KUALA LUMPUR : 3 Julai - Pasukan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan antarabangsa 'Pembebasan Flotila 2' ke Gaza tidak dapat meneruskan pelayaran berikutan dihalang memasuki Pelabuhan Corfu di Greece kelmarin. Presiden Life Line For Gaza (LL4G), Norazaman Mohd. Shamsuddin berkata, kerajaan Greece dilaporkan akan mengambil tindakan termasuk kekerasan jika halangan itu dicabuli oleh misi bantuan kemanusiaan tersebut.
"Sekiranya kapten kapal ditekan atau didakwa hingga tidak dapat meneruskan pelayaran, pasukan Malaysia akan bergabung dengan rakan-rakan sekutu antarabangsa di Athens untuk membuat bantahan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Selain itu, Norazaman berkata, satu memorandum bantahan akan dibuat oleh Pasukan Pengurusan Krisis LL4G Malaysia bersama-sama semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik di Kedutaan Greece di Kuala Lumpur esok.
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (tengah) bersama para peserta misi
kemanusiaan dari Malaysia yang terkandas di atas kapal PY Sefano Chiarini Lome Corfu, Greece semalam
kemanusiaan dari Malaysia yang terkandas di atas kapal PY Sefano Chiarini Lome Corfu, Greece semalam
Adakah Greece juga telah dihasut oleh ejen Israel?
Teruskan membaca di akhbar-akhbar hari ini dan laman web yang berkaitan.
Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita.
Adaptasi dari Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment