Monday, July 30, 2012

Manisnya Beribadah

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:- " Solat itu tiang agama ( sesiapa mendirikannya bereti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya." - Riwayat al-Dailami -



Tips untuk khusyuk dalam solat:-
  • Sentiasa melaksanakan solat berjamaah ( yang afdalnya di masjid ).
  • Menjaga makanan dan minuman agar terjamin kehalalannya.
  • Memperbanyakkan sedeqah kepada fakir miskin.
  • Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil.
  • Memahami segala bacaan dalam solat.
  • Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
  • Mengingati mati dan membayangkan bahawa itu solat yang terakhir.

Adaptasi:- Gen-Q 11

UiTM Bandaraya Melaka
11 Ramadhan 1433H


Read more...

Sunday, July 29, 2012

Ibrah Dari Badar

Kali ini saya hendak berkongsi dengan pembaca mengenai isi kandungan dalam khutbah Jumaat. Tajuk khutbah pada hari tersebut ialah “ Semangat Jihad Perang Badar.”

Khatib menerangkan bahawa umat Islam kini berjihad untuk menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Seperti mana yang kita semua tahu, peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam walaupun tentera Musyrikin lebih bilangannya daripada mereka.

Tentera Rasulullah SAW ketika itu tidak mempunyai kekuatan fizikal. Akan tetapi mereka semua kelihatan hebat kerana mempunyai kekuatan rohani dan iman yang mantap.

Generasi terdahulu walaupun kecil dan kurang peralatan ketenteraan, mereka masih daoat mengalahkan 2 empayar yang besar iaitu Rom dan Parsi. Ini kerana peperangan itu bertunjangkan iman.

Menariknya sirah ini, kita boleh menjadikannya sebagai motivasi kerana kita tidak boleh jadikan letih dan lemah serta malas untuk berjihad kerana masyarakat bukan Islam akan memandang rendah keupayaan orang Islam.



Mari kita semua jemaah sekalian bermuhasabah sebentar mengenai beberapa perkara:-

1) Berapa helai al-Quran telah kita baca setiap hari? Mencapai sasaran atau hanya sekadar angan di awal Ramadhan?

2) Kualiti solat Tarawih kita bagaimana? Cukup sekadar melakukannya atau terkesan di hati? Masih berat untuk menunaikannya atau ikhlas?

3) Sedeqah kita bagaimana? Atau kita memperuntukkan belanja untuk hari raya sebagai keutamaan yang paling utama?

4) Tadarus al-Quran kita berjalan atau tidak? Atau sekadar on-off?

5) Qiamullail kita? Beterusan dari awal Ramadhan?


Khatib menerangkan lagi bahawa inilah masa dan medan yang kita kena tempuhi dalam setahun. Ianya menuntut jihad yang tinggi. Selain itu, mimbar Jumaat terus berpesan:-

1) Usah dibiarkan wang digunakan untuk membeli baju dan juadah sehingga mengakibatkan pembaziran.

2) Usah dibiarkan selimut dan tilam menyelimuti diri kita sementara menunggu waktu berbuka.

3) Usah dibiarkan pancaindera melakukan perkara yang sia-sia.


Marilah kita semua menjadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna buat diri kita.

Adaptasi:- Khutbah Jumaat 27/7/2012 Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama, Melaka.


UiTM Bandaraya Melaka
10 Ramadhan 1433H


Read more...

Saturday, July 28, 2012

Kabul I Love You

KABUL - Sedekad selepas pawagam ditutup oleh Taliban yang begitu benci dengan layar perak, sekumpulan pengarah Afghanistan mengorak langkah dengan mencipta sebuah filem realiti kehidupan rakyat dalam sebuah bandar yang musnah akibat peperangan.
Senario kahwin paksa, penyeludupan manusia, rampasan tanah, periuk api dan konflik etnik adalah wajah kehidupan di Kabul yang bakal mengisi plot cerita dalam10 siri kisah filem Kabul I Love You.

Industri perfileman di Afghanistan terancam selama 17 tahun susulan peperangan pencerobohan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1979 dan ditutup sepenuhnya di bawah undang-undang Taliban.

Krew Penggambaran


Sepanjang tempoh di bawah kekuasaan rejim pada 1997 sehingga 2001, kumpulan konservatif itu bertindak menutup semua pawagam, menggantung televisyen pada tiang-tiang lampu kerana mendakwa kemudahan itu tiada unsur keislaman.
Kini, pawagam di Afghanistan memulakan operasi, walaupun negara itu berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan pemberontakan berterusan terhadap pemimpin Presiden Hamid Karzai.
Menurut penerbit dokumentari, Malek Shafi'i, setakat ini Afghanistan mengeluarkan kira-kira 100 filem setiap tahun, namun terpaksa bekerja  dalam keadaan serba kekurangan kerana kekangan kewangan. 

Adaptasi :- Sinar Harian 27 Julai 2012

Rembau
8 Ramadhan 1433H


Read more...

Thursday, July 26, 2012

Merancang Kewangan

Keperluan merancang terbahagi kepada empat peringkat :-

FASA 1 - Awal 20an - 30an

Titik permulaan yang mana keperluan kewangan tahap ini:-

  • Pembelian kereta
  • Pembelian rumah
  • Hutang pendidikan

Dinasihatkan supaya hati-hati dengan kad kredit. Digalakkan untuk mencuba pelaburan dalam bentuk ekuiti. Pembelian polisi takaful juga disarankan.


FASA 2 - Awal 30an - 40an

Kemungkinan pendapatan kita sudah mula meningkat:-

  • Penyusunan semula hutang
  • Kereta yang lebih selesa/mewah
  • Ubahsuai rumah
  • Melancong / Umrah / Haji

Disarankan pada peringkat ini, membeli hartanah, polisi takaful kesihatan, menabung untuk pendidikan anak-anak.





FASA 3 - Awal 40an - 50an

Umur senja :-

  • Penjelasan hutang ( Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan waktu umur 50 )
  • Penabungan untuk pencen
  • Beli aset baru untuk elak beban hutang yang berlebihan
  • Belanja untuk kesihatan diri

Mungkin ketika ini pelaburan semakin berkurangan, cuma membuat pemantauan terhadap pelaburan masa dahulu. Disarankan untuk menjadi agen takaful dan menceburi dunia perniagaan untuk menempuh tempoh persaraan.


FASA 4 - Awal 50an - Akhir Usia

Keperluan perancangan kewangan di peringkat ini:-

  • Perancangan Wasiat / Pengagihan harta
  • Kesihatan
  • Penjelasan hutang yang berkos tinggi
  • Pendidikan anak-anak di pengajian tinggi

Alam pelaburan baru mungkin tidak berisiko tinggi seperti amanah saham bon. Elok juga sedekah secara berterusan kepada yayasan - yayasan tertentu.

Adaptasi :- Buku - Ke Mana Wang Anda?


UiTM Bandaraya Melaka
7 Ramadhan 1433H


Read more...

Wednesday, July 25, 2012

Cium Anak


SOALAN


Bolehkah seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya walaupun sudah dewasa?


JAWAPAN

Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Saidatina Aisyah berkata, " Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih mirip dengan Rasulullah SAW dalam ucapan dan perkataan daripada Fatimah RA. Apabila Fatimah datang kepada Baginda, Baginda mengucapkan selamat datang kepadanya, berdiri menyambutnya, kemudia memegang tangannya, menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat duduk beliau. " Kata Imam az-Zahabi, " Hadith ini sahih."

Tidak ada dosa dan kesalahan bagi seorang ayah untuk mencium puterinya yang sudah besar ataupun yang masih kecil tanpa disertai syahwat. Namun dinasihatkan supaya ciuman itu diarahkan ke pipi seorang anak atau sebaliknya apabila telah dewasa.

Ciuman pada bibir terkadang akan menggerakkan nafsu dan syahwat ditambah pula dengan suasana zaman sekarang yang memandang bahawa ciuman mulut ke mulut adalah ciuman kemesraan pasangan kekasih. Maka meninggalkannya lebih utama dan lebih hati-hati.

Demikian pula si anak, boleg baginya mencium ayahnya pada hidung atau kepalanya tanpa disertai syahwat. Seorang ibu juga bole mencium anak lelakinya di dahi, pipi atau di kening dan begitulah sebaliknya. Adapun apabila ciuman itu disertai syahwat walaupun dibahagian mana sekalipun, maka haram hukumnya supaya menutup fitnah dan menutup ruang yang membawa kepada perkara keji.


Adaptasi :- Gen-Q 10


UiTM Bandaraya Melaka
6 Ramadhan 1433H



Read more...