Thursday, June 2, 2011

Mencipta Kenangan

Bismillah.

Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca.

Kali ini, saya hendak berceloteh tentang aktiviti perkhemahan / muqaiyyam yang saya pergi tempoh hari. Ianya diadakan di Teratak Riverview Tanjung Malim, Perak. Ia berlangsung pada 20 Mei – 22 Mei.




Alhamdulillah Allah pilih saya untuk terlibat sama dalam program itu. Dengan keizinan dari-Nya, dapat saya menghabiskan sesi program itu.

Pada hari pertama program, saya bersama dengan sahabat saya, Syahabuddin berlepas pada pukul 8 pagi daripada Stesen KTM Seremban menuju ke Stesen KTM Tanjung Malim. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sewaktu dalam perjalanan itu, pelbagai cerita yang kami kongsikan. Dari cerita lagha, sampailah ke cerita yang menarik bagi kami. Iaitu Baitul Muslim :-) .

Syahabuddin ( Sahabat dari Sabah + Negeri Sembilan + ? )

Setibanya kami di stesen Tanjung Malim, ada beberapa sahabat lagi yang sedang menunggu sahabat-sahabat untuk jemput kami di stesen. Jarak dari stesen ke destinasi dalam 5 kilometer. Pada sebelah petangnya, sesi ice breaking dimulakan. Melalui sesi ini, kami semua berta’aruf antara satu sama lain. Ramai sahabat-sahabat daripada tempat lain yang baru saya kenal.

Pada sebelah malamnya pula, sesi ice breaking diteruskan dengan lebih terperinci. Sesudah sesi itu, kami diberikan tugas untuk khatibah. Khatibah ini merupakan satu aktiviti untuk kita mengawasi khemah orang lain. Ianya dilakukan secara bergilir-gilir. Semasa saya menuntut ilmu di Kolej Teknologi Darulnaim, khatibah amat popular. Kebiasaannya, pada waktu ini, kami menghabiskan assignment yang diberikan. 1 juzuk untuk 3 hari. Sungguh meletihkan dan agak terkejar-kejar.

Khemah-khemah yang didirikan

Keesokan paginya pula, kami dikehendaki untuk membuat senaman mirror. Senaman ini diguna pakai oleh pemain bola sepak dalam latihan mereka. Senaman kami ditutup dengan iringan lagu Jejak – Izzatul Islam.

Warm-Up untuk senaman mirror

Selepas itu, kami breakfast dan terus mengikuti sesi seterusnya. Belajar cara menggunakan kompas dan membaca peta. Alhamdulillah, dapat juga ilmu baru setelah sekian lama meninggalkan subjek Geografi :-) .

Breakfast

Menjelang tengahari, aktiviti mendaki bukit diadakan. Kami dikehendaki untuk mendirikan khemah di atasnya. 1 kumpulan 1 khemah. Kami semua sibuk mencari daun bertam dan kayu-kayu lain untuk mendirikan khemah. Sahabat-sahabat lain pula menyiapkan makanan dengan menggunakan peralatan memasak yang dibekalkan.

Berkumpul mendengar taklimat


Pondok binaan kumpulan saya

Pada sebelah petang pula, kami semua dibenarkan untuk bermandi-manda di sungai. Suasana ketika itu sungguh tarbawi bilamana terpamernya akhlak sahabat-sahabat yang saling tolong menolong. Sesudah aktiviti itu, sesi penyembelihan ayam pula dijalankan. 2 ekor ayam diberikan pada setiap kumpulan. Kami diajar untuk menyembelih ayam dengan cara yang sepatutnya.

Bermandi-manda

Ahli kumpulan saya menyembelih ayam

Sesudah menyembelih, membersihkan ayam, kami diberi peluang untuk BBQ. Hasil dari penyembelihan itulah yang menjadi hidangan dinner kami. Seperti biasa, talam menjadi alas makanan kami bagi merapatkan ukhwah.

