Wednesday, February 5, 2014

Jutawan Tanpa Rokok

Saya mempunyai ramai kenalan yang merokok. Dari segi kesihatan, memang sudah banyak dihebahkan keburukan merokok. Namun, kali ini, saya hendak membincangkannya dari segi kewangan.

Katalah, ada seorang perokok berumur 60 tahun. Merokok bermula daripada umur 20 tahun sebanyak 2 kotak sehari. Jadi, beliau sudah merokok selama 40 tahun. Kita ambil harga yang paling murah dengan perkiraan kasar; sekotak RM 3.

Sebulan selama 30 hari, perbelanjaan ialah = RM 6 X 30 = RM 180. Mengikut perkiraan menggunakan “financial calculator’, jika kita melabur wang ini dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahun, kita boleh memperoleh hasil sebanyak RM 4,148,400.69.




Siapa kata kita tidak boleh jadi jutawan?

Pelbagai agenda kita boleh lakukan dengan wang sebanyak itu:-

Beli Banglo :- RM 300000
Beli Kereta MPV :- RM 100000
Tunaikan haji & umrah sekeluarga :- RM 150000
Wakaf :- RM 2000000

Kesimpulannya, saya mengajak pembaca sekalian samada yang perokok mahupun tidak supaya kita sering memikirkan apabila diteruskan tabiat ini, kita telah membakar peluang yang kita miliki seperti di atas.

Bayangkan berapa ramai ketua keluarga telah menidakkan kebolehan mereka untuk mewakafkan harta mereka yang terkumpul serta menganiaya keluarga mereka dengan peluang menunaikan haji hanya kerana tabiat merokok?

Selamat Berfikir.

Adaptasi :- Buku; Ke Mana Wang Anda?

Rembau
5 Rabiul Akhir 1435H


Read more...