Friday, April 27, 2012

Perbezaan Riba & Jual Beli

Melihat beberapa jawapan ulama silam, kita akan dapati bahawa al-Qaffal al-Syafi’i telah berjaya menerangkan perbezaan di antara jual beli dan riba dengan baik, beliau berkata:-
                                                      
JUAL BELI

Apabila seorang penjual mengeluarkan modal sebanyak 10 dirham untuk sehelai pakaian dan kemudian menjualnya dengan harga 20 dirham. Maka penjual itu memperolehi keuntungan sebanyak 10 dirham iaitu sekali ganda daripada modal. Oleh itu, sekiranya diperolehi dengan rela daripada kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli, akan termeterai kontrak pertukaran pemilikan harta ( pada wang dan pakaian ) di antara kedua-duanya. Kedua-dua pihak tidak mengambil milik yang lain tanpa balasan material

PINJAMAN DENGAN FAEDAH

Jika seseorang member pinjaman sebanyak 10 dirham dan kemudian mengambil keuntungan melebihi daripada nilai tersebut tanpa sebarang pertukaran milik harta ( seperti baju dalam kes jual beli di atas ), maka apakah sebab yang membolehkan pemberi pinjaman itu untuk mengambil lebih daripada apa yang diberi?

Kita tidak boleh mengatakan penangguhan pulangan untuk sesuatu tempoh itu sebagai harta, kerana penangguhan adalah bukan sesuatu harta yang mempunyai nilain tersendiri. Atas sebab itu, tiada sebab untuk pemberi pinjaman mendapat lebihan sebanyak 10 dirham tadi

Itu adalah perbezaan antara jual beli yang berasaskan asset berbanding pinjaman riba yang tidak didasari aset.




Selain al-Qaffal, Fakhruddin al-Razi dan al-Baidawi turut memberikan penjelasan tambahan:-

JUAL BELI

Seseorang menjual satu aset yang bermodalkan dengan nilai RM 10, kemudian dia menjualnya dengan nilai RM 11. Di sini dia telah memberi peluang dan kemudahan kepada pembeli akan hasil aset itu sama ada untuk dirinya atau untuk diniagakan. Atas sebab itu, penjual berhak untuk mendapat bayaran melebihi modal daripada satu nilai kebaikan pada aset yang dijual. Itu juga adalah sumber untuk memperoleh keuntungan halal serta sesuatu harta di dalam sebuah masyarakat.

PINJAMAN

Seseorang peminjam yang membayar lebih atas pinjamannya, tidak beroleh sebarang manfaat kecuali hanya berpeluang memanfaatkan wang pinjaman yang diperolehinya. Walaupun dia boleh berniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal, lalu mendapat keuntungan, namun ia tidak dapat lari daripada proses jual beli aset dan barang.

Mungkin ada yang mengatakan si peminjam boleh mendapat keuntungan dengan cara memberi pinjam kepada individu lain dengan riba. Jika begitulah cara untuk mendapatkan keuntungan, cuba bayangkan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat.




Pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara pasti sukar disebabkan tiada proses jual beli berdasarkan “real” aset atau barangan sebenar. Atas sebab itu, jual beli amat berbeza dengan pinjaman yang mempunyai riba.


Adaptasi: Buku Riba & Isu Kewangan Semasa


Rembau
5 JamadilAkhir 1433H


Read more...

Saturday, April 21, 2012

Bai Bithaman Ajil

Bai Bithaman Ajil bermaksud "jualan pembayaran tertangguh". Ia merupakan satu mod pembiayaan Islam yang digunakan untuk harta, kenderaan, serta pembiayaan barangan pengguna lain. 



Secara teknikalnya, kemudahan pembiayaan ini adalah berdasarkan kepada aktiviti membeli dan menjual. Sebagai contoh, anda mahu membeli perabot, maka ia akan dibeli oleh bank dan dijual kepada anda pada dengan persetujuan bersama mengenai harga, dan selepas bank menentukan tempoh dan cara ansuran. 

Harga di mana bank itu akan menjual kepada anda perabaot yang mana merangkumi kos sebenar daripada perabot dan juga akan menggabungkan margin keuntungan bank. Tiada faedah dikenakan dan harga tambahan pampasan bank untuk keuntungan. 




Ansuran kekal yang ditetapkan sepanjang tempoh kontrak dan tiada pelarasan dibuat jika kadar faedah berubah-ubah. Ansuran tetap bulanan ditentukan oleh harga jualan, tempoh pembayaran balik dan peratusan margin pembiayaan.


UiTM Bandaraya Melaka
29 JamadilAwal 1433H



Read more...

Monday, April 16, 2012

Tokoh Ekonomi Islam Malaysia

"Semuanya bermula sewaktu di Universiti Malaya, ketika itu saya memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Dan dari situ jugalah saya dapat merasakan tanggungjawab dan peranan yang perlu saya pikul dalam membimbing serta membuka jalan kepada anak-anak muda tentang keilmuan Islam," itulah kata-kata permulaan yang keluar dari mulut pendakwah terkenal, Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman.
Nama beliau bukan sahaja terkenal di serata pelusuk negeri di Malaysia, bahkan juga di luar negara. Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman merupakan seorang pendakwah bebas, pengacara, pensyarah dan juga pakar dalam bidang perbankan Islam. Kepakaran beliau dapat dihidu oleh pelbagai syarikat terkemuka di dalam dan di luar negara sehinggakan beliau mendapat banyak tawaran kerja dari serata dunia.
Kisah beliau bermula apabila beliau menamatkan pengajiannya di dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. Sudah menjadi kebiasaan, anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian akan mula sibuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan diri dan juga keluarga.
Namun, lain pula bagi Ustaz Zaharuddin. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, beliau berjinak-jinak dalam memberi motivasi kepada anak-anak muda. Walaupun secara sambilan, namun secara tidak langsung ia dapat memberi satu impak besar dan positif kepada remaja ketika itu.
"Tamat sahaja belajar, saya terus menjadi freelance motivator. Dari situ saya memupuk semangat mencabar diri saya dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku dan cabaran," kata Ustaz Zaharauddin.


Peluang jangan ditolak, sepanjang menjadi freelance motivator, Ustaz Zaharuddin berpeluang untuk berkenalan dengan ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya. Dan dari situ, beliau mengambil peluang dan kesempatan untuk merapatkan diri dengan golongan berjaya ini dan mendapatkan tips dan juga nasihat untuk melangkah ke hadapan.
Menurut Ustaz Zaharuddin, beliau berhenti menjadi freelance motivator dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Yarmouk, Jordan.
Kemudian, beliau bekerja dengan RHB Islamik Bank sebagai Pengurus Kanan di bank tersebut. Menurutnya, pengalaman bekerja di RHB merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh beliau pada ketika itu. Apa tidaknya, tugas beliau melibatkan segenap aspek perkara sehinggakan tidak menang tangan. Namun, beliau tidak mudah putus asa dan sudah menjadi kebiasaan membuat banyak kerja dalam satu masa.
Setiap saat beliau bekerja, beliau cuba mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan ilmu. Beliau selalu menekankan di dalam dirinya supaya tidak jemu-jemu untuk mencari ilmu dengan ilmu orang yakni bermaksud tiada batasan dalam mencari ilmu.
Tempuhi Cabaran
"Semasa saya bekerja, banyak perkara yang belum saya ketahui. Bekerja di bank bukanlah suatu perkara yang biasa. Pada saya, ianya sangat mencabar. Saya mempunyai masalah dalam penggunaan perkataan atau terminologi yang digunakan dalam sistem perbankan. Namun itu bukanlah penghalang untuk saya meneruskan kerjaya saya." itulah jawapan dari Ustaz Zaharuddin apabila ditanya tentang antara cabaran yang beliau hadapi.
Sepanjang kerjayanya, beliau mendalami segala ilmu-ilmu perbankan Islam. Dari sistem perbankan Islam tempatan sehingglah sistem perbankan Islam di luar negara dapat dikuasai beliau. Ini kerana, terdapat banyak perbezaan antara dua sistem tersebut.
Menurut Ustaz Zaharuddin, cabaran bekerja di bank pada ketika itu banyak mengajar beliau erti kesabaran dan kesungguhan. Apa tidaknya, banyak perkara yang perlu beliau pelajari ketika itu. Beliau juga pernah diminta oleh pihak pengurusan untuk memberi penerangan tentang sistem kewangan Islam dihadapan tokoh-tokoh dan pakar perbankan Islam sedunia. Pada waktu itu, beliau baru sahaja bekerja kurang dari setahun dan diminta untuk memberi penerangan.


"Saya terkejut dengan permintaan pihak pengurusan. Namun, tugas dan tanggungjawab harus saya laksanakan juga. Dan alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Saya juga dinaikkan pangkat. Selain itu, saya juga diminta untuk menjadi penulis di dalam akhbar NST Business Times" ujar beliau sambil tersenyum.
Walaupun begitu, beliau telah ditawarkan bekerja oleh Asian Islamic Bank yang beroperasi di Qatar. Menerima tawaran tersebut, Ustaz Zaharuddin akhirnya berpindah ke Qatar dan bekerja di sana selama hampir satu tahun setengah. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapinya, namun berbekalkan semangat dan keazaman beliau yang tinggi akhirnya beliau dapat menguasai pelbagai terminologi perbankan Islam dan juga segala ilmu tentang perbankan Islam di dalam dan di luar negara.
Tukar Bidang
Setiap manusia pasti mempunyai impiannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Ustaz Zaharuddin, keinginan beliau untuk bekerja di bank mula padam. Nalurinya berkata untuk menjadi seorang pendidik.
Akhirnya beliau mengisi borang dan menjalani temuduga untuk jawatan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Ketika menjalani sesi temuduga, menurut Ustaz Zaharuddin, si penemuduga terperanjat melihat pengalaman kerjayanya seraya bertanyakan "Adakah awak pasti dengan apa yang awak cuba lakukan? Gaji awak akan merudum banyak."
Namun bukan gaji yang dipandang Ustaz Zaharuddin. Pada beliau, menjadi seorang pendidik adalah suatu perkara yang sangat mulia. Beliau ingin berkongsi ilmu dengan orang lebih-lebih lagi yang menjadi anak muridnya nanti.


"Saya pun terkejut kerana orang yang menemuduga saya bertanyakan soalan sebegitu. Tapi saya tidak kisah. Saya nyatakan terus hasrat dan niat saya. Dalam masa yang sama, saya nyatakan juga keinginan untuk menyambung pengajian saya di peringkat Doktor Falsafah atau PhD."
Akhirnya beliau diterima masuk sebagai pensyarah. Beliau menjadi pensyarah selama satu semester sahaja dan kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di University of Wales, United Kingdom dengan mengambil jurusan dalam bidang PhD Syariah dan Perbankan Islam.
Laman Web Islamik Terbaik
Menurut Ustaz Zaharuddin, fokus utama beliau menghasilkan laman webnya adalah untuk berkongsi ilmu dengan semua orang. Ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada mereka yang melayarinya
Di dalam laman webnya, beliau banyak menerapkan dan mengisi pelbagai hadis – hadis yang sahih. Ini kerana, hari ini ramai umat Islam Mulism mudah tertipu dengan hadis-hadis yang tidak sahih.
Antara lain, beliau juga mengenakan layout yang santai dan mudah untuk menarik perhatian orang ramai untuk melayari laman webnya. Tambahan itu, untuk beliau mengelakkan untuk memasukkan mana-mana isu yang boleh menyentuh sensitiviti orang lain.
"Di dalam laman web saya, saya gemar untuk berkongsi tentang ilmu-ilmu perbankan Islam, hadis-hadis Nabi SAW. Ini kerana itulah yang ingin dicari oleh orang yang mengikuti perkembangan diri saya. Dan itulah ilmu yang saya ingin kongsikan dengan mereka." ujar Ustaz Zaharuddin.
Menurut Ustaz Zaharuddin lagi, beliau tidak menyangka laman webnya akan dianugerahkan sebagai laman web Islamik terbaik. Ini kerana, beliau tidak megisi borang penyertaan atas kesibukan yang melanda diri.


"Saya tidak mengisi borang penyertaan kerana pada ketika itu saya sibuk dengan urusan kerja. Dan saya juga terperanjat apabila saya mendengar ada orang beritahu laman web saya menang. Perasaan saya gembira bercampur pelik. Akhirnya, ada orang memberitahu saya, ada seorang hamba Allah yang mengisikan borang tersebut untuk dipertandingkan. Saya terharu dan mengucap terima kasih walaupun tidak pernah bertemu. "  jelas Ustaz Zaharuddin.
Kini, Ustaz Zaharuddin menetap di United Kingdom dan menjadi pensyarah di universiti tersebut. Selain itu, beliau juga banyak terlibat dengan persidangan perbankan Islam sedunia malah telah berjumpa dengan ramai tokoh-tokoh perbankan Islam yang termasyhur. Ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan sebagai seorang anak Malaysia yang berjaya di negara orang.
Adaptasi: iluvislam

UiTM Bandaraya Melaka
24 JamadilAwal 1433H



Read more...

Friday, April 13, 2012

Pelaburan Islam

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.
Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Pada zaman Nabi Muhammad saw dah Khalifah Alrashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harat zakat  seperti unta,lembu dan kambing.Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.




Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.
Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Yusuf: 47-48)
Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.


Ciri-ciri Pelaburan dalam Islam

Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang disertai.

Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah.pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.

Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai

Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian

Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan.

Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain.

Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan

Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak.


UiTM Bandaraya Melaka
21 JamadilAwal 1433H




Read more...

Saturday, April 7, 2012

Bersama Meneguhkannya

Kalau sudah ada sistem Islam, mengapa perlu kita menyokong sistem konvensional? Ayuh! Mari kita menguhkan sistem Islam. Apalah maknanya jika seseorang itu banyak solatnya, rajin puasa dan sebagainya tetapi masih menyokong sistem Thaghut? Kerana Islam itu bukan hanya terletak pada rukun Iman dan Islam sahaja, tetapi Islam itu adalah syumul dan mencakupi keseluruhan sistam hidup manusia.




Berikut adalah sistem perbankan Islam di Malaysia:-


















Rembau
15 Jamadil Awal 1433H



Read more...