Tuesday, August 9, 2011

Wang Biasiswa Digunakan Untuk Kahwin

SOALAN

Assalamualaikum  Ustaz.

Nama saya syafiq,seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan.

Bolehkah saya menggunakan duit yg diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan? .Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?

Mohon pencerahan  daripada ustaz.




JAWAPAN

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin.

Pun begitu,  perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya.




Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud:- “ Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ” ( Riwayat Abu Daud)

Dan juga firman Allah yang bermaksud:-  “ Wahai orang yang beriman, tunaikanlah kontrak-kontrak kamu ” ( Al-Maidah : 1)

Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Adaptasi dari www.zaharuddin.net

Read more...

Monday, August 8, 2011

Tersenyum Manis

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."  Surah At-Taubah : 111


Mati syahid adalah impian setiap Muslim. Hidup mulia atau mati syahid. Slogan yang telah lama kita dengar dalam dunia da'wah khususnya.


Namun, syahid tidaklah tertumpu kepada mati akibat peperangan sahaja. Ia boleh diraih dengan pelbagai cara lagi. 


Bukanlah bagaimana untuk meraih mati syahid yang saya mahu kongsikan dalam post kali ini. Tapi, saya hendak berkongsi gambar-gambar yang Mujahideen yang syahid di medan perang.


Mereka adalah pejuang-pejuang Palestin. Mempertahankan Islam dan tanah air adalah kerja mereka. Walaupun gambar ini sudah tersebar luas, harapnya ia bermanfaat sekali lagi untuk kita mengambil ibrah daripada kejadian ini.





Subhanallah



Tersenyum



Syahid di medan perang



Warga tua turut merasai syahid



Apa yang buat mereka tersenyum?



Memasang impian dapat sebegini



Manis senyumannya



Para syuhada


Read more...

Sunday, August 7, 2011

Cerita Suatu Hari

Pada suatu petang yang hening, anak khinzir sedang berjalan-jalan di dalam hutan. Secara tidak sedar, dia telah tersesat sehingga ke tepi padang permainan. Ia berasa lapar.

Tiba-tiba, anak khinzir itu ternampak beberapa pasangan lelaki dan perempuan duduk begitu rapat sekali di atas bangku padang. Mereka berpegangan tangan, merangkul pinggang pasangan dan mengusap pipi.




Anak khinzir itu tidak mengendahkan gelagat mereka semua lalu terus meluru ke arah padang permainan untuk mencari makanan. Dengan tidak semena-mena, sepasang pasangan lari bertempiaran sambil berteriak.

Lelaki : Woi!! Lari-lari. Ada babi. Najis. Nanti kena samak.

Mereka semua kelam-kelibut lari bagi mengelak dari terkena binatang yang tidak bersalah itu. Anak khinzir itu terkesima mendengar ucapan itu. Lalu, ia pergi membawa diri ke dalam hutan. Sementelah itu, ia terjumpa dengan keldai. Mereka berbicara.

Keldai : Hai!! Apa khabar? Nampak macam depressed je..

Khinzir : Memang pun. Tak pasal-pasal aku dipersalahkan.

Keldai : Ek? Ceciter ceciter..

Khinzir : Aku tersesat di padang permainan tadi. Ada beberapa pasangan di situ. Mereka lari bertempiaran bila nampak aku. Mereka kata aku najis. Kalau terkena, kena samak.

Keldai : Ye lah. Ko kan dikategorikan sebagai najis berat bagi umat Islam. Haram disentuh.

Khinzir : Kalau dia tersentuh aku pun, dia boleh samak. Yang dia sentuh bukan muhrim tu boleh samak ke?

Keldai : Betul tu, memegang yang bukan muhrim tanpa ikatan yang sah atau disertai dengan syahwat itu lebih berat kenajisannya daripada memegang khinzir dan anjing, malah tidak boleh disucikan sekalipun dengan samak.

Khinzir : Pandai juga ko ni. Manusia kena ubah la lepas ni pepatah jadi “ Bijak macam keldai “. Huhu




Kisah di atas tersebut hasil daripada blogwalking saya ke beberapa buah blog. Saya mengadaptasikannya menjadi panjang ( bukan idea asal saya ).

Di dalam satu riwayat hadis yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."

