Walaupun kita sudah memasuki Ramadhan, namun mari kita imbas kongsi kembali persediaan kita sebelum masuk Ramadhan. Kali ini, penulis ingin berkongsi kandungan khutbah jumaat yang dibacakan khatib.
Ramadhan adalah masa untuk golongan orang yang beriman. Mereka sentiasa menunggu bulan ini yang mana ibadah dikaligandakan ganjarannya samada malam ataupun siangnya. Bulan ini bulan yang penuh dengan berkat. Antara kelebihan Ramadhan adalah difardhukan puasa di dalamnya.
Persediaan untuk memasuki Ramadhan dibahagikan kepada beberapa aspek:-
1) Ilmu
- Menghadiri kuliah-kuliah agama yang berkaitan dengan keimanan, puasa dan kelebihan Ramadhan.
- Menghadirkan diri dalam program-program agama bagi menambah ilmu tentang cara beramal ataupun melaksanakan ibadah dalam Ramadhan
2) Kesihatan
- Menjaga pemakanan dengan makan mengikut keseimbangan makanan yang disyorkan.
- Bagi menjamin anggota tubuh badan menjadi sihat untuk melakukan ibadah.
3) Kewangan
- Menyimpan wang untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan
- Tidak kira dari segi bentuk apa untuk disedekahkan samada makanan, pakaian ataupun wang.
4) Pembacaan
- Banyak membaca mengenai Ramadhan.
- Beli buku-buku ilmiah
Sesungguhnya puasa itu dapat mengawal nafsu dunia. Tidak perlulah kita membazir di dalam bulan Ramadhan. Ada segelintir orang kita lihat membeli juadah berbuka dengan begitu banyak sekali pada hari pertama Ramadhan. Tidak mengapa kalau hendak dijamukan kepada orang lain. Tapi, sekiranya berseorangan, berpada-padalah bila membeli. Bukankah Ramadhan itu 30 hari jumlahnya? 1 hari, 1 menu yang berlainan pun sudah memadai.
Di Ramadhan ini, kita disarankan untuk banyakkan amal dan taubat dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Penuhi masa kita dengan perkara-perkara yang meningkatkan iman adalah perkara yang sangat disarankan kepada kita.
Semoga Ramadhan kali ini, dapat kita laluinya dengan lebih baik dan bagus daripada Ramadhan yang lepas. Kata orang, buatlah Ramadhan yang ada ini seolah-olah ini Ramadhan yang terakhir bagi kita. Cakap senang, tapi tidak salahkan kita berusaha?
Wallahu'alam.
Adaptasi :- Khutbah Jumaat Masjid Tanah, Chembong, Rembau
UiTM Bandaraya Melaka
5 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment