KABUL - Sedekad selepas pawagam ditutup oleh Taliban yang begitu benci dengan layar perak, sekumpulan pengarah Afghanistan mengorak langkah dengan mencipta sebuah filem realiti kehidupan rakyat dalam sebuah bandar yang musnah akibat peperangan.
Senario kahwin paksa, penyeludupan manusia, rampasan tanah, periuk api dan konflik etnik adalah wajah kehidupan di Kabul yang bakal mengisi plot cerita dalam10 siri kisah filem Kabul I Love You.
Industri perfileman di Afghanistan terancam selama 17 tahun susulan peperangan pencerobohan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1979 dan ditutup sepenuhnya di bawah undang-undang Taliban.
Industri perfileman di Afghanistan terancam selama 17 tahun susulan peperangan pencerobohan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1979 dan ditutup sepenuhnya di bawah undang-undang Taliban.
Krew Penggambaran |
Sepanjang tempoh di bawah kekuasaan rejim pada 1997 sehingga 2001, kumpulan konservatif itu bertindak menutup semua pawagam, menggantung televisyen pada tiang-tiang lampu kerana mendakwa kemudahan itu tiada unsur keislaman.
Kini, pawagam di Afghanistan memulakan operasi, walaupun negara itu berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dan pemberontakan berterusan terhadap pemimpin Presiden Hamid Karzai.
Menurut penerbit dokumentari, Malek Shafi'i, setakat ini Afghanistan mengeluarkan kira-kira 100 filem setiap tahun, namun terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan kerana kekangan kewangan.
Adaptasi :- Sinar Harian 27 Julai 2012
Rembau
8 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment