Thursday, February 9, 2012

Simpanan Negeri Cecah RM 2 Billion

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan simpanan tunai negeri itu meningkat kepadarM 1.9 billiom daripada  RM 1.2 billion tahun lepas

Menurut Khalid, peningkatan simpanan tunai itu hasil daripada pengurusan wang secara amanah berlandaskan pemerintahan yang adil.




" Ini membuktikan bahawa negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) boleh menjaga wang rakyat dengan baik, selaras dengan tema Selangorku : Hasil Negeri Untuk Rakyat. Kerajaan terdahulu ( Umno BN ) tidak pernah membela nasib rakyat."

" Perkara ini juga sekaligus membuktikan PR boleh mentadbir Selangor jauh lebih baik berbanding kerajaan Umno BN, " kata Khalid, lapor TV Selangor.

Sebelum ini dilaporkan, Selangor berjaya mencatatkan pengumpulan dana melebihi RM 200 juta hasil daripada kutipan cukai selain amalan penjimatan kerajaan negeri dalam semua sektor pentadbirannya.




Khalid berkata, laporan kewangan Selangor mencatatkan perolehan kerajaan negeri meningkat lebih 20% iaitu daripada RM 1.59 billion pada Disember 2010 kepada RM 1.77 billion pada Jun 2011.

Sumber :- Akhbar Suara Keadilan


Rembau
16 RabiulAwal 1433H



Read more...

Tuesday, February 7, 2012

Pemain Bersih

Gary Lineker memulakan karrier profesionalnya pada usia 18 tahun di Kelab Leicester City (1978-1985). Kemudian berpindah ke Everton dan secara tidak langsung menjadi pemain top scorer dengan 38 gol dalam 52 perlawanan. Pada tahun berikutnya, dia dipelawa oleh kelab raksasa Barcelona selama 3 tahun (1986-1989) dan berjaya meraih trofi Piala Winner.






Pada tahun 1989, dia memutuskan untuk kembali ke Liga Inggeris dengan memasuki Kelab Tottenham Hotspur dan menjadi penjaring terbanyak pada musim 1989-1990 sebanyak 24 gol. Pada tahun 1992, dia berpindah ke Jepun untuk bersama-sama dengan Kelab Nagoya Grampus Eight dan mengakhiri karrier bola sepaknya pada tahun 1994 yang boleh dikatakan agak muda untuknya bersara dalam bola sepak.


Selama 16 tahun perjalanannya di dunia bola sepak secara profesional, Gary Lineker sudah menjalani lebih dari 560 perlawanan dan apa yang hebatnya, dia sama sekali tidak pernah menerima kad kuning apatah lagi merah sepanjang perlawanan bola sepaknya. Oleh sebab pencapaian tersebut, pada tahun 1990 dia mendapat penghargaan dari FIFA “FIFA Fair Play Award“.




Rembau
15 Rabiluawal 1433H



Read more...

Monday, February 6, 2012

Malu Kerana Benar

Suatu hari, Nabi Musa AS telah keluar meninggalkan bumi Mesir dalam keadaan takut kerana Firaun dan konco-konconya berpakat untuk membunuh baginda. Namun, baginda tidak lupa untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT dan berdoa, “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim.”

Lalu, baginda menuju ke negeri Madyan yang bukan merupakan wilayah jajahan kerajaan Firaun sambil mengharapkan naungan Allah SWT, “Moga-moga Tuhanku memberikan petunjuk kepadaku ke jalan yang lurus dan selamat.”




Benar, Allah SWT mengabulkan permintaan Nabi Musa AS. Baginda sampai ke negeri tersebut dengan selamat. Tiba-tiba, baginda terlihat sekumpulan manusia yang sedang berasak-asak di sebuah telaga untuk mengambil air bagi ternakan mereka. Sedangkan tidak jauh daripada itu, terdapat dua orang gadis yang berdiri bersama ternakan mereka juga sambil menunggu giliran. Mereka tidak seperti kumpulan tersebut yang saling bersaing, tetapi sanggup menunggu sehingga keadaan menjadi tenang.