BBQ


Dinner

Pada sebelah malamnya pula, sedikit penyampaian telah disampaikan oleh seorang pakcik. Nama pakcik dan tajuk penyampaiannya saya tidak ingat :-) . Tapi, isi kandungannya lebih menjurus kepada golongan belia. Cerita Nabi Musa a.s menjadi pengajaran kepada kami dalam penyampaian itu.

Keesokan paginya pula, kami diberi peluang untuk bermain flying fox. Ramai juga mencubanya dan ramai juga yang mahu mandi sungai sahaja. Suasana sungguh ceria dengan gelagat sahabat-sahabat.

Penghulu Program - Akhi Anas


Gurauan sahabat

Selepas itu, kami diberikan assignment untuk sesi brainstorming bersama ahli kumpulan. Kami dikehendaki untuk mencipta satu modul rekreasi yang bersesuaian dengan golongan dewasa. Ramai juga yang memberi idea, dan ramai juga yang tidur termasuk saya :-) .


Setelah selesai semua itu, tibalah acara yang terakhir iaitu kalimah akhirah oleh kem komandan, presiden HaluanSiswa dan Ustaz Isam. 


Dakapan Sunnah / Salam Semut


Ukhwahfillah

Semoga segala kenangan yang tercipta dapat menguatkan lagi kami semua untuk terus bermujahadah.
Semoga Allah memberikan nikmat ukhwah yang kami jalinkan bertambah manis.
Wallahu'alam.

Read more...

Friday, May 27, 2011

Pemilihan Pemimpin

Dalam suasana politik tidak menentu sekarang, di mana runtuhnya institusi moral, undang-undang dan peraturan akibat sengketa politik, rakyat sedang menanti kepimpinan baru yang diharapkan mampu menyelamatkan keadaan.

Kepimpinan yang boleh menyelamatkan generasi masa kini dan akan datang itu sudah pasti datangnya daripada kalangan yang sangat berpegang teguh dalam prinsip agama, etika moral universal dan undang-undang.




Ada dua jenis kepimpinan, iaitu bersifat negarawan dan kepimpinan politik semata-mata. Negarawan memikirkan nasib generasi akan datang, sementara pemimpin politik semata-mata memikirkan kemenangan pilihan raya akan datang.

Kepimpinan politik seperti ini sangat bahaya bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga kepada negara. Justeru itu, dia akan berbuat apa saja untuk memenangi pilihan raya dan mengekalkan kuasa.




Adapun ciri-ciri pemimpin yang diperlukan dalam Islam, ialah:
  • Menganggap tugas memimpin itu amanah, bukan peluang untuk menambah kekayaan untuk diri, keluarga dan suku-sakatnya.  
  • Ia mesti bijaksana, merancang sesuatu jauh kedepan dan bertindak secara bijaksana.
  • Dia mesti mempunyai idea dan berfikiran terkini serta berstrategi, mampu menghadapi cabaran betapapun hebatnya.
  • Dia mesti bersifat terbuka, demokratik dan menjadi pendengar yang baik, iaitu bersedia mendengar pandangan orang lain serta bersedia pula menerima kritikan. 
  • Menjadikan rakyat atau orang yang dipimpinnya itu sebagai rakan penting untuk sama-sama memikul tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Oleh itu menjadi kewajipan rakyat, melalui demokrasi pilihan raya, memilih pemimpin yang dapat melindungi dan memenuhi keperluan mereka.




Mereka mahukan pemimpin yang dapat melaksanakan amanah, keadilan dan demokrasi, yang dapat menyelesaikan masalah mereka, yang mampu menjalankan pemerintahan dengan cekap dan berwibawa.


Adaptasi dari : Kolumnis Fikrah Bil 1643

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Islam & Pentadbiran

Kaherah : Seorang pendakwah bebas Mesir, Syeikh Muhammad Hasan menegaskan bahawa mana-mana pemimpin Islam di seluruh dunia yang melakukan percubaan dengan menolak Islam daripada pentadbiran negara adalah sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam dan tidak pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w menerusi sirahnya.

