Monday, January 28, 2013

Kajian PRU-13


Kajian dijalankan UMCEDEL bermula 2 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.

Jangka BN menang - 42%
Jangka Pakatan menang - 37%          
Tidak pasti - 21%
Sokongan kepada Pakatan ( Dis 2011 ) - 18%
Sokongan kepada BN ( Dis 2011 ) - 43%
Sokongan kepada Pakatan ( April 2012 ) - 21%
Sokongan kepada BN ( April 2012) - 49%
Sokongan kepada Pakatan ( Sept 2012 ) - 30%
Sokongan kepada BN ( Sept 2012 ) - 44%

Daripada kumpulan “Tidak Pasti”, 21% jika ikut pecahan bangsa, paling tinggi kaum Tionghoa mecatatkan 53%.

Dari segi pendidikan, paling tinggi golongan lepasan ijazah iaitu 49%.

Dari segi umur, peratusan paling tinggi berumur antara 21 hingga 30 tahun.

Dari kategori status mengundi, paling tinggi golongan kali pertama mengundi sebanyak 48%.

Parti punyai peluang menang PRU13 ialah parti yang mampu kuasai kumpulan 21%.

Adaptasi:- Harakah


Rembau
16 Rabi'ul Awwal 1434H



Read more...

Tuesday, January 1, 2013

Tahun 2013

Alhamdulillah, kita telah masuk juga akhirnya ke dalam tahun baru 2013. Banyak perkara yang dilalui dalam tahun lepas tidak kira samada manis ataupun pahit Mari kita lihat dari sudut sambutannya. Ada yang menyambutnya dengan bergaul bebas dengan rakan-rakan, ada juga yang menyambutnya dengan mendengar ceramah yang disampaikan oleh para ilmuwan Islam.




Di sini, sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk menyambutnya seperti yang disarankan oleh Islam. Antaranya:-



BERSYUKUR

Alhamdulillah. Kerana kita masih dipinjamkan oleh Allah nikmat umur, kesihatan dan rezeki. Dan yang paling penting sekali, adalah nikmat Iman dan Islam serta nikmat ukhwah yang terjalin di antara sahabat-sahabat kita. Gambarkan jika Allah mengambil semula semua nikmat yang diberikan ketika kita masih amat perlukannya. Maka, bersyukurlah agar nikmat itu kekal dan bertambah.



SELAWAT

Perbanykkan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW dan keluarga Baginda, para sahabat dan pengikut Baginda juga amat digalakkan.



BERDOA

Menadah tangan untuk berdoa dan berharap agar Allah SWT menerima serta meredhai segala amalan yang dilakukan oleh kita agar amalan kita itu tidak menjadi sia-sia dan menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.



MUHASABAH

Bermuhasabah diri semula di atas perjalanan waktu yang kita sudah tempuhi dan lalui. Daripada kita mula baligh hinggalah sekarang. Sentiasa memikirkan apakah status buku amalan kita.



RANCANG KEHIDUPAN

Meletakkan azam ataupun merancang kehidupan kita dengan sebaiknya. Ada yang berazam untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin, berbakti kepada ibu bapa dan berusaha untuk menjadi hamba yang taat dan khalifah yang memainkan peranan sebaiknya.



BERWASPADA

Menjaga diri daripada menyambut tahun baru dengan perbuatan syirik, maksiat dan perbuatan dosa yang lain.


UiTM Bandaraya Melaka
19 Safar 1434H


Read more...

Wednesday, December 26, 2012

Insya-Allah Kita Boleh

Perubahan merupakan perkara yang semua orang idamkan. Semua orang mahu berubah. Dari kurang baik kepada yang lebih baik. Namun, ada yang berjaya berubah dan ada yang sekejap sahaja perubahan mereka. Saya menjangkakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa golongan yang berubah itu sekejap sahaja momentumnya:-





Perubahannya bukan kerana Allah SWT

Kebanyakannya orang yang sebegini sebab perubahannya adalah untuk mendapatkan satu kepentingan yang lain. Benar atau tidak, wallahu'alam. Muungkin seseorang itu berubah untuk mendapatkan pasangan. Mereka menjadi lebih sopan dan beradab bila dapat berkasihan dengan seseorang. 

Namun, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti perkelahian antara mereka berdua, yang menyebabkan mereka "clash", ada individu yang selepas itu hidupnya menjadi tidak tentu arah. Lebih sedih lagi, ia kembali kepada cara hidupnya yang lama.




Sungguh rugilah golongan yang sebegini atas amalan baik selama mana individu tersebut ketika masih bersama dengan sang kekasihnya. Bukannya saya hendak mempromosikan berkasih-kasih sebelum nikah, tapi mari kita lihat implikasinya terhadap seseorang yang melakukan perubahan atau penghijrahan cara hidup kepada yang lebih baik demi mahu meraih redha makhluk.

Apakah ini juga salah? Bagi saya, keikhlasan itu perlu dilatih. Memang pada mulanya, ada individu berasa hendak melakukan penghijrahan untuk satu kepentingan yang lain, Tapi, disarankan melatih keikhlasan mereka dalam beramal untuk menjadikannya betul-betul terpatri dengan diri kita dalam menjalani hidup ini. Dan keikhlasan itu sangat penting dan sukar dilatih.


