Rasulullah SAW bersabda yang bermaksu: "Hendaklah kalian malu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu. Sesiapa yang malu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu, maka hendaklah dia menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah dia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah dia selalu ingat kematian dan busuknya jasad.
Sesiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Dan sesiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh dia telah malu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar malu."
Dalam apa juga keadaan, antara sifat malu yang tercela adalah malu untuk menuntut ilmu syariat - malu mengaji, baca Al-Quran, melakukan amar makruf nahi mungkar yang menjadi kewajipan seorang Muslim, malu untuk solat berjemaah di masjid bersama kaum Muslimin, malu memakai pakaian menutup aurat, malu mencari nafkah yang halal untuk keluarganya bagi lelaki, dan yang semisalnya.
Sifat malu seperti ini tercela kerana akan menghalanginya memperoleh kebaikan yang sangat besar. Semoga dengan adanya malu, maruah kita akan dipelihara oleh Allah SWT.
Sumber :- Gen-Q Isu O6
Rembau
27 RabiulAwal 1433H
No comments:
Post a Comment