Sunday, November 20, 2011

Tidur Berpahala

Kita sebagai umat Islam, sungguh beruntung kerana bermulanya dari celiknya mata, masuk ke tandas, dan tidur semula, ada sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sejak dulu lagi. Seperti mana yang kita tahu, mengikuti sunnah Baginda SAW, membolehkan kita untuk meraih pahala. Mari kita melihat hadith yang Rasulullah SAW mengajar kita untuk tidur mengikut sunnah.


Saidatina Aisyah RA meriwayatkan :- ' Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW selalu menyatukan kedua tapak tangan Baginda seraya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian Baginda meniup kedua telapak tangan Baginda. Setelah itu, dengan kedua telapak tangan itu, Baginda mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai daripada kepala, wajah, lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan tiga kali." - Riwayat Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i -






Abu Qatadah meriwayatkan :- " Jika Rasulullah SAW hendak tidur di malam hari, Baginda berbaring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidur seketika sebelum subuh, Baginda menegakkan lengan dan meletakkan kepala Baginda di atas telapak tangan Baginda." - Riwayat Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim -

Bara' bin Azib RA meriwayatkan :- " Ketika hendak tidur, Rasulullah SAW selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Baginda seraya berdoa : Ya Tuhanku, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu ( dari kubur )." - Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Nasa'i -



UiTM Bandaraya Melaka
23 Zulhijjah 1432H

No comments:

Post a Comment