Kalau berbicara mengenai ibadah, apa
yang terlintas di fikiran kita? Sudah tentunya ianya dihadkan kepada rukun
Islam sahaja iaitu seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan menunaikan
haji bagi yang berkemampuan. Walhal, ibadah itu sebenarnya adalah perkara yang
jika dibuat mengundang pahala serta tidak melanggar syariat.
Mari kita selusuri serba sedikit
mengenai skop ibadah:-
Ibadah Asas
Mempelajari, memahami, meyakini serta
turut mengamalkan rukun Iman dan rukun Islam.
Ia membentuk hubungan seseorang hamba
dengan Tuhan yakni Hablumminallah.
Berperanan dalam membentuk sistem
keyakinan seseorang kerana mengandungi prinsip-prinsip asas tentang ketuhanan,
kebenaran, kebaikan, alam dunia dan akhirat.
Ibadah Sunat
Mengerjakan amalan-amalan sunat seperti
solat sunat, puasa sunat, zikir, tasbih, membaca Al-Quran.
Berperanan dalam menampung kekurangan
dalam ibadah asas dan menambah keakraban seseorang dengan Allah.
Ibadah Umum
Merangkumi seluruh aktiviti yang
melibatkan tugas, kerja, profesion dan tindakan kita walau di mana-mana, pada
bila-bila masa dan apa pun yang kita lakukan.
Ia dilakukan dengan syarat;- Niat yang
baik, perbuatan selari dengan tuntutan syariat, pelaksanaannya baik, dilakukan
secara optimum, tidak meninggalkan ibadah asas dan perbuatan itu dapat
menghasilkan natijah yang baik.
Adaptasi :- Gen-Q 17
Rembau
17 RabiulAkhir 1434 H
No comments:
Post a Comment