Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman ( loan contract ), yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
Riba jenis ini boleh dikira sebagai riba yang paling popular berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Ia boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk. Namun di sini, lebih menekankan dalam isu - Duit Berbalas Duit Beserta Sesuatu Manfaat.
Situasi 1
Aguero memberi pinjaman wang sebanyak RM 1000 kepada Rooney untuk tempoh lima bulan. Sebagai balasan, Aguero mensyaratkan Rooney untuk membantunya menyiapkan assignmentnya.
Dalam hal itu, bantuan menyiapkan assignment itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat yang lebih diraih daripada hasil pemberian pinjaman. Ia diharamkan dalam Islam kerana ia adalah satu tindakan menindas iaitu mengambil kesempatan atas bantuan pinjaman yang diberikan walaupun tiada sebarang jumlah dalam bentuk wang tunai ketika bayaran dibuat semula.
Situasi 2
Drogba memberi pinjaman wang sebanyak RM 5000 kepada Gomez dan disyaratkan ke atas Gomez untuk membeli komputer yang sedang dijual oleh Drogba atau menyewa sebuah bilik di rumah sewanya.
Dalam hal ini pula, ia tergolong dalam mensyaratkan sesuatu bentuk manfaat. Cuma manfaat kali ini lebih berselindung kerana menggunakan satu kontrak lain, sama ada jual beli atau sewa.
Kedua-dua situasi itu hukumnya HARAM berlandaskan nas berikut:-
لاَ يَحِل بَيْعٌ وَسَلَفٌ
" Tidak halal jualan beserta pinjaman bertangguh "
( Riwayat At-Tirmizi)
Al-Baghawi menyatakan erti salafun dalam hadis ini adalah qardh iaitu pinjam. Imam Ahmad semasa ditanya mengenai erti hadis ini menerangkan ia membawa maksud, seseorang yang memberi pinjam kemudian menjual sesuatu kepada peminjam dan mengambil keuntungan daripadanya.
Jelas, tindakan mensyaratkan jual beli, sewa atau apa-apa manfaat lain adalah tergolong dalam riba melalui helah-helah tertentu. Namun hukumnya tetap sama, iaitu HARAM.
Adaptasi:- Blog UZAR
UiTM Bandaraya Melaka
26 Rejab 1433H
26 Rejab 1433H
No comments:
Post a Comment