Maka, baginda bertanya kepada mereka berdua, “Mengapa keadaan kamu berdua begini?” Tujuan pertanyaan itu adalah kerana merka berdua tidak bersama kumpulan manusia tadi mengambil air. Begitu juga, mereka menahan ternakan yang dibawa bersama daripada terus menuju kearah telaha yang berisi air bersama ternakan yang lain.




Lalu keduanya menjawab, “ Kami tidak akan mengambil air minuman itu melainkan pengembala-pengembala itu telah beredar pulang, dan kami juga mempunyai seorang bapa yang sudah tua.” Mendengar jawapan tersebut, Nabi Musa AS terus membantu mereka berdua mengambil air untuk minuman ternakan mereka.

Sambil terus memohon kebaikan daripada Allah SWT, salah seorang perempuan tadi berjalan dengan penuh malu ke arah baginda dan mengajaknya ke rumah atas jemputan bapanya untuk memberikan upah di atas pertolongannya itu. Akhirnya, baginda menerima jemputan tersebut dan tinggal di Madyan dalam keadaan selamat.

Sumber :- Gen-Q 6

Rembau 
14 RabiulAwal 1433H



Read more...

Sunday, February 5, 2012

SBPA - Kenaikan Gaji Perlu Adil

Biarpun kerajaan menarik balik cadangan pembayaran kenaikan gaji yang dijadual bermula pada hujung Januari ini bagi kakitangan awam yang menerima opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ), namun rata-rata penjawat awam merasakan kajian semula skim itu belum tentu menepati kehendak golongan bawahan yang menerima kenaikan paling sedikit.

Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih adil dan bukan hanya mementingkan peringkat tertinggi seperti Jusa dan Turus.

“SBPA ini sebenarnya satu laluan untuk kroni kerajaan menjadi bertambah kaya, sedangkan peringkat bawahan diabaikan. Turus mendapat kenaikan gaji 50%, manakala Jusa 100%.




“Di sini kita lihat kenaikan yang tidak adil dan memberikan kesan buruk. Namun, sekiranya Pakatan Rakyat ( PR ) memerintah, perkara ini tidak berlaku kerana sekiranya peringkat tertinggi menerima kenaikan 20% maka semua peringkat akan mengalami kenaikan ( peratusan ) yang sama,” katanya yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia.

PR dalam konvensyen baru-baru ini member jaminan akan mengkaji pelaksanaan SBPA dan akan mengumumkan pelan yang lebih baik dalam tempoh dua bulan bagi memastikan kakitangan awam mendapat pembelaan sewajarnya. Janji itu menyebabkan kerajaan BN yang mahu meneruskan skim SBPA kepada penjawat yang menerima opsyen tertekan lalu menarik balik cadangan itu biar pun surat arahan pembayaran gaji telah dikeluarkan.

Di bawah SBPA, kakitangan awam dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Sokongan. Di mana 75% daripada mereka adalah dalam kumpulan Pelaksana dan Sokongan berpendapatan rendah di bawah RM 1500.




Sumber - Akhbar Suara Keadilan


Rembau 
12 RabiulAwal 1433H



Read more...

Friday, February 3, 2012

Memulihkan Bakhil

Kedekut atau bakhil merupakan sifat yang tercela dan dilarang dalam Islam. Ada yang menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan seseorang terhadap milik orang lain. Dengan kata lain, seseorang yang sayangkan miliknya sehingga membenci untuk memberikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dua pekerti yang tidaklah pada seorang Mukmin iaitu bakhil dan buruk budi.”




Justeru itu, ada beberapa tips yang kita boleh manfaatkan bersama:-

Latihkan diri dengan menjaga, mengawal dan mengawas tuntutan hawa nafsu yang inginkan bermacam-macam harta.

Latihkan diri dengan sentiasa menginsafi jiwa, bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT atas diri yang lemah.

Latihkan diri dengan mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak terlalu mewah atau terlalu papa.




Latihkan diri dengan mengingati bahawa segala harta dan wang ringgit tidak kekal serta tidak boleh dibawa mati.

Latihkan diri dengan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala pemberian-Nya dan dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah SWT.

Latihkan diri dengan sentiasa mengingati akan azab Allah jika mengamalkan sifat bakhil dalam segala hal untuk kepentingan Islam


Rembau 
11 Rabiulawal 1433H



Read more...