Akhlak sepertimana yang kita tahu adalah perbuatan seseorang tidak perlu dikawal. Ia adalah menunjukkan keperibadian seseorang. Ia lahir dari hati yang bersih seseorang.
Sememangnya akhlak ini perlu dibentuk daripada rumah lagi oleh ibu bapa mereka. Akan tetapi, persekitaran semasa juga sedikit-sebanyak membantu membentuk akhlak kita.
Baru-baru ini hasil dari blogwalking saya, saya telah terjumpa dengan beberapa tips untuk kita membentuk akhlak kita.
Semoga bermanfaat :-
1. Berguru dengan guru yang mampu mendidik anda. Guru itu mestilah seorang yang bersih hatinya dan mantap agamanya. Beliau mampu melihat kelemahan yang ada pada diri anda dan mampu memberikan petunjuk tentang cara untuk memperbaiki dan mengubati kelemahan itu.
2. Berkawan dengan seorang yang baik lagi mantap agamanya. Sahabat anda itu bolehmembantu anda untuk memperbaiki akhlak dan anda perlu menerima teguran ikhlas darinya. Inilah jalan yang pernah dilalui oleh tokoh-tokoh Islam sebelum ini.
Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada Salman Al-Farisi, “Apakah kelemahan yang kamu ketahui tentang diriku?” Sahabat Salman terus menyebutkan dua kelemahan yang ada pada Omar dan Omar menerimanya dengan baik sekali.
Mengikut riwayat yang lain, Omar pernah bertanya kepada Huzaifah, “Adakah kamu nampak dalam diriku tanda-tanda kemunafikan?” Sahabat Huzaifah berkata, “Tidak ada.” Begitulah caranya sahabat-sahabat nabi bersahabat.
3. Memanfaatkan komen-komen negatif dari musuh. Sepatutnya manusia lebih banyak memanfaatkan komen musuh yang menceritakan tentang kekurangan dirinya daripada mendengar puji-pujian kawan yang ingin mengampunya.
Orang-orang biasa menganggap komen-komen musuh sebagai pandangan yang tidak bernilai. Sebaliknya orang-orang yang tajam mata hatinya suka mengambil manfaat dari komen-komen itu.
4. Mengambil iktibar dari kelemahan orang lain. Dalam pergaulan kadangkala anda akan melihat perangai dan sikap negatif orang lain. Ketika itu hendaklah anda menjadikan kelemahan orang itu sebagai kelemahan anda yang perlu anda perbaiki.
5. Jadikan orang lain sebagai cermin tentang diri anda kerana sesungguhnya orang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain. Nabi Isa pernah ditanya, “Siapakah yang mendidik engkau?” Nabi Isa menjawab, “Aku melihat orang bodoh dengan kebodohannya dan (aku mendidik diri) dengan menjauhi kebodohan itu.”
No comments:
Post a Comment