Thursday, June 16, 2011

Ambil Iktibar

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2011: Beberapa bangunan tinggi di sekitar ibu negara turut merasai kesan gegaran akibat gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda Sumatera Utara di Indonesia, 300 kilometer dari Pelabuhan Klang, pagi semalam.

Seawal jam 8 pagi, gegaran pertama dirasai penduduk Kondominium Villa Putra di Taman Melati, Gombak, selain pekerja di Wisma Kenanga, Jalan Sultan Ismail, ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar dan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Gegaran susulan kemudian yang berlaku jam 11.06 pagi, berukuran 5.6 pada skala Richter turut dirasai di banyak kawasan termasuk Menara Matrade dan Kompleks Kerajaan Jalan Duta, selain Menara Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Ampang termasuk Menara Hock Chuan di Jalan Raja Chulan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penguasa Azizan Ismail, berkata gegaran antara tiga hingga lima saat itu dapat dirasai mereka di bangunan tinggi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sekurang-kurangnya 10 jentera bomba bersama 80 anggota, masing-masing dari Sentul, Jalan Hang Tuah, Chow Kit dan Pantai (Bangsar) digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat bagi memantau keadaan, termasuk keadaan bangunan terbabit.

“Pemeriksaan mendapati tiada rekahan atau kesan retak pada struktur bangunan sebelum mengesahkannya selamat untuk diduduki. Kebenaran menduduki semula premis dilaporkan bergantung kepada hasil pemeriksaan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Di PUTRAJAYA, beberapa bangunan menempatkan kementerian dan pejabat pentadbiran Kerajaan Persekutuan terpaksa dikosongkan akibat gegaran itu.


KAKITANGAN bertugas di Kompleks E, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya berkumpul di kawasan lapang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Noriza Nazri, berkata semua petugas diarahkan meninggalkan bangunan dan kemudian berada di pekarangan bangunan, sementara menunggu dibenarkan kembali memasuki bangunan.

Di SHAH ALAM, petugas Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Rahmah Abdul, 45, berkata, kipas dan mejanya tiba-tiba bergoyang ketika mahu memulakan tugas.

“Ketika itu saya panik sebab semua bergoyang, saya dan rakan lain saling berpandangan sebelum kami semua bergegas turun,” katanya yang bertugas di tingkat 18.

Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Hashimah Che Mat Din, yang menghadiri mesyuarat di tingkat 21 bangunan sama, turut merasai gegaran sebelum diarah menghentikan mesyuarat bagi mengelak kejadian buruk.

Di SEREMBAN, antara bangunan yang merasai gegaran termasuk Wisma Malaysian Assurance Alliance Bhd (MAA) setinggi 21 tingkat di Jalan Lintang, menyebabkan 269 pekerja syarikat dan agensi kerajaan meninggalkan pejabat jam 10.30 pagi.

PEKERJA di Bangunan MAA Seremban diarah keluar berikutan gegaran akibat gempa di Sumatera Utara, Indonesia, semalam.

Kerani MAA, N Indrani, 38, yang berada di pejabatnya di tingkat lapan bangunan itu berkata, dia tiba-tiba berasa pening apabila melihat meja bergoyang.

“Saya dan rakan sepejabat tidak panik kerana dua bulan lalu, pengurusan bangunan mengadakan latihan kebakaran bersama bomba menyebabkan kami bertindak mengikut arahan ketika kejadian kecemasan,” katanya. 

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Adaptasi :- Berita Harian Online

Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Memorandum Persefahaman ( MoU ) Jiran

JOHOR BAHRU – Dua jiran yang menetap di rumah berkembar tetapi sering berkrisis sejak tiga tahun lalu mengambil langkah luar biasa untuk berdamai dengan masing-masing bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) semalam.
Ng Chee Leng, 33, dan jirannya Yong Nguong Ping, 43, bersetuju untuk menandatangani MoU tersebut setelah mendapat nasihat daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor Bahru.
Majlis menandatangani MoU itu diadakan di pejabat BPA negeri dengan disaksikan oleh Pengarah BPA Negeri, Marshall Theagarajah dan Ketua Biro Aduan Awam (BAA) MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon.
Kedua-dua jiran itu menetap di Jalan Bukit Tropika, Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram dekat sini.
Bezanya Chee Leng yang berkerja sebagai juruteknik di Singapura menetap di rumah nombor 9 manakala, Nguong Ping, seorang kontraktor di Ulu Tiram tinggal di rumah nombor 11.
Masalah berpunca daripada sikap Nguong Ping yang sering membuat bising dengan bermain piano sesuka hati selain membiarkan anjingnya menyalak dengan kuat pada waktu malam.
Kedua-dua masalah itu menyebabkan tidur Chee Leng pada waktu malam sering terganggu.
Beliau juga menjadi semakin jengkel terhadap Nguong Ping apabila jirannya itu sering menutup pintu rumah dengan kuat
Ng Chee Leng (kanan) dan Yong Nguong Ping menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Johor Bahru semalam. Turut menyaksikan upacara itu ialah Michael Tay Chee Boon (empat dari kanan) dan Marshall Theagarajah (tengah)

Macam-macam hal. Apa pun, inilah semangat hidup berjiran. :-)

Adaptasi dari :- Kosmo! Online

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Mencipta Kenangan

Bismillah.

Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca.

Kali ini, saya hendak berceloteh tentang aktiviti perkhemahan / muqaiyyam yang saya pergi tempoh hari. Ianya diadakan di Teratak Riverview Tanjung Malim, Perak. Ia berlangsung pada 20 Mei – 22 Mei.




Alhamdulillah Allah pilih saya untuk terlibat sama dalam program itu. Dengan keizinan dari-Nya, dapat saya menghabiskan sesi program itu.

Pada hari pertama program, saya bersama dengan sahabat saya, Syahabuddin berlepas pada pukul 8 pagi daripada Stesen KTM Seremban menuju ke Stesen KTM Tanjung Malim. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sewaktu dalam perjalanan itu, pelbagai cerita yang kami kongsikan. Dari cerita lagha, sampailah ke cerita yang menarik bagi kami. Iaitu Baitul Muslim :-) .

Syahabuddin ( Sahabat dari Sabah + Negeri Sembilan + ? )

Setibanya kami di stesen Tanjung Malim, ada beberapa sahabat lagi yang sedang menunggu sahabat-sahabat untuk jemput kami di stesen. Jarak dari stesen ke destinasi dalam 5 kilometer. Pada sebelah petangnya, sesi ice breaking dimulakan. Melalui sesi ini, kami semua berta’aruf antara satu sama lain. Ramai sahabat-sahabat daripada tempat lain yang baru saya kenal.

Pada sebelah malamnya pula, sesi ice breaking diteruskan dengan lebih terperinci. Sesudah sesi itu, kami diberikan tugas untuk khatibah. Khatibah ini merupakan satu aktiviti untuk kita mengawasi khemah orang lain. Ianya dilakukan secara bergilir-gilir. Semasa saya menuntut ilmu di Kolej Teknologi Darulnaim, khatibah amat popular. Kebiasaannya, pada waktu ini, kami menghabiskan assignment yang diberikan. 1 juzuk untuk 3 hari. Sungguh meletihkan dan agak terkejar-kejar.

Khemah-khemah yang didirikan

Keesokan paginya pula, kami dikehendaki untuk membuat senaman mirror. Senaman ini diguna pakai oleh pemain bola sepak dalam latihan mereka. Senaman kami ditutup dengan iringan lagu Jejak – Izzatul Islam.

Warm-Up untuk senaman mirror

Selepas itu, kami breakfast dan terus mengikuti sesi seterusnya. Belajar cara menggunakan kompas dan membaca peta. Alhamdulillah, dapat juga ilmu baru setelah sekian lama meninggalkan subjek Geografi :-) .

Breakfast

Menjelang tengahari, aktiviti mendaki bukit diadakan. Kami dikehendaki untuk mendirikan khemah di atasnya. 1 kumpulan 1 khemah. Kami semua sibuk mencari daun bertam dan kayu-kayu lain untuk mendirikan khemah. Sahabat-sahabat lain pula menyiapkan makanan dengan menggunakan peralatan memasak yang dibekalkan.

Berkumpul mendengar taklimat


Pondok binaan kumpulan saya

Pada sebelah petang pula, kami semua dibenarkan untuk bermandi-manda di sungai. Suasana ketika itu sungguh tarbawi bilamana terpamernya akhlak sahabat-sahabat yang saling tolong menolong. Sesudah aktiviti itu, sesi penyembelihan ayam pula dijalankan. 2 ekor ayam diberikan pada setiap kumpulan. Kami diajar untuk menyembelih ayam dengan cara yang sepatutnya.

Bermandi-manda

Ahli kumpulan saya menyembelih ayam

Sesudah menyembelih, membersihkan ayam, kami diberi peluang untuk BBQ. Hasil dari penyembelihan itulah yang menjadi hidangan dinner kami. Seperti biasa, talam menjadi alas makanan kami bagi merapatkan ukhwah.

BBQ


Dinner

Pada sebelah malamnya pula, sedikit penyampaian telah disampaikan oleh seorang pakcik. Nama pakcik dan tajuk penyampaiannya saya tidak ingat :-) . Tapi, isi kandungannya lebih menjurus kepada golongan belia. Cerita Nabi Musa a.s menjadi pengajaran kepada kami dalam penyampaian itu.

Keesokan paginya pula, kami diberi peluang untuk bermain flying fox. Ramai juga mencubanya dan ramai juga yang mahu mandi sungai sahaja. Suasana sungguh ceria dengan gelagat sahabat-sahabat.

Penghulu Program - Akhi Anas


Gurauan sahabat

Selepas itu, kami diberikan assignment untuk sesi brainstorming bersama ahli kumpulan. Kami dikehendaki untuk mencipta satu modul rekreasi yang bersesuaian dengan golongan dewasa. Ramai juga yang memberi idea, dan ramai juga yang tidur termasuk saya :-) .


