Kedekut atau bakhil merupakan sifat yang tercela dan dilarang dalam Islam. Ada yang menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan seseorang terhadap milik orang lain. Dengan kata lain, seseorang yang sayangkan miliknya sehingga membenci untuk memberikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dua pekerti yang tidaklah pada seorang Mukmin iaitu bakhil dan buruk budi.”
Justeru itu, ada beberapa tips yang kita boleh manfaatkan bersama:-
Latihkan diri dengan menjaga, mengawal dan mengawas tuntutan hawa nafsu yang inginkan bermacam-macam harta.
Latihkan diri dengan sentiasa menginsafi jiwa, bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT atas diri yang lemah.
Latihkan diri dengan mengamalkan hidup yang sederhana dan tidak terlalu mewah atau terlalu papa.
Latihkan diri dengan mengingati bahawa segala harta dan wang ringgit tidak kekal serta tidak boleh dibawa mati.
Latihkan diri dengan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala pemberian-Nya dan dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah SWT.
Latihkan diri dengan sentiasa mengingati akan azab Allah jika mengamalkan sifat bakhil dalam segala hal untuk kepentingan Islam
Rembau
11 Rabiulawal 1433H
No comments:
Post a Comment