Tuesday, July 26, 2011

Cinta & Pengorbanan

Setiap hari kawan-kawan rumah Nur Mujahidah bercerita tentang lelaki idaman mereka. Apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan SMS yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’
Nur Mujahidah tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin Nur Mujahidah sangat pentingkan diri. Dia takut nak memberitahu yang dia naik muak mendengar semua itu. Dia takut mereka semua marah padanya. Dia memang pentingkan diri. Mungkin sebab mereka telah lama menjalin ikatan persahabatan, dia takut ikatan itu putus begitu sahaja kerana salah faham.
Hati Nur Mujahidah berbelah bahagi. 
Lantas Nur Mujahidah tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, dia sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang dia sedihkan, mereka fikir dirinya cemburu.
Dulu, Nur Mujahidah seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang dirinya suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, dia haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Dirinya tahu, kawan-kawannya cemburu padanya. Mereka bercakap di belakangnya. Dia tahu ada kawan dia yang selalu menangis kerana cemburukan dia. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya padanya. Dirinya mampu attract lelaki-lelaki yang dia suka. Dia dapat segalanya. Dia bersembunyi di belakang dinding kepura-purannya, hidup sebagai pelakon.
Hanya kawan-kawan Nur Mujahidah yang tahu siapa dia. 

Di dunia luar, Nur Mujahidah kelihatan baik tapi di rumah, dia bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya dia! Dia belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dia gembira kerana ramai kawan-kawan suka padanya yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan dia yang menasihatkan dia secara halus.  Dirinya faham maksud mereka. Namun, dia kabur dengan kehidupan ketika itu kerana padanya, sememangnya dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan!
Malah terlintas di fikirannya yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Nur Mujahidah dapat lakukan apa yang dia teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkannya pada perkara-perkara fitnah. Dirinya pula sukakan gosip-gosip tentangnya lantas dia mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Dia bangga.
Dan dalam masa yang sama, kawan-kawannya semakin cemburu.

Nur Mujahidah keluar date dan dia yakin dia tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Dia lupa yang teman dia juga keluar date sepertinya. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama dirinya semakin cemburu pada kawan-kawannya yang selalu menasihatkannya. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkannya paling cemburu, semua orang baik-baik yang dia kenal, sukakan mereka!
Baru Nur Mujahidah terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga dirinya. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan dirinya di golongan mana?
Kemudian. Nur Mujahidah masih meneruskan kehidupannya yang penuh dengan penipuan, kepura-puraan dan kebencian itu. Dia teruskan enjoy. Tanpa dia sedari, dia mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali dia habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan dia tertarik semula pada kehidupan yang sebenar.
Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepalanya.

Nur Mujahidah sedar. Kadang-kadang, dirinya cemburu pada kawan-kawannya yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Dia teringin bercouple, SMS, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, dia bersyukur akalnya masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Nur Mujahidah kerap kali tekankan di kepalanya yang dirinya akan menyesal akhirnya walaupun dia enjoy seperti mereka. Dia teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu dia alami dahulu:-

Yang pertama,  Nur Mujahidah teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawannya. Namun, dia tekankan yang semua masalahnya biarlah disandarkan pada Allah. Dia tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuannya. Masalah, kesedihan, dan penderitaannya biarlah jadi milik Allah.

Yang kedua,  Nur Mujahidah teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepalanya. Dia teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawannya. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu dirinya tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.
 Dia tekankan bila terbuka soal couple, SMS, dating dan sebagainya.

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu. Nur Mujahidah tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga olehnya dahulu. Dia tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Dia tidak berdengki. Yang dia tahu, dia sayang kawan-kawannya.

Ya Allah.
Bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu. Kami sedar bahawa pengorbanan untuk tidak bercinta secara tidak halal itu, akan dibalas oleh-Mu dengan cinta yang halal dan indah.
Adaptasi : - Ana dan Cinta  ( iluvislam )

No comments:

Post a Comment