Setelah selesai semua itu, tibalah acara yang terakhir iaitu kalimah akhirah oleh kem komandan, presiden HaluanSiswa dan Ustaz Isam. 


Dakapan Sunnah / Salam Semut


Ukhwahfillah

Semoga segala kenangan yang tercipta dapat menguatkan lagi kami semua untuk terus bermujahadah.
Semoga Allah memberikan nikmat ukhwah yang kami jalinkan bertambah manis.
Wallahu'alam.

Read more...

Friday, May 27, 2011

Pemilihan Pemimpin

Dalam suasana politik tidak menentu sekarang, di mana runtuhnya institusi moral, undang-undang dan peraturan akibat sengketa politik, rakyat sedang menanti kepimpinan baru yang diharapkan mampu menyelamatkan keadaan.

Kepimpinan yang boleh menyelamatkan generasi masa kini dan akan datang itu sudah pasti datangnya daripada kalangan yang sangat berpegang teguh dalam prinsip agama, etika moral universal dan undang-undang.




Ada dua jenis kepimpinan, iaitu bersifat negarawan dan kepimpinan politik semata-mata. Negarawan memikirkan nasib generasi akan datang, sementara pemimpin politik semata-mata memikirkan kemenangan pilihan raya akan datang.

Kepimpinan politik seperti ini sangat bahaya bukan sahaja kepada rakyat, tetapi juga kepada negara. Justeru itu, dia akan berbuat apa saja untuk memenangi pilihan raya dan mengekalkan kuasa.




Adapun ciri-ciri pemimpin yang diperlukan dalam Islam, ialah:
  • Menganggap tugas memimpin itu amanah, bukan peluang untuk menambah kekayaan untuk diri, keluarga dan suku-sakatnya.  
  • Ia mesti bijaksana, merancang sesuatu jauh kedepan dan bertindak secara bijaksana.
  • Dia mesti mempunyai idea dan berfikiran terkini serta berstrategi, mampu menghadapi cabaran betapapun hebatnya.
  • Dia mesti bersifat terbuka, demokratik dan menjadi pendengar yang baik, iaitu bersedia mendengar pandangan orang lain serta bersedia pula menerima kritikan. 
  • Menjadikan rakyat atau orang yang dipimpinnya itu sebagai rakan penting untuk sama-sama memikul tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Oleh itu menjadi kewajipan rakyat, melalui demokrasi pilihan raya, memilih pemimpin yang dapat melindungi dan memenuhi keperluan mereka.




Mereka mahukan pemimpin yang dapat melaksanakan amanah, keadilan dan demokrasi, yang dapat menyelesaikan masalah mereka, yang mampu menjalankan pemerintahan dengan cekap dan berwibawa.


Adaptasi dari : Kolumnis Fikrah Bil 1643

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Islam & Pentadbiran

Kaherah : Seorang pendakwah bebas Mesir, Syeikh Muhammad Hasan menegaskan bahawa mana-mana pemimpin Islam di seluruh dunia yang melakukan percubaan dengan menolak Islam daripada pentadbiran negara adalah sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam dan tidak pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w menerusi sirahnya.

Beliau menolak dakwaan atas tuduhan golongan sekular di kalangan para pemimpin Islam yang menyatakan bahawa tidak ada agama dalam politik, begitu juga sebaliknya tidak ada politik dalam pentadbiran negara yang mengamalkan sistem politik.

Sedangkan Islam tegasnya berteraskan akidah yang muncul darinya syariat dan syariat Islam itu pula adalah sistem kehidupan yang menyeluruh, lengkap dan universal.


Syeikh Muhammad Hasan

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara menerusi siaran udara ar-Rahmah secara online, di mana beliau menyatakan bahawa Islam sama sekali tidak pernah bertembung masalah dengan negara sivil, apa yang berlaku adalah satu propaganda dan tohmahan tidak berasas bagi menakut-nakutkan banyak pihak kononnya Islam adalah agama yang menyarankan keganasan seperti yang digembar-gemburkan oleh media Barat.

Sedangkan katanya, telah terbukti pada zaman Rasulullah s.a.w bahawa Syariat Islam adalah perlembagaan utama dalam mentadbir negara Islam di Madinah, malah tidak pernah bercanggah dengan dua kuasa besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi, cuma kedua-duanya tidak menitikberatkan persoalan akhlak dan peradaban dalam mengurus tadbir negara.




Apa pun katanya lagi, Islam di sepanjang zaman tidak akan memisahkan antaranya dengan pentadbiran negara kecuali ia dipisahkan oleh penjajahan.

Apa yang dapat disaksikan dalam pentadbiran di negara-negara Arab khususnya, adalah mereka yang berfikiran sekular dan mahu mati kerananya sahaja yang sanggup menjadi boneka kepada musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Adaptasi dari Harakah 

Read more...