Kejayaan menerajui empat negeri membuktikan Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu mentadbir negara dengan lebih baik, tanpa amalan rasuah, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, rakyat perlu melihat kejayaan Pakatan di setiap negeri yang dimenangi, kerana ia merupakan contoh terbaik bagi membuktikan Pakatan mampu memerintah Putrajaya.
“Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan.
“Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka,” katanya pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, kejayaan tersebut adalah kerana sistem yang diamalkan Pakatan yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama dalam segala urusan pentadbiran.
Beliau menyatakan, 2013 tahun amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.
“2013 adalah masa terbaik untuk buat perubahan. Saya berani nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada sebuah negara yang lebih baik,” katanya dipetik Harakah Daily.
Sambung Azmin, Pakatan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja.
Kata beliau, kesediaan Pakatan bagi menghadapi pilihan raya ini kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan agar BN dikalahkan.
“Pada pilihan raya kali ini, kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi juga kepada sebuah sistem usang tidak lagi relevan pada masa depan negara dan rakyat.
“Kita akan menyaksikan satu sejarah dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan dilakukan pada sistem yang usang,” jelas Azmin.
Beliau juga sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus memerintah, namum yakin dengan perjuangan rakyat pasti segalanya dapat diatasi
Adaptasi:- KeadilanDaily
Rembau
7 RabiulAkhir 1434H
No comments:
Post a Comment