( Riwayat At Tabrani dan Baihaqi )

Daripada satu hadis yang lain diriwayatkan yang maksudnya, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

( Riwayat Ibnu Majah )

Semoga kita semua diampunkan dosa.



Read more...

Thursday, August 4, 2011

Dosa & Industri Kemungkaran

Ada satu kisah seorang alim dengan anak muridnya.

Satu ketika, orang alim tersebut mengajak anak muridnya berjalan-jalan di luar. Kemudian mereka melalui kawasan berumput. Kata orang alim tersebut, “ Cabut rumput di bawah”. Anak muridnya segera mencabut rumput itu menggunakan dua hujung jarinya dengan mudah sekali.

Mereka terus berjalan lagi, melalui kawasan yang berpokok bunga renek. Kata orang alim tersebut, “ Cabut pokok kecil tersebut ”.  Anak muridnya segera mencabut pokok tersebut dengan genggaman tangannya.

Mereka terus berjalan lagi, melalui kawasan berpokok yang sederhana besar. Sekali lagi orang alim tersebut menyuruh anak muridnya mencabut salah satu daripada pokok-pokok itu. Kali ini anak muridnya tidak dapat mencabut dengan sebelah tangan. Namun setelah mencuba dengan kedua belah tangannya, maka pokok itu pun tercabut.

Seterusnya, mereka berjalan lagi dan menemui pokok-pokok kayu besar. Orang alim menyuruh anak muridnya mencabut pokok tersebut. Dengan sifat taat, anak murid itu cuba mencabut dengan kedua belah tangannya. Beberapa kali dicuba namun gagal. Lalu dia memeluk pokok itu dan cuba mencabutnya dengan sedaya upayanya. Malangnya dia tetap gagal mencabut pokok tersebut.

Lalu dia menantikan kata-kata gurunya tersebut. Kata orang alim tersebut, “ Demikianlah perbuatan dosa, awal-awal mudah untuk berhenti, namun jika dibiarkan lama-kelamaan menjadi susah untuk berhenti dan bertaubat.”

Begitulah kisahnya.




Dalam kehidupan seharian, sememangnya kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan. Tapi, sifat orang beriman itu adalah merasa salah dan gundah bila melakukan dosa lalu mereka bertaubat. Itulah sebaik-baiknya. Namun demikian, apabila dosa itu dilakukan kali kedua, ketiga dan berulang kali tanpa disertai taubat, lama kelamaan ia akan sakedar menjadi lintasan hati sahaja. Turut terkesan ialah hati. Ia tidak akan merasakan kesal lagi untuk berbuat dosa.

Rasa itu akan diperkuatkan lagi apabila dosa dilakukan, musibah atau apa-apa kejadian tidak berlaku ke atas pendosa. Dosa akan dirasakan perkara biasa kerana seolah-olah bila melakukan dosa, mereka tidak mendapat hukuman “tunai” lalu mereka lasa lega.

Sekalipun umum mengetahui bahawa ada balasan dan hukuman yang akan diterima di akhirat, namun apabila tiada apa-apa berlaku terhadap dirinya, ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ini berlainan dengan melakukan kesalahan jalan raya. Bila kita melanggar satu arahan jalan raya, kita akan dihukum samada disaman atau sebagainya. Jadi, kita lebih berhati-hati.


Bilamana dosa itu terus menerus dilakukan, sehingga rasa kesal dan bersalah itu tidak dirasakan, lalu akan sampailah ke satu tahap di mana seseorang itu akan mula SUKA melakukan dosa. Pada peringkat ini, rasa bangga melakukan dosa. Bila rasa suka nak buat, akan dibuat. Bila rasa bosan, akan mencuba yang lain pula.

Lalu,dosa diteruskan sehinggalah hati merasakan melakukan dosa berikut MAHU dan PERLU dilakukan. Dan sekali lagi, bila tiada apa-apa yang berlaku terhadap diri, ia dianggap seperti perkara biasa.

Inilah akibat apabila dosa itu dilakukan berterusan.


Persoalannya, mengapa semua itu terjadi? Tidak lain dan tidak bukan iaitu masalah ini berpunca daripada iman. Apabila seseorang yang beriman itu melakukan dosa, imannya menjadi luntur. Dan apabila ia terus melakukan dosa, iman itu akan tercabut. Dengan iman yang lemah, dosa itu akan terus dilakukan dan mengakibatkan hati menjadi keras dan iman itu akan hilang. Pada peringkat inilah, seseorang itu akan menolak segala kebenaran yang disampaikan kepadanya atau lebih tepat lagi tidak mahu mendengar nasihat.

