Monday, July 18, 2011

Luahan Perasaannya

Pada suatu petang yang hening, anak khinzir sedang berjalan-jalan di dalam hutan. Secara tidak sedar, dia telah tersesat sehingga ke tepi padang permainan. Ia berasa lapar.

Tiba-tiba, anak khinzir itu ternampak beberapa pasangan lelaki dan perempuan duduk begitu rapat sekali di atas bangku padang. Mereka berpegangan tangan, merangkul pinggang pasangan dan mengusap pipi.

Anak khinzir itu tidak mengendahkan gelagat mereka semua lalu terus meluru ke arah padang permainan untuk mencari makanan. Dengan tidak semena-mena, sepasang pasangan lari bertempiaran sambil berteriak.

Lelaki : Woi!! Lari-lari. Ada babi. Najis. Nanti kena samak.

Mereka semua kelam-kelibut lari bagi mengelak dari terkena binatang yang tidak bersalah itu. Anak khinzir itu terkesima mendengar ucapan itu. Lalu, ia pergi membawa diri ke dalam hutan. Sementelah itu, ia terjumpa dengan keldai. Mereka berbicara.

Keldai : Hai!! Apa khabar? Nampak macam depressed je..

Khinzir : Memang pun. Tak pasal-pasal aku dipersalahkan. Aku nak meluahkan perasaan ni.

Keldai : Ek? Ceciter ceciter..

Khinzir : Aku tersesat di padang permainan tadi. Ada beberapa pasangan di situ. Mereka lari bertempiaran bila nampak aku. Mereka kata aku najis. Kalau terkena, kena samak.

Keldai : Ye lah. Ko kan dikategorikan sebagai najis berat bagi umat Islam. Haram disentuh.

Khinzir : Kalau dia tersentuh aku pun, dia boleh samak. Yang dia sentuh bukan muhrim tu boleh samak ke?

Keldai : Betul tu, memegang dengan sengaja yang bukan muhrim tanpa ikatan yang sah atau disertai dengan syahwat itu lebih berat kenajisannya daripada memegang khinzir dan anjing, malah tidak boleh disucikan sekalipun dengan samak.

Khinzir : Pandai juga ko ni. Manusia kena ubah la lepas ni pepatah jadi “ Bijak macam keldai “. Huhu

Kisah di atas tersebut hasil daripada blogwalking saya ke beberapa buah blog. Saya mengadaptasikannya menjadi panjang ( bukan idea asal saya ).




Di dalam satu riwayat hadis yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
( Riwayat At Tabrani dan Baihaqi )

Daripada satu hadis yang lain diriwayatkan yang maksudnya, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."
( Riwayat Ibnu Majah )

Semoga kita semua diampunkan dosa.



No comments:

Post a Comment