Beliau menolak dakwaan atas tuduhan golongan sekular di kalangan para pemimpin Islam yang menyatakan bahawa tidak ada agama dalam politik, begitu juga sebaliknya tidak ada politik dalam pentadbiran negara yang mengamalkan sistem politik.

Sedangkan Islam tegasnya berteraskan akidah yang muncul darinya syariat dan syariat Islam itu pula adalah sistem kehidupan yang menyeluruh, lengkap dan universal.


Syeikh Muhammad Hasan

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara menerusi siaran udara ar-Rahmah secara online, di mana beliau menyatakan bahawa Islam sama sekali tidak pernah bertembung masalah dengan negara sivil, apa yang berlaku adalah satu propaganda dan tohmahan tidak berasas bagi menakut-nakutkan banyak pihak kononnya Islam adalah agama yang menyarankan keganasan seperti yang digembar-gemburkan oleh media Barat.

Sedangkan katanya, telah terbukti pada zaman Rasulullah s.a.w bahawa Syariat Islam adalah perlembagaan utama dalam mentadbir negara Islam di Madinah, malah tidak pernah bercanggah dengan dua kuasa besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi, cuma kedua-duanya tidak menitikberatkan persoalan akhlak dan peradaban dalam mengurus tadbir negara.




Apa pun katanya lagi, Islam di sepanjang zaman tidak akan memisahkan antaranya dengan pentadbiran negara kecuali ia dipisahkan oleh penjajahan.

Apa yang dapat disaksikan dalam pentadbiran di negara-negara Arab khususnya, adalah mereka yang berfikiran sekular dan mahu mati kerananya sahaja yang sanggup menjadi boneka kepada musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Adaptasi dari Harakah 

Read more...

Monday, May 16, 2011

Bilik gantung sunyi sejak 2009

Kuala Lumpur 15 Mei – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati yang terhenti sejak tahun 2009, menjadikan bilik gantung di beberapa buah penjara yang menjalankan hukuman itu menjadi “sunyi” dan keranda yang disediakan juga seperti terbiar.

Situasi tersebut juga dikatakan  kali pertama berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun hukuman itu sering dijatuhkan oleh mahkamah tetapi kesemua kes hukuman gantung sejak 2009 masih belum selesai dan di peringkat rayuan.

Sumber berkata, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung, pesalah masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga pelaksanaan hukuman tertangguh.


tali_gantung


Mengikut sistem perundangan di Malaysia, seseorang pesalah itu akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, hukuman itu disebut semula di Mahkamah Tinggi, diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah tersebut mensabitkan kesalahan tertuduh, maka satu rayuan pengampunan boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau ketua-ketua negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan.

Keputusan yang diambil adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Adaptasi dari : Utusan Malaysia

Read more...

Saturday, May 14, 2011

Ubay bin Ka'ab bin Qais

Profil Ubay bin Ka'ab:-


  • Warga Ansar daripada suku Khazraj

  • Sebelum kedatangan Islam, Ubay adalah termasuk pendeta Yahudi yang banyak membaca kitab-kitab klasik

  • Mengisytiharkan keislaman semasa Perjanjian Aqabah Kedua

  • Tergolong dalam golongan awal yang menyahut seruan Islam

  • Menyertai angkatan perang Badar, Uhud serta peperangan-peperangan lain yang disertai Rasulullah s.a.w

  • Termasuk perintis penulis wahyu dan surat-surat

  • Termasuk golongan terkemuka dalam penghafalan al-Quran, membaca dan memahami ayat-ayatnya

  • Termasuk empat orang pengajar al-Quran yang hafiz dan mempunyai kondifikasi al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w

  • Terkenal dengan julukan Sayyid al-Qurra' ( Penghulu semua Qari )

  • Wafat pada tahun 21 Hijrah


Read more...