Meskipun begitu, tidak semua yang melakukan dosa itu sudah pasti hilangnya. Dosa boleh berlaku kepada pelbagai peringkat iman. Lantaran itu, pelbagai jawapan yang didengari bila diberitahu tentang perbuatan dosanya.

Sebagai contoh:-

“ Ya Allah. Alhamdulillah ko bagi tahu. Aku x tau sebnarnye”
“ Aik? Betul ke benda tu x boleh buat?”
“ Takkan tak boleh buat kot benda ni?”
“ Ye ke?”
“ Biasa le tu”
“ Alah. Itu pun nak bising”

Jadi, apakah kebiasaannya yang terjadi kepada mereka?


Bagi golongan yang baru melakukan dosa itu, sedang dalam mereka tidak mengetahui, apabila diberitahu, mereka akan berhenti melakukan dosa itu. Peringatan diberikan diselangi panduan.

Bagi yang sering mengulang-ulang melakukan dosa, dalam keadaan mereka tidak mengetahui atau tidak diberitahu, selepas diberitahu mereka akan berhenti. Namun, kemungkinan mereka akan membuatnya semula tidak dinafikan. Oleh itu, peringatan mestilah diberikan selalu.

Untuk golongan yang suka membuat dosa, bila diberikan teguran atau peringatan dan diselitkan sedikit apa implikasinya, mereka akan rasa BERAT untuk menerimanya. Akan tetapi, perasaan suka untuk membuat dosa itu ada harapan untuk menjadi kepada tidak suka. Lazimnya, mereka tidak akan melakukan dosa itu lagi bukan atas sebab ianya berdosa, tapi kerana mungkin mereka sudah tidak suka atau tidak minat lagi. Sekiranya mereka tetap dengan pendirian tidak suka terhadap dosa berikut, insyaAllah mereka boleh berubah sekiranya dilazimi dengan perbuatan baik dan amal soleh sekalipun ianya amal yang kecil.

Seterusnya, golongan yang merasakan perlu dan mahu membuat dosa pula jika diberikan teguran supaya meninggalkan dosa tertentu, lebih merasakan SUKAR & SUSAH untuk menerimanya dan ada yang lebih menyedihkan lagi, menolak kebenaran yang disampaikan. Maka usaha yang kuat, sesuai dan berterusan diperlukan untuk mengubahnya.



Secara konklusinya, dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Dosa yang kecil bermula dari akibat ingin mencuba. Saya berpesan pada diri saya supaya berusaha dan bermujahadah untuk menjauhi dosa.  Oleh itu, saling ingat-mengingati adalah penting untuk diri kita dan orang lain. 

Imam Hasan al-Basri pernah berkata, “Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.”

Sebelum saya menutup penulisan saya, saya ingin berkongsi satu kata-kata. Pesan mas’ul saya, “ Bila kemungkaran itu menjadi satu industri, dosa tidak lagi dirasakan dosa.”


Wallahualam.

Read more...

Monday, August 1, 2011

Mari Bermusuhan

Tahukah anda?
Bahawa bermusuhan adalah sifat yang tidak disukai dalam Islam. Ia dapat membangkitkan rasa tidak senang hati dengan seseorang.
Tetapi, rasa untuk bermusuhan ini juga diperlukan apabila kita berhadapan dengan pihak-pihak tertentu seperti Syaitan.
Berikut adalah di antara musuh-musuh Syaitan:-

  • Rasulullah S.A.W

  • Imam yang adil

  • Orang kaya yang merendah diri

  • Pedagang yang  jujur (benar)

  • Orang alim yang khusyuk

  • Orang mukmin yang suka menasihati

  • Orang mukmin yang bermurah hati (belas kasih)

  • Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya

  • Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram

  • Orang yang melazimi wudhuk (sentiasa menperbaharui wudhuknya)

  • Orang mukmin yang banyak bersedekah

  • Orang mukmin yang baik budi akhlaknya

  • Orang mukmin yang banyak berjasa pada manusia

  • Orang yang membawa Al-Quran dan selalu membacanya

  • Orang yang suka tahajjud malam di waktu orang-orang lain sedang tidur

Read more...