Saturday, November 26, 2011

Fatah & Hamas Baiki Hubungan Kerjasama



KAHERAH 25 Nov. - Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal, semalam berjaya memperbaiki hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pertemuan, di sini yang bertujuan melaksanakan perjanjian penyatuan.

Bagaimanapun, tiada petunjuk kukuh dalam menyelesaikan perbalahan yang menyebabkan pelaksanaan perjanjian penyatuan yang ditandatangani enam bulan lalu itu tertangguh.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, mereka telah menyelesaikan perbezaan mereka dan membuka lembaran baru dalam hubungan kedua-dua belah pihak.

''Kami mahu memberi jaminan kepada rakyat Palestin, dunia Arab dan Islam bahawa kami sudah membuka lembaran baru kerjasama dalam semua perkara,'' kata Meshaal pada satu sidang media.

Abbas pula berkata, mereka bersetuju untuk bekerjasama sebagai rakan kongsi dan berkongsi tanggungjawab.

Dalam pertemuan itu, Abbas dan Meshaal meluluskan dokumen setebal dua muka surat yang mengulangi komitmen mereka berhubung elemen utama daripada perjanjian penyatuan itu yang menyatakan mereka akan menubuhkan satu kerajaan perikatan selepas pilihan raya umum pada Mei ini.

Mereka berikrar untuk menyelesaikan semua isu berhubung banduan politik yang ditahan kedua-dua belah pihak dalam beberapa hari lagi.

Mereka juga mengumumkan pembentukan satu Kabinet sementara yang bebas pada bulan depan. - AFP

No comments:

Post a Comment