Saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada di dalam pelaburan dan simpanan emas fizikal, secara jujurnya, apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? Saya pernah jumpa pelanggan dari Kelang yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Pahang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal sepak terajang kehidupan, "emas hanya logam"
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, "emas sangat-sangat bernilai"
Kata nenek, "emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)"
Kata orang yang nak kahwin, "kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana"
Kata pakar ekonomi pula, "setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu"
Jadi, anda bebas untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya. maka antara kelebihan melabur didalam emas adalah:
- Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
- Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
- Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
- Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
- Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
- Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
- Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
- Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
- HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi
Rembau
6 RabiulAkhir 1433H
No comments:
Post a Comment