat semua pembaca. Di sini, saya ada sedikit tips untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Perkara ini saya adaptasi dalam sebuah artikel.

Islam tidak membunuh fitrah manusia untuk berhibur. Terdapat banyak hiburan dan salah satunya ialah gurauan. Akan tetapi, ia mestilah mengikut landasan dan adab yang sebenarnya bagi membolehkan gurauan itu memberi kekuatan kepada kita semua. Antara adab-adabnya ialah:-

Niat yang benar. Kita boleh bergurau dengan niat untuk menghilangkan rasa bosan, penat, lesu, serta menyegarkan jiwa supaya mendapat semangat baru bagi meneruskan tanggungjawab.

Tidak berlebih-lebihan dalam bergurau kerana Islam menuntut kesederhanaan dalam setiap perkara. Gurauan yang berlebihan kadang-kadang boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang terutamanya pemimpin.


Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah s.a.w dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk. Maksud firman Allah SWT; " Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka." ( Surah al-Isra, 17:53 )

Berkata benar walaupun sedang bergurau. Maksud sabda Rasulullah s.a.w; " Sesungguhnya aku juga bergurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar." ( Riwayat al-Tabarani ) Kita juga boleh mengamalkan sunnah dalam bergurau dengan cara berkata benar.


Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan.

Tidak menakut-nakutkan seorang Muslim. Maksud sabda Rasulullah s.a.w; " Tidak halal bagi seorang Muslim membuat takut seorang Muslim yang lain. " ( Riwayat Abu Daud )


Jangan memperlekeh individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.

Tidak banyak tertawa. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah; " Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati. " ( Riwayat Ibn Majah )

Itulah antara adab-adab bergurau. Di sini saya ada video gurauan yang agak menarik supaya dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. ( http://www.youtube.com/watch?v=0N0a2Y56zVg&oref=http://www.youtube.com/results%3Fsearch_query%3Ddeath%2Bprank%26aq%3Df&has_verified=1 )

Wallahualam.

Read more...

Tuesday, May 10, 2011

Bebas

Pada satu ketika, saya ada terbaca satu majalah. Panelis di dalam majalah itu menukilkan bahawa beliau pernah menemui satu pengakuan tulus dan jujur mengenai tulisan seorang wanita Barat bernama R.Stevenson dalam The Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002. Ianya berhubung etika pemakaian wanita Islam.

Menurut beliau, berdasarkan pengamatannya, wanita Muslimah kelihatan bebas daripada terperangkap dengan fesyen. Mereka bebas daripada menjadi bahan perbandingan, tidak perlu risau soal diet dan tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pengiktirafan lelaki ajnabi.


Wanita yang menjadi mangsa fesyen sebenarnya tidak lebih daripada menjadi bahan pameran dan kepuasan nafsu semata-mata.

Wanita Muslimah yang bebas tidak perlu bersaing untuk menunjukkan kemegahan.

Namun mereka masih mempunyai daya tarikan tersendiri. Daya tarikan tersebut tersembunyi di sebalik rasa taqwa, akhlak dan kesederhanaan mereka.


Begitulah pandangan segelintir masyarakat Barat yang masih ada befikir apakah rasionalnya sesuatu perkara dalam Islam. Semoga kita semua dapat berfikir sepertimana beliau berfikir. InsyaAllah.
Read more...