Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:- " Solat itu tiang agama ( sesiapa mendirikannya bereti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya." - Riwayat al-Dailami -
Tips untuk khusyuk dalam solat:-
- Sentiasa melaksanakan solat berjamaah ( yang afdalnya di masjid ).
- Menjaga makanan dan minuman agar terjamin kehalalannya.
- Memperbanyakkan sedeqah kepada fakir miskin.
- Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil.
- Memahami segala bacaan dalam solat.
- Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.
- Mengingati mati dan membayangkan bahawa itu solat yang terakhir.
Adaptasi:- Gen-Q 11
UiTM Bandaraya Melaka
11 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment