Thursday, August 11, 2011

Daging Itu Bercahaya

Ini ialah gambar seketul daging yang bercahaya didalam gelap. Ianya ditemui oleh seorang wanita Shanghai yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Chen. Cik Chen membeli sekilo daging ini dari kedai untuk dimasak dirumah. Setelah memasak separuh beliau pun tidur.
Pada waktu malam tetiba dia terasa nak pergi tandas. Dalam perjalanan ke tandas beliau terlihat cahaya biru dari arah dapur. Beliau terkejut bila mendapati daging itu yang dibelinya tadi mengeluarkan cahaya kebiru-biruan.

Daging apakah ini?


Itu ialah daging khinzir.


Daging khinzir ini kebiru-biruan bukan kerana ianya radioaktif. Ianya juga bukan kerana daging khinzir itu disuntik bahan tambahan aneh. Sebenarnya yang kelihatan kebiruan itu ialah bakteria  Pseudomonas yang mempunyai keupayaan menyala didalam gelap.
Pseudomonas memang terdapat didalam daging haiwan dan ikan selalunya dalam kuantiti yang kecil. Tetapi jika daging-daging ini tidak disimpan dan disejukkan dengan betul selepas proses sembelihan, Pseudomonas akan membiak dengan pantas sehingga apabila dilihat didalam gelap daging tersebut akan kelihatan kebiruan

Dengan kata lain ianya petanda awal daging yang dibeli oleh anda sudah ada tanda hampir tak elok untuk dimakan. Tapi kalau nak makan jugak pastikan daging itu dimasak dengan betul. Kalau korang suka daging steak medium rare atau bloody tak bolehlah masak daging yang dan bercahaya sedemikian rupa. Takut keracunan pula. So that is a tip for you!

Read more...

Apa Itu Aikido?

Seni bela diri tanpa guna kekerasan sesuai dipelajari, kanak-kanak mahupun orang dewasa

SENI mempertahankan diri dilihat semakin penting dan perlu didedahkan serta diajarkan kepada kanak-kanak. Lebih-lebih lagi, jaminan terhadap tahap keselamatan kanak-kanak pada masa kini, khususnya ketika berada di luar rumah sukar diduga dan terdapat pelbagai ancaman yang tidak disangka serta boleh membahayakan diri mereka. 

Oleh itu, sejak usia masih mentah dan mudah dibentuk lagi, kanak-kanak perlu dipersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri serta digalakkan menyertai pelbagai persatuan seni pertahanan yang ada di negara ini. Antara ilmu mempertahankan diri sesuai dipelajari kanak-kanak di negara ini ialah aikido yang berasal dari Jepun dan diasaskan oleh Morihei Ueshiba (1883-1969). 

Pengarah Aikido Yoshinkan Shudokan, Martial Art Centre, Ramlan Ahmed, berkata aikido adalah seni mempertahankan diri dalam erti kata sebenar dan sesuai, di samping pilihan baik untuk dipelajari kanak-kanak kerana ia tidak memerlukan kekuatan mutlak untuk mempertahankan diri. 


TUNJUK AJAR: Pengawasan dan bimbingan jurulatih profesional membantu menambah kecekapan.


Beliau berkata, tidak ada penggunaan kaki dalam pergerakan seni mempertahankan itu sebaliknya, ia menggunakan kepantasan dan ketangkasan tangan dengan kaedah bertahan mahupun menepis. Pergerakan aikido juga tampak lembut tetapi yang pasti, ia sudah cukup dijadikan senjata atau dipraktikkan untuk mempertahankan dan menewaskan lawan. 

Tidak seperti seni bela diri Jepun lain yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ganas, aikido ialah seni yang diperkemaskan. Malah, jika samurai, jujitsu, judo dan ninjitsu akhirnya berkesudahan dengan menang atau kalah serta mungkin juga kematian, aikido pula sebaliknya, malah tiada pertandingan dalam seni bela diri ini. 


TINGKAT KEYAKINAN: Seni mempertahankan diri membantu membentuk perwatakan dan peribadi diri.

“Konsepnya yang lembut membuatkan aikido bukan saja sesuai dipelajari di kalangan dewasa, tetapi juga kanak-kanak. Seni mempertahankan diri ini juga tidak agresif, sebaliknya lebih kepada konsep bertahan. 

“Ada dua teknik dalam aikido, iaitu melontar dan mengunci lawan. Ia seboleh-bolehnya cuba meminimumkan kecederaan terhadap lawan. Konsep sebegitu akhirnya akan memenatkan lawan sehingga mereka menyerah kalah," katanya ketika ditemui di pusat Aikido Yoshinkan Shudokan, Martial Art Centre di Taman Sungai Indah, Seri Kembangan, baru-baru ini.


Read more...

Wednesday, August 10, 2011

Membentuk Akhlak

Akhlak sepertimana yang kita tahu adalah perbuatan seseorang tidak perlu dikawal. Ia adalah menunjukkan keperibadian seseorang. Ia lahir dari hati yang bersih seseorang.
Sememangnya akhlak ini perlu dibentuk daripada rumah lagi oleh ibu bapa mereka. Akan tetapi, persekitaran semasa juga sedikit-sebanyak membantu membentuk akhlak kita.
Baru-baru ini hasil dari blogwalking saya, saya telah terjumpa dengan beberapa tips untuk kita membentuk akhlak kita.
Semoga bermanfaat :-


1. Berguru dengan guru yang mampu mendidik anda. Guru itu mestilah seorang yang  bersih hatinya dan mantap agamanya. Beliau mampu melihat kelemahan yang ada pada diri anda dan mampu memberikan petunjuk tentang cara untuk memperbaiki dan mengubati kelemahan itu.
2. Berkawan dengan seorang yang baik lagi mantap agamanya. Sahabat anda itu bolehmembantu anda untuk memperbaiki akhlak dan anda perlu menerima teguran ikhlas darinya. Inilah jalan yang pernah dilalui oleh tokoh-tokoh Islam sebelum ini.
Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada Salman Al-Farisi, “Apakah kelemahan yang kamu ketahui tentang diriku?” Sahabat Salman terus menyebutkan dua kelemahan yang ada pada Omar dan Omar menerimanya dengan baik sekali.
Mengikut riwayat yang lain, Omar pernah bertanya kepada Huzaifah, “Adakah kamu nampak dalam diriku tanda-tanda kemunafikan?” Sahabat Huzaifah berkata, “Tidak  ada.” Begitulah caranya sahabat-sahabat nabi bersahabat.


3. Memanfaatkan komen-komen negatif dari musuh. Sepatutnya manusia lebih banyak  memanfaatkan komen musuh yang menceritakan tentang kekurangan dirinya daripada mendengar puji-pujian kawan yang ingin mengampunya.
Orang-orang biasa menganggap komen-komen musuh sebagai pandangan yang tidak bernilai. Sebaliknya orang-orang yang tajam mata hatinya suka mengambil manfaat dari komen-komen itu.
4. Mengambil iktibar dari kelemahan orang lain. Dalam pergaulan kadangkala anda akan melihat perangai dan sikap negatif orang lain. Ketika itu hendaklah anda menjadikan kelemahan orang itu sebagai kelemahan anda yang perlu anda perbaiki.
5. Jadikan orang lain sebagai cermin tentang diri anda kerana sesungguhnya orang  mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain. Nabi Isa pernah ditanya, “Siapakah yang mendidik engkau?” Nabi Isa menjawab, “Aku melihat orang bodoh dengan kebodohannya dan (aku mendidik diri) dengan menjauhi kebodohan itu.”


Read more...

Wasiat As Syahid Syed Qutb


Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti Berjaya

Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti Berjaya

Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah

Dalam kenangan



Read more...

Tuesday, August 9, 2011

Catatan Hati Anak Seorang Pejuang

RAMAI mungkin tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir tidak sampai ke Permatang Pauh untuk penamaan calon papa di kawasan parlimen penuh lagenda itu.

Tetapi, itulah hakikat – hati saya tersepit untuk memilih sama ada ke Pulau Pinang atau memilih untuk hadir bersama pimpinan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam sebuah forum perbincangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Sabtu lalu.




Saya sentiasa setia bersama papa. Tidak pernah walau sesaat kasih saya terpisah darinya. Andai diturut kata hati, ingin saya peluk papa erat-erat, lindungi beliau daripada sengsara dan bahaya politik gila yang makin berleluasa.

Ingin saya paut lengan papa setiap masa, setiap hari, selagi saya masih bernadi.

Namun, saya punya tanggungjawab yang lain; sebagai ahli parlimen, sebagai wakil anak muda, dan walaupun beban terasa kadangkala, saya cuba untuk menjadi seperti Papa.

Papa satu dalam sejuta. Tidak sesiapa biarpun kami anak-anaknya, yang bisa jadi seperti dirinya. Papa tidak rapuh, Papa adalah jaguh!

Minggu ini untuk mahasiswa. Saya persiapkan hujah bangkangan AUKU yang kebanyakannya sudah diolah oleh PKAUM sendiri, dan yang selebihnya saya ambil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU – gabungan yang dicuri ‘mayat’nya oleh pihak polis pagi tempohari di luar parlimen!

Tambahan pula, saya juga serba salah mahu melihat wajah papa. Siapa yang dapat menduga hiba di hatinya – dirampas pangkat dan hak selaku wakil di Permatang Pauh.

Ditangkap seperti penjenayah besar negara di kediaman sendiri, di hadapan ayah, arwah ibu, isteri, anak-anak, serta penyokong.




Sudah ditahan, dipukul pula oleh Ketua Polis Negara, sambil dibalut mata dan digari tangannya.

Gadis mana yang mahu memperkenalkan jejaka pilihan kepada papanya – di penjara.

Gadis mana yang tidak sebak menyaksikan papanya hanya kembali buat seketika; di hari bahagianya. Saya tahu, kekuatan Papa mengatasi kesedihannya.

Ketabahan Papa dan kesetiaan Mama menjadi sumbu perjuangan saya.

Selesai hukuman penjara oleh mahkamah yang dipengerusikan hakim-hakim zalim, Papa sibuk hari demi hari, berkempen menjelang Pilihan Raya Umum, menuntut kesabaran kami sekeluarga demi membina masa depan baru untuk Malaysia.

Mama sering bicara, Papa bukan milik kami semata-mata. Papa milik semua rakyat Malaysia. Cinta Papa kepada negara melebihi cintanya kepada keluarga. Kalam saya, Papa adalah wira.




Tiba di Permatang Pauh, bagai sireh pulang ke gagang, cuba mengutip sejarah pulangnya papa ke kampung halaman. Bagaimana saya sanggup menatap wajah papa pada hari tersebut – hari yang memperlihatkan kepada kita semua, manusia kerdil yang hanya mengharapkan kepada kuasa Allah SWT yang membolehkan segala-galanya berlaku: Pembebasan papa dan kembalinya papa ke persada politik tanah air, setelah diperlakukan kezaliman manusia.

Kala ini, saya menatap kembali sajak Rajawali karangan Rendra. Ya, seperti Rajawali, Papa akan membela langit dengan penuh setia!

Ayuh anak muda, lakukan perubahan, bermula di Permatang Pauh dengan mengundi Pakatan Rakyat, bukan kerana dia papa saya, tetapi dia adalah simbol reformasi dalam negara. Reformasi! – tmj_


Read more...