Bismillah.
Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca.
Kali ini, saya hendak berceloteh tentang aktiviti perkhemahan / muqaiyyam yang saya pergi tempoh hari. Ianya diadakan di Teratak Riverview Tanjung Malim, Perak. Ia berlangsung pada 20 Mei – 22 Mei.
Alhamdulillah Allah pilih saya untuk terlibat sama dalam program itu. Dengan keizinan dari-Nya, dapat saya menghabiskan sesi program itu.
Pada hari pertama program, saya bersama dengan sahabat saya, Syahabuddin berlepas pada pukul 8 pagi daripada Stesen KTM Seremban menuju ke Stesen KTM Tanjung Malim. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sewaktu dalam perjalanan itu, pelbagai cerita yang kami kongsikan. Dari cerita lagha, sampailah ke cerita yang menarik bagi kami. Iaitu Baitul Muslim :-) .
Syahabuddin ( Sahabat dari Sabah + Negeri Sembilan + ? )
Setibanya kami di stesen Tanjung Malim, ada beberapa sahabat lagi yang sedang menunggu sahabat-sahabat untuk jemput kami di stesen. Jarak dari stesen ke destinasi dalam 5 kilometer. Pada sebelah petangnya, sesi ice breaking dimulakan. Melalui sesi ini, kami semua berta’aruf antara satu sama lain. Ramai sahabat-sahabat daripada tempat lain yang baru saya kenal.
Pada sebelah malamnya pula, sesi ice breaking diteruskan dengan lebih terperinci. Sesudah sesi itu, kami diberikan tugas untuk khatibah. Khatibah ini merupakan satu aktiviti untuk kita mengawasi khemah orang lain. Ianya dilakukan secara bergilir-gilir. Semasa saya menuntut ilmu di Kolej Teknologi Darulnaim, khatibah amat popular. Kebiasaannya, pada waktu ini, kami menghabiskan assignment yang diberikan. 1 juzuk untuk 3 hari. Sungguh meletihkan dan agak terkejar-kejar.
Khemah-khemah yang didirikan
Keesokan paginya pula, kami dikehendaki untuk membuat senaman mirror. Senaman ini diguna pakai oleh pemain bola sepak dalam latihan mereka. Senaman kami ditutup dengan iringan lagu Jejak – Izzatul Islam.
Warm-Up untuk senaman mirror
Selepas itu, kami breakfast dan terus mengikuti sesi seterusnya. Belajar cara menggunakan kompas dan membaca peta. Alhamdulillah, dapat juga ilmu baru setelah sekian lama meninggalkan subjek Geografi :-) .
Breakfast
Menjelang tengahari, aktiviti mendaki bukit diadakan. Kami dikehendaki untuk mendirikan khemah di atasnya. 1 kumpulan 1 khemah. Kami semua sibuk mencari daun bertam dan kayu-kayu lain untuk mendirikan khemah. Sahabat-sahabat lain pula menyiapkan makanan dengan menggunakan peralatan memasak yang dibekalkan.
Berkumpul mendengar taklimat
Pondok binaan kumpulan saya
Pada sebelah petang pula, kami semua dibenarkan untuk bermandi-manda di sungai. Suasana ketika itu sungguh tarbawi bilamana terpamernya akhlak sahabat-sahabat yang saling tolong menolong. Sesudah aktiviti itu, sesi penyembelihan ayam pula dijalankan. 2 ekor ayam diberikan pada setiap kumpulan. Kami diajar untuk menyembelih ayam dengan cara yang sepatutnya.
Bermandi-manda
Ahli kumpulan saya menyembelih ayam
Sesudah menyembelih, membersihkan ayam, kami diberi peluang untuk BBQ. Hasil dari penyembelihan itulah yang menjadi hidangan dinner kami. Seperti biasa, talam menjadi alas makanan kami bagi merapatkan ukhwah.
BBQ
Dinner
Pada sebelah malamnya pula, sedikit penyampaian telah disampaikan oleh seorang pakcik. Nama pakcik dan tajuk penyampaiannya saya tidak ingat :-) . Tapi, isi kandungannya lebih menjurus kepada golongan belia. Cerita Nabi Musa a.s menjadi pengajaran kepada kami dalam penyampaian itu.
Keesokan paginya pula, kami diberi peluang untuk bermain flying fox. Ramai juga mencubanya dan ramai juga yang mahu mandi sungai sahaja. Suasana sungguh ceria dengan gelagat sahabat-sahabat.
Penghulu Program - Akhi Anas
Gurauan sahabat
Selepas itu, kami diberikan assignment untuk sesi brainstorming bersama ahli kumpulan. Kami dikehendaki untuk mencipta satu modul rekreasi yang bersesuaian dengan golongan dewasa. Ramai juga yang memberi idea, dan ramai juga yang tidur termasuk saya :-) .
Setelah selesai semua itu, tibalah acara yang terakhir iaitu kalimah akhirah oleh kem komandan, presiden HaluanSiswa dan Ustaz Isam.
Dakapan Sunnah / Salam Semut
Ukhwahfillah
Semoga segala kenangan yang tercipta dapat menguatkan lagi kami semua untuk terus bermujahadah.
Semoga Allah memberikan nikmat ukhwah yang kami jalinkan bertambah manis.
Wallahu'alam.
ruginya x dpt pergi..
ReplyDelete