Alhamdulillah, kita telah masuk juga akhirnya ke dalam
tahun baru 2013. Banyak perkara yang dilalui dalam tahun lepas tidak kira samada
manis ataupun pahit Mari kita lihat dari sudut sambutannya. Ada yang
menyambutnya dengan bergaul bebas dengan rakan-rakan, ada juga yang
menyambutnya dengan mendengar ceramah yang disampaikan oleh para ilmuwan Islam.
Di sini, sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk menyambutnya seperti yang disarankan oleh Islam. Antaranya:-
BERSYUKUR
Alhamdulillah. Kerana kita masih dipinjamkan oleh
Allah nikmat umur, kesihatan dan rezeki. Dan yang paling penting sekali, adalah
nikmat Iman dan Islam serta nikmat ukhwah yang terjalin di antara
sahabat-sahabat kita. Gambarkan jika Allah mengambil semula semua nikmat yang
diberikan ketika kita masih amat perlukannya. Maka, bersyukurlah agar nikmat
itu kekal dan bertambah.
SELAWAT
Perbanykkan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW
dan keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda juga amat digalakkan.
BERDOA
Menadah tangan untuk berdoa dan berharap agar Allah
SWT menerima serta meredhai segala amalan yang dilakukan oleh kita agar amalan
kita itu tidak menjadi sia-sia dan menjadikan kita lebih baik daripada
sebelumnya.
MUHASABAH
Bermuhasabah diri semula di atas perjalanan waktu
yang kita sudah tempuhi dan lalui. Daripada kita mula baligh hinggalah
sekarang. Sentiasa memikirkan apakah status buku amalan kita.
RANCANG KEHIDUPAN
Meletakkan azam ataupun merancang kehidupan kita dengan
sebaiknya. Ada yang berazam untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin, berbakti
kepada ibu bapa dan berusaha untuk menjadi hamba yang taat dan khalifah yang
memainkan peranan sebaiknya.
BERWASPADA
Menjaga diri daripada menyambut tahun baru dengan
perbuatan syirik, maksiat dan perbuatan dosa yang lain.
UiTM Bandaraya Melaka
19 Safar 1434H
No comments:
Post a Comment