Monday, June 4, 2012

Negara Berkebajikan




Antara ciri-ciri kerajaan yang diktator :-

  • Kekuasaan menjadi milik dan kemahuan, bukannya amanah. Mempunyai kuasa mutlak mengadakan undang-undang, peraturan-peraturan dan pelaksanaannya dengan zalim dan angkuh.
  • Rakyat dipaksa bagi membina istana, bangunan kemegahan dan kota mempertahankan kuasanya, dengan projek mega menjadi mercu tanda kemewahan yang masig ada kesan sejarahnya walaupun telah dibinasakan oleh Allah SWT sejak ribuan tahun.
  • Menjadikan harta negara sedikit sahaja untuk rakyat jelata, dengan menganggap merekalah pemiliknya, bukan pemegang amanah, bahkan rakyat dipaksa mencari harta.
  • Rakyat diperbodohkan dengan kemewahan dan undang-undang yang menakutkan.
  • Tidak beriman kepada adanya hari akhirat, maka tidak ada wawasan untuk menjadikan kuasa pemerintahan sebagai jambatan selamat di akhirat. Mempertahankan kuasa selama-lamanya seolah-olah dunia tidak akan kiamat.



Negara Berkebajikan - Tawaran PAS

Masih ramai yang keliru sehingga tidak memahami perbezaan di antara konsep " Negara Berkebajikan" dan " Negara Kebajikan ". Konsep Negara Berkebajikan dalam Islam mempunyai wawasan yang jauh hingga ke akhirat - mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Manakala konsep Negara Kebajikan seperti yang diamalkan di negara-negara Barat terutamanya di Scandinavia iaitu "Welfare State" hanya bermatlamatkan dunia di atas asas sekularisme iaitu pemisahan antara dunia dan akhirat. 

Perkara sebegini perlulah dibuat kajian yang lebih mendalam lagi. Mari kita lihat agenda permulaan Negara Berkebajikan tawaran PAS yang hendak dilaksanakan di Malaysia. Antaranya:-

  • Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
  • Masyarakat Penyayang, Aman dan Bersepadu
  • Ekonomi Mapan, Seimbang dan Saksama
  • Pendidikan Berkualiti, Berdaya Saing dan Boleh-Capai
  • Perkhidmatan Kesihatan Cekap, Berkualiti dan Boleh-Capai
  • Kebajikan Langsung, Menyeluruh dan Mesra Rakyat
  • Keluarga Harmoni, Bahagia dan Bermoral
  • Pekerja Produktif, Berdaya Saing dan Terbela
  • Kemudahan Prasarana Berkualiti, Cekap dan Bertaraf Dunia
  • Alam Sekitar Segar, Terpelihara dan Lestari

Adaptasi : Harakah


UiTM Bandaraya Melaka
14 Rejab 1433H



No comments:

Post a Comment