Dibuat atas semangat semata-mata

Ada juga yang berubah atas semangat semata-mata. Ini juga berkemungkinan perubahannya tidak lama. Contoh yang paling kita biasa lihat adalah; seseorang yang berhenti merokok ataupun mahu berhenti bercouple. Ada individu yang saya lihat berhenti merokok kerana kesempitan wang dan ada individu yang berhenti bercouple dek kerana tidak berminat lagi dengan pasangannya. Lalu, mereka bersemangat untuk tinggalkan semua perkara itu.

Namun, bila datang satu situasi; bagi yang merokok mereka sudah berduit dan bagi yang berhenti bercouple pula, datang seseorang dalam hidupnya yang begitu tampan ataupun cantik, soleh ataupun solehah, beradab ataupun sopan, mereka mula goyah pendiriannya. Bagi mereka, apa salahnya mereka mencuba sekali lagi untuk bercouple dan bukannya bernikah.




Lihatlah. Perkara yang dibuat atas dasar semangat semata-mata, ada turun naiknya. Jadi, bersemangat itu tidak salah, namum titipkanlah KEFAHAMAN yang mendalam tentang sesutau perkara itu. Sebagai contoh, ada orang yang berhenti untuk perkara tersebut, kerana faham dengan dalil pengharaman perkara tersebut. Mereka bertekad untuk tidak mengulanginya lagi kerana takut murka Allah SWT sampai kepada mereka kerana masih melakukan larangan-Nya.

Pendek kata, kalau kita buat sesuatu perkara atas dasar semangat, semangat akan luntur. Tapi, jika kita tambahkan dengan kefahaman, insya-Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.


Suasana persekitaran yang mencabar

Ini adalah faktor yang paling biasa kita lihat dan dengar. Kadang-kadang, ada orang yang sudah berubah, bila masuk dalam satu suasana, mereka mula kembali pada asal. Tidak kiralah baik atau buruk.

Tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat mempengaruhi cara hidup seseorang. Kalau kita, mempunyai kawan yang suka mencarut, lama-kelamaan kita juga berkemungkinan akan mencarut atau paling tidakpun kita sudah mula bercakap kasar.

Perlukah kita mengasingkan diri daripada kawan-kawan itu?

Bagi saya, mungkin itu salah satu caranya. Tapi, kalau kita berubah sekalipun dengan cara itu, adakah kawan kita juga turut berubah? Sanggupkah kita melihat kawan-kawan kita terus dengan dunia mereka akan tetapi kita hendak menjadi baik berseorangan? Bak kata murabbi saya; Masyarakat semakin rosak kerana ramai orang yang baik, hendak menjadi soleh bersorangan. Hendak solehkan dirinya dulu tanpa memikirkan untuk mengajak orang lain. Walhal, perkara ini perlu seiringan.

Jadi, saya berpendapat mungkin perlu kita mengasingkan diri untuk beberapa ketika. Dan kembali kepada kawan-kawan kita semula untuk menjadi agen perubahan. Bukanlah kita mesti tunggu ilmu tinggi dan sebagainya, kerana apa yang lebih penting ilmu yang sedikit itu diamalkan dan dikongsi dengan orang lain. Pengaruhilah mereka dengan cara yang santai.



Pendirian saya, kita tidak perlu untuk mengasingkan diri dengan orang lain terus-menerus. Tetapi, kita mengasingkan diri dengan cara pemikiran yang berlainan. Orang lain, cara pemikirannya lain. Kita, cara pemikiran kita. Dan cara pemikiran itu berlandaskan syarak dan batasan agama. Sebagai contoh; ada orang menganggap mempunyai awek/pakwe itu perkara biasa. Bertepuk-tampar dengan berlainan jantina itu biasa. Bermanja-manja dengan berlainan jantina itu biasa. Bergambar berdua-duaan dengan berlainan jantina itu perkara biasa. Namun, kita memikirkan dari satu sudut yang lain. 

Jadi, perkara ini terpulang pada kita untuk menilainya. Kita berlapang dada dalam hal-hal perbezaan pendapat selagimana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Dan kita menyokong sepenuhnya dalam hal-hal yang sependapat.

Begitulah serba-sedikit pendapat saya dalam hal ini. Sememangnya, pembaca semua boleh mengkritik pendapat saya untuk penambahbaikan cara saya berurusan dengan orang lain dan untuk menambahkan ilmu di antara kita.

Saya berharap ada manfaat yang boleh diambil daripada artikel ini. Dan marilah kita melakukan perubahan dengan penuh keikhlasan.

Insya-Allah, kita boleh!!


UiTM Bandaraya Melaka
12 Safar 1433H


Read more...

Sunday, December 23, 2012

Pembohong Besar

Senyum. Tidak perlu kata apa-apa.




Gambar ini diambil daripada keratan akhbar Utusan Malaysia. Setahu saya, walaupun saya bukan ahli mana-mana parti politik, tapi saya tidak pernah dengar pula Pemuda Tahan Lasak PAS. Pelik!! Apa pun, selidikilah apa berita sekalipun terlebih dahulu sebelum mempercayai dan menyebarkannya. 

Adaptasi:- HarakahDaily

Rembau
9 Safar 1434H


Read more...

Sunday, December 9, 2012

Petronas Untung RM241 bilion

KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus,  Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.
Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.



Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.
Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.



Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.
Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Adaptasi:- KeadilanDaily

UiTM Bandaraya Melaka
25 Muharram 1434H


Read more...