Friday, April 13, 2012

Pelaburan Islam

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.
Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Pada zaman Nabi Muhammad saw dah Khalifah Alrashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harat zakat  seperti unta,lembu dan kambing.Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.




Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.
Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Yusuf: 47-48)
Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.


Ciri-ciri Pelaburan dalam Islam

Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang disertai.

Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah.pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.

Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai

Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian

Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan.

Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain.

Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan

Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak.


UiTM Bandaraya Melaka
21 JamadilAwal 1433H



2 comments:

  1. Menarik.... Info yg jarang2 dpt dr blog2 lain....
    Saudara penysarah atau student di UiTM BM

    Post by MQ : Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

    ReplyDelete
  2. student.. kmu pun blja di sni ker?
    info di atas sy ambil dr sumber2 yg blh dprcyai....

    ReplyDelete