Thursday, February 28, 2013

Skop Ibadah

Kalau berbicara mengenai ibadah, apa yang terlintas di fikiran kita? Sudah tentunya ianya dihadkan kepada rukun Islam sahaja iaitu seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Walhal, ibadah itu sebenarnya adalah perkara yang jika dibuat mengundang pahala serta tidak melanggar syariat.




Mari kita selusuri serba sedikit mengenai skop ibadah:-

Ibadah Asas

Mempelajari, memahami, meyakini serta turut mengamalkan rukun Iman dan rukun Islam.

Ia membentuk hubungan seseorang hamba dengan Tuhan yakni Hablumminallah.

Berperanan dalam membentuk sistem keyakinan seseorang kerana mengandungi prinsip-prinsip asas tentang ketuhanan, kebenaran, kebaikan, alam dunia dan akhirat.

Ibadah Sunat

Mengerjakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, puasa sunat, zikir, tasbih, membaca Al-Quran.

Berperanan dalam menampung kekurangan dalam ibadah asas dan menambah keakraban seseorang dengan Allah.

Ibadah Umum

Merangkumi seluruh aktiviti yang melibatkan tugas, kerja, profesion dan tindakan kita walau di mana-mana, pada bila-bila masa dan apa pun yang kita lakukan.

Ia dilakukan dengan syarat;- Niat yang baik, perbuatan selari dengan tuntutan syariat, pelaksanaannya baik, dilakukan secara optimum, tidak meninggalkan ibadah asas dan perbuatan itu dapat menghasilkan natijah yang baik.

Adaptasi :- Gen-Q 17

Rembau
17 RabiulAkhir 1434 H


Read more...

Monday, February 18, 2013

Tanpa Rasuah

Kejayaan menerajui empat negeri membuktikan Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu mentadbir negara dengan lebih baik, tanpa amalan rasuah, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, rakyat perlu melihat kejayaan Pakatan di setiap negeri yang dimenangi, kerana ia merupakan contoh terbaik bagi membuktikan Pakatan mampu memerintah Putrajaya.
“Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan.
“Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka,” katanya pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.


Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, kejayaan tersebut adalah kerana sistem yang diamalkan Pakatan yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama dalam segala urusan pentadbiran.
Beliau menyatakan, 2013 tahun amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.
“2013 adalah masa terbaik untuk buat perubahan. Saya berani nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada sebuah negara yang lebih baik,” katanya dipetik Harakah Daily.
Sambung Azmin, Pakatan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja.
Kata beliau, kesediaan Pakatan bagi menghadapi pilihan raya ini kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan agar BN dikalahkan.
“Pada pilihan raya kali ini, kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi juga kepada sebuah sistem usang tidak lagi relevan pada masa depan negara dan rakyat.
“Kita akan menyaksikan satu sejarah dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan dilakukan pada sistem yang usang,” jelas Azmin.
Beliau juga sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus memerintah, namum yakin dengan perjuangan rakyat pasti segalanya dapat diatasi

Adaptasi:- KeadilanDaily

Rembau
7 RabiulAkhir 1434H

Read more...

Sunday, February 3, 2013

Fikirkanlah!!

Mari kita selusuri sirah nabawiyyah mengenai mereka yang merupakan 10 orang sahabat yang dijanjikan akan masuk syurga oleh Nabi SAW:-


SAIDINA ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ R.A

  • Khalifah pertama setelah Nabi SAW wafat
  • Juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam
  • Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ) dan dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW


SAIDINA  'UMAR BIN KHATTAB R.A

  • Adalah khalifah kedua
  • Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai seorang yang gagah perkasa dan sering mabuk.
  • Wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin solat (23 H/644 M) dan dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.


SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A

  • Khalifah Islam ketiga
  • Mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ) kerana  menikahi dua putri Nabi SAW; Ruqqayah dan Ummu Kultsum
  • Wafat pada tahun 35H atau 655M


SAIDINA 'ALI BIN ABI THALIB R.A

  • Khalifah keempat dan terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi
  • Orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak dan terkenal kerana sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas
  • Wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah solat subuh dalam usia 63 tahun


 THALHAH BIN ABDULLAH R.A

  • Dikenali sebagai salah seorang konsultan Rasulullah SAW yang berasal daripada suku Quraisy
  • Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah SAW supaya terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau
  • Wafat pada 36 H atau 656 M ketika mengikuti perang Jamal



ZUBEIR BIN AWWAM R.A

  • Termasuk golongan yang pertama masuk Islam ketika berumur 15 tahun
  • Tidak pernah tertinggal dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin
  • Ditikam ketika sedang menghadap AllahSWT dan wafat pada tahun 36H atau 656M


SA'AD BIN ABI WAQQAS R.A

  • Memeluk Islam saat berusia 17 tahun
  • Sangat mahir menunggang kuda dan memanah
  • Wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M) dan di makamkan di tanah Baqi'


SA'ID BIN ZAID R.A

  • Masuk Islam bersama-sama isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan Saidina 'Umar bin Khattab
  • Bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan pemerintahan Kisra Persia
  • Wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.


'ABDURRAHMAN BIN 'AUF R.A

  • Termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam
  • Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta beliau sumbangkan untuk perjuangan Islam
  • Beliau wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi


ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH R.A

  • Masuk Islam melalui perantara Saidina Abu Bakar As-Siddiq pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW
  • Beberapa kali dipercayai Rasul SAW memimpin peperangan
  • Wafat pada tahun 18H atau 639M



Lihatlah wahai pembaca sekalian. Ramai daripada sahabat Rasul SAW yang pada dahulunya tidak mengenal Islam dan mengamalkan cara hidup jahiliyyah. Namun, apabila masuk Islam, mereka dimuliakan Baginda SAW kerana istiqamah dalam melakukan ibadah dan jihad sehinggakan ada dalam kalangan mereka diangkat sebagai khalifah.

Cuba kita kaitkan dengan masa sekarang. Ramai daripada kita yang ingin berubah, tetapi merasa tidak layak kerana menganggap masa lampau kita yang hitam sebagai penghalang untuk melakukan kebaikan. Sedangkan Allah SWT itu Maha Pengampun dan menerima taubat daripada hamba-hambaNya. Tidak begitu?

Fikirkanlah!!


Adaptasi:- Blog Tarbawi


Rembau
22 Rabi'ul Awwal 1434